Askm dan Selamat Sejahtera serta Salam Muhibbah.
Apa khabar anda hari ini? Semoga anda semua dalam kegembiraan dan tenang selalu.
Dalam hidup ini banyak perkara yang terpaksa kita tempuhi dan kadangnya juga begitu perit untuk diterima dan dilalui. Tanpa kekuatan dalaman pasti kita tidak akan mudah untuk menangani segala keperitan itu. Pun begitu sokongan daripada sahabat , keluarga dan masyarakat disekeliling dapat sekurang-kurangnya mengurangkan bebanan yang di tanggung itu. Tidak kira kira dalam apa jenis kesusahan dan dalam bentuk pertolongan yang bagaimana namun seharusnya kita bersyukur bahawa mungkin ada lagi orang lain yang mengalami keperitan melebihi kita.
Semalam sebelum mengakhiri bacaan email dari seorang adik dari KK semalam, hati meronta2 nak tahu apa isinya. Katanya “Oh ya, tadi saya baca kat blog kak Linn, pasal BadrulZamani. terharu sungguh saya baca kisahnya..
Terus saja saya ke blog Linn Comel.
Rasa terharu yang amat sangat sehingga Ktom tidak mampu untuk berkata apa2. Jika kita susah rupanya diluar sana masih ramai yang susah dan menderita. Seharusnya kita bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan pada kita. Sebelum ini Ktom pernah melihat gambarnya terpampang memberi testimoni untuk ebook-ebook yang dijual ….tapi tak pernah menjangka bahawa seorang yang cukup bersemangat dan berdedikasi dalam ebiz ni rupanya telah mengalami kecatatan yang sebegitu rupa akibat daripada kemalangan. Nauzubillah….dan yang lebih menyedihkan lagi keadaannya sekarang ini memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi dan beliau tidak cukup kewangan untuk menampung perbelanjaan tersebut termasuk perbelanjaan perubatannya. Seperti juga kata Linn, dia tidak pernah meminta supaya ditulis mengenainya di blog tapi sebagai seorang sahabat inilah sahaja cara pertolongan yang mampu kita hulurkan. Anda boleh membaca selanjutnya di sini. Ktom pastekan saja apa yang Linn tulis di blognya.
Semoga apa yang dipaparkan ini mendapat kerjasama dari anda semua. Ktom percaya apa yang baik akan dibalas dengan baik juga akhirnya. Hari ini hari orang lain, hari kita….kita tidak tahu lagi.
Sekian, jumpa lagi.
Wasalam

Tags: Penulis by ktom08
10 Comments »