Luahan hati

Penulis 5 Comments

Askm dan Selamat Sejahtera semua…

Harap kalian semua sihat walafiat. Ktom disini cam biasa je……

Hari ini selepas habis kerja, masa banyak dihabiskan dengan melawat blog2 di MyBlogLog.  Oh terasa terlalu kerdil diri ini…terlalu byk perkara yang perlu diketahui dan dipelajari tentang memblog ni. Sebelum ni Ktom tak tahu berblog …langsung tak tahu…( nasib baik ada ebook Panduan Asas Membina Blog Wordpress) Yg Ktom tahu ialah cari artikel kat internet untuk rujukan semasa buat assignment dan cari informasi semasa sehinggalah satu hari terjumpa dengan laman web Dr Irfan yang menceritakan tentang perniagaan internet. 

  Read the rest…

Tips Untuk Mengelakkan Dari Mengumpat

Penulis 2 Comments

Askm dan Selamat Sejahtera semua.

Ok kita sambung sedikit lagi bab ni …. Harap anda tidak jemu membacanya.  Bukannya apa…perkara-perkara yang baik seharusnya kita kongsi dan menginsafinya bersama-sama.

Bagaimana nak elak diri daripada mengumpat?

1.  Kesedaran

Kita mesti sedar bahawa mengumpat adalah perbuatan yang tidak disukai Allah. Jangan kita dedahkln diri kita kepada kemurkaan Allah. Al Quran dan hadis menegah kita dari mengumpat.  Peliharalah lidah sebaik-baiknya dari perbuatan ini. Read the rest…

Mengapa orang mengumpat?

Penulis 5 Comments

Askm dan Selamat Sejahtera.

Ok hari ni kita sambung lagi bab-bab mengumpat ni.

Aduhai Ktom……apahal asyik dok tulis topik mengumpat ni? Mana tips perniagaan internet atau tips ebook?

Adik2, abang2, kakak2, pakcik makcik…boring ke baca topik ni? :)

Sebenarnya Ktom nak share apa yang Ktom tahu…at least boleh menyedarkan kita dan diri Ktom sendiri tentang apa yang kadang-kadang kita tak peka atau kita tak sedar tentang apa yang kita lakukan tu.. Read the rest…

Mengumpat….antara sedar atau tidak

Penulis 2 Comments

Askm dan Selamat Sejahtera…

Topik hari ini agak berlainan sedikit tapi saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya tahu dan anda boleh memberi pandangan anda secara ikhlas.  semoga apa yang kita bincangkan akan jadi panduan kepada kita semua.

Hari ini kita berbicara tentang umpat mengumpat.

Read the rest…

Mengenalpasti Target Pasaran

Tips Perniagaan Internet No Comments

 Askm dan Selamat Sejahtera.

Semoga anda dalam keadaan sihat dan bahagia selalu. Maaf sudah banyak hari tak berkesempatan menulis di blog ni..banyak perkara yang perlu diselesaikan dan diuruskan.  Walau apa pun saya harap anda masih sudi membaca perkongsian ini.

Nak berniaga? Hendak jadi kaya? Nak jadi jutawan?

Oooo…pasti semua orang nak. Betul tak?

Tapi bagaimana? Read the rest…

Mengkritik ada caranya……….

Tips Motivasi 7 Comments

Askm dan Selamat Sejahtera…..

Anda apa khabar? Harapnya semua dalam keadaan sihat walafiat.  Hari ini Ktom masih tulis post yang ada kaitannya dengan motivasi.

Kritikan ada baik dan ada buruknya.  Kritikan yang membina akan memberi faedah kepada si penerimanya dan kritikan yg tidak baik akan cuma mengundang kekeruhan. Read the rest…

Pemimpin yang dihormati

Tips Motivasi 6 Comments

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…

Menjadi pemimpin yang dihormati dan berjaya di tempat kerja bukanlah sesuatu tugas yang senang? Seorang pemimpin haruslah menyiapkan diri dengan cabaran yang bakal ditempuhi kerana lain organisasi lain pula budaya dan kerenah pegawai2 serta staf bawahan. 

Hari ini, saya nak berkongsi tips dengan anda mengenai apa yang boleh dilakukan bagi membantu anda untuk jadi pemimpin yang disenangi oleh staf anda. Read the rest…

Kamera Digital dan Perniagaan Internet

Tips Perniagaan Internet No Comments

Askm dan Selamat Sejahtera.

Anda tentu tertanya-tanya , apa kena mengena nya kamera digital dengan perniagaan secara online ni? Apa kaitannya dengan perniagaan internet?

Ok, mai sini ktom nak habaq ….

Kamera digital juga merupakan salah satu tool yang penting dalam menjana pendapatan di internet. Bagaimana?

Bagi yang ingin berkecimpung dalam dunia ebay atau lelong, anda sudah pasti memerlukan kamera digital untuk mengambil gambar barangan atau produk yang anda ingin jual. Pembeli pastinya ingin melihat gambar atau imej produk tersebut.

Bukan itu saja, anda juga boleh mengambil gambar apa saja yang berkaitan dengan hobi anda untuk anda muatkan dalam blog/laman web anda.

Kamera digital memang banyak kegunaannya dan kini ianya boleh didapati dengan banyaknya di pasaran dengan pelbagai tawaran harga dan spesifikasi.  Pilih saja yang mana anda berkenan. Nak beli yang murah atau yang mahal terpulang lah kepada anda.

Pada saya, tak perlulah kita beli yang mahal sangat, cukuplah sekadar 0.8 mp minimum.  Apa yang penting ialah cahaya mesti cukup kalau tidak gambar yang kita ambil itu nampak tidak cantik.

Wasalam.

Next Entries »