Entries Tagged as ''

Meniti Kejayaan

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Apa khabar anda hari ini? Semoga sihat sentiasa hendaknya.

Topik kita hari ini adalah berkenaan dengan impian untuk berjaya dalam apa jua  bidang yang kita ceburi dalam hidup kita.

Impian seseorang ada dalam pelbagai kehendak samada untuk menjadi jutawan, untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan, untuk naik pangkat, untuk berjaya dalam perniagaan internet dan sebagainya. 

Selalunya setiap perancangan yang terarah dengan semangat dan kesungguhan yang jitu akan menjana satu hasil yang seterusnya mengapai setiap impian yang ingin dicapai. [Read more →]

Komen Negatif….bagaimana anda menanganinya?

Askm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Apa khabar anda hari ini? Semoga anda sentiasa sihat dan bahagia selalu.

Komen negatif? Negatif membawa maksud sesuatu yang tidak baik, sesuatu yang anda tidak suka baca, sesuatu yang anda tidak suka dengar, sesuatu yang melukakan hati anda, sesuatu yang anda tidak suka tahu dan sebagainya. Pernahkah anda mendapat komen negatif di blog anda? Jawapannya mungkin YA atau mungkin juga TIDAK. Mungkin juga komen itu berbaur negatif pada seseorang tetapi pada orang lain ianya mungkin BIASA saja.

Tetapi walau bagaimanapun apa yang ingin kita perkatakan hari ini adalah komen yang negatif yang melukakan hati kita.

Dalam kehidupan ini tidak semua orang suka kita dan tidak semua orang benci kita. Kita disukai disebabkan oleh beberapa faktor. Mungkin cara penulisan kita yang bersopan, mungkin apa yang kita sampaikan disenangi oleh pengunjung blog kita dan berbagai kemungkinan lagi. Tetapi mengapa ada juga yang memberi komen negatif? Hehehe….mungkin fikiran orang yang beri komen tu dah tak betul…kot-kot tercabut wayar disana sini.hehehehe… Berbagai kemungkinan….mungkin orang tak suka cara kita menulis, apa yang kita sampaikan atau mungkin mereka IRI HATI, DENGKI, BUSUK HATI sebab dikala blog kita dapat banyak trafik dan mendapat hasil yang lumayan, maka dengan sebab itulah mereka memberi komen yang negatif semata-mata untuk mengharu birukan perasaan kita, mematahkan semangat kita, memudarkan impian kita. Mereka mengharapkan kita berputus asa dengan menyebarkan sesuatu yang negatif di blog kita sendiri.

[Read more →]

Tips hadapi kelukaan

Askm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah…

Semoga anda sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan kegembiraan yang hakiki. 

Topik hari ini masih lagi berkaitan dengan kelukaan.  Kelukaan amat sinonim dengan kedukaan, kesuraman hidup, sengara, duka lara, kecewa,hiba, terguris dan sebagainya.  Setiap dari kita pasti menangani kelukaan yang dialami dengan pelbagai cara atau inisiatif.

Mungkin anda ada cara yang tersendiri untuk menghadapi kelukaan namun Ktom ingin mengajak anda supaya sama2 membincangkan taktik dan teknik cara untuk menghadapinya. 

Disini Ktom ingin utarakan beberapa tips untuk dikongsi bersama.  Semoga anda mendapat manafaat daripadanya.  Dan jika tips ini sudah anda tahu tapi sekurang-kurangnya ini dapat mengingatkan kembali atau menyegarkan ingatan anda kepada apa yang telah anda tahu itu.

1.  Beribadah

Dekatkanlah diri dengan Allah dan mintalah pertolongan dariNya untuk jalani kehidupan dengan lebih tabah.  Kita perlukan kekuatan rohani dan jasmani untuk meneruskan perjalanan hidup yang masih bersisa ini. Dialah yang maha berkuasa dan Dialah yang maha mengetahui.

2.  Mendapat sokongan

Sokongan dari sahabat handai, keluarga amat diperlukan pada saat-saat sebegini.  Luahkan perasaan anda agar apa yang tersirat itu dapat dikongsi supaya anda merasa lega kerna meraka adalah tempat mengadu yang paling sesuai. Cuma anda harus kenali sedalamnya siapa sahabat yang dapat menjadi pendengar yang setia dan dapat memberikan pandangan yang bernas kepada anda.  Tapi awas, jangan adukan kepada sahabat yang tidak anda percayai dengan sepenuh hati. [Read more →]

Luka ditangan berdarah merah, luka di hati siapa yang tahu……

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Semoga anda sihat sejahtera hendaknya.

