Tips hadapi kelukaan
May 23, 2007 Tips Motivasi 18 CommentsAskm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah…
Semoga anda sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan kegembiraan yang hakiki.
Topik hari ini masih lagi berkaitan dengan kelukaan. Kelukaan amat sinonim dengan kedukaan, kesuraman hidup, sengara, duka lara, kecewa,hiba, terguris dan sebagainya. Setiap dari kita pasti menangani kelukaan yang dialami dengan pelbagai cara atau inisiatif.
Mungkin anda ada cara yang tersendiri untuk menghadapi kelukaan namun Ktom ingin mengajak anda supaya sama2 membincangkan taktik dan teknik cara untuk menghadapinya.
Disini Ktom ingin utarakan beberapa tips untuk dikongsi bersama. Semoga anda mendapat manafaat daripadanya. Dan jika tips ini sudah anda tahu tapi sekurang-kurangnya ini dapat mengingatkan kembali atau menyegarkan ingatan anda kepada apa yang telah anda tahu itu.
1. Beribadah
Dekatkanlah diri dengan Allah dan mintalah pertolongan dariNya untuk jalani kehidupan dengan lebih tabah. Kita perlukan kekuatan rohani dan jasmani untuk meneruskan perjalanan hidup yang masih bersisa ini. Dialah yang maha berkuasa dan Dialah yang maha mengetahui.
2. Mendapat sokongan
Sokongan dari sahabat handai, keluarga amat diperlukan pada saat-saat sebegini. Luahkan perasaan anda agar apa yang tersirat itu dapat dikongsi supaya anda merasa lega kerna meraka adalah tempat mengadu yang paling sesuai. Cuma anda harus kenali sedalamnya siapa sahabat yang dapat menjadi pendengar yang setia dan dapat memberikan pandangan yang bernas kepada anda. Tapi awas, jangan adukan kepada sahabat yang tidak anda percayai dengan sepenuh hati. Read the rest…