Luka ditangan berdarah merah, luka di hati siapa yang tahu

Sebuah perumpamaan yang seringkali kita baca dan kita dengar. Kelukaan di hati adalah bukan satu perkara yang senang untuk diubati. Jika luka di tangan kita boleh nampak, kita boleh jumpa doktor untuk dapatkan rawatan, boleh makan ubat dan boleh sapu krim untuk menghilangkan parutnya.  Tapi luka di hati…tak ada siapa yang tahu biar sepedih mana sekali pun..namun ianya tersimpul mati dihati kita.  Kita yang merasakan pedihnya, kitalah juga yang merasakan peritnya. Namun ianya tidak akan terzahir dengan kata-kata. [Read more →]

Kekecewaan ……jangan biarkan berlarutan

Askm dan Salam Sejahtera serta Salam Muhibbah buat semua.

Semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah hendaknya. Maaf dah beberapa hari tak kemaskinikan blog ini. Demam selsema sikit. Cuaca tak menentu…sekejap hujan dan sekejap pula panas terik…jadi penyakit macam ni mudah datang. Walau bagaimana pun setiap komen sempat Ktom jawab cuma nak menulis post tu…tak larat….bila tubuh lemah, fikiran pun turut sama lemah. Tapi kini dah ok..Harap anda semua sihat. Jaga kesihatan, minum air kosong banyak2 ya..

Ok, berbalik kepada topik kita hari ini….

Kekecewaan adalah satu istilah yang boleh dijelaskan dalam pelbagai makna. Ianya terlalu subjektif. Contohnya perasaan hampa, putus harapan, gagal dan sebagainya. [Read more →]

Supaya anda dihormati di tempat kerja

Askm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Syukur kepada Allah kerana kita masih boleh bersama di blog ini biarpun antara kita tidak pernah berjumpa sebelum ini.  Inilah wadah tempat kita berkongsi bicara sebagai juadah makanan minda bagi persiapan menghadapi hari seterusnya. [Read more →]

Alexa Train

Askm dan Salam Sejahtera….

Apa khabar anda semua? Mungkin ada yang demam, demam selsema, tekak sakit dan sebagainya.  Maklumlah cuaca tidak menentu, penyakit mudah datang.  Jadi jaga kesihatan anda , minum air kosong banyak-banyak dan jaga kebersihan diri dan makanan serta pemakanan anda.

Untuk menjana pendapatan dari blog anda, salah satu perkara yang harus anda fikirkan dan rancang strategi ialah bagaimana cara untuk menarik trafik.  Tanpa trafik ke blog anda umpamanya sebuah gedung yang tidak ada pembeli. [Read more →]

Imej dan Anda

Askm dan Salam Sejahtera

Anda sihat? Semuga anda dilimpahi dengan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang hakiki.

Topik kita hari ini berkaitan dengan imej.  Apa itu imej? Berbagai jawapan yang diberikan untuk soalan ini. Pastinya ramai diantara kita yang sangat mementingkan imej.  Bukan apa…semuanya adalah agar kita tidak mudah diperlekehkan, sentiasa dihormati, senang untuk didekati dan untuk mendapat kepercayaan. [Read more →]

Pertelingkahan……macam mana nak elak?

Askm dan Salam Sejahtera.

Anda sihat? Semuga anda semua dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan dalam keadaan tenang sentiasa.

Di dalam kehidupan ini adakalanya keadaan kita menjadi tegang, suasana yang jernih kadangkala bertukar menjadi keruh.  Ini kerap berlaku antara anda dengan majikan anda, sahabat, rakan sepejabat, adik beradik, suami, isteri dan sebagainya. [Read more →]

Peluang….hidu, intai dan rebut

Askm dan Salam Sejahtera

Harapan Ktom agar anda semua dilimpahi dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang hakiki dan rezeki halal yang melimpah ruah.

Topik kita hari ini bersabit dengan peluang.  Peluang dalam hidup kita tidak akan datang berkali-kali.  Kata-kata pepatah peluang hanya datang sekali sudah seringkali kita dengar.  Jika peluang yang ada didepan mata tidak kita rebut, kita akan rugi.  Biar menangis airmata darah sekalipun, peluang yang sama tidak akan ujud lagi. [Read more →]

    • Kelantan Bloggers