Entries Tagged as ''

Belajar Blog - belajar…tanya..baca….dan buat

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda hari ini ? Harap semuanya sihat walafiat.  Hari ini Ktom nak kongsikan dengan anda apa perasaan dan gelagat Ktom masa awal2 memblog dulu.

Blog? Apa tu?

Website!…apa dia? 

Menjana pendapatan dari internet? e-dagang?…peningnyaaaa…..

Apa ke bendanya semua tu? 

Persoalan demi persoalan menerjah dalam kotak fikiran…betul ke boleh dapat duit dgn cara ni ?…Senang? Tak percayalah…mana mungkin sesuatu yang kita impikan boleh datang dengan senang. Mesti kena susah dulu…mesti ada cabaran..mesti ada pengalaman dulu …mesti kena jatuh bangun dulu baru boleh berjaya.

Takkan rezeki datang bergolek tanpa usaha…tak mungkinnnnnn….mana boleh!!!. [Read more →]

Erti sebuah kasih sayang, tolak ansur, tanggungjawab dan perpaduan

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda hari ini?  Semoga sihat dan dirahmati Allah sentiasa.

Entah kenapa hari ni rasa kurang bermotivasi untuk menulis.  Banyak perkara yang nak ditulis tapi entah lah…..Blurrr….sgt2. Kepala sakit sbb banyak kerja yg remeh temeh terpaksa diselesaikan…boringgnyaaaa….

Ok lah…Ktom tada terbaca tulisan saudara Hishamuddin Rais di blog beliau dan amat tertarik dgn apa yg beliau utarakan….

Disini Ktom paste kan salah satu artikel beliau yg mungkin mendapat pelbagai pandangan dan pelbagai perspektif dari anda semua kerana bagi Ktom setiap manusia mempunyai pandangan yg hampir berbeza antara satu sama lain.

Binatang, saya dan kemanusiaan oleh Hishamuddin Rais berbunyi spt ini :-

Dari kecil lagi saya telah meminati haiwan dan burung. Saya tidak tahu dari mana sifat cintakan binatang ini datang. Mungkin dari ayah, kerana ketika membesar saya sentiasa melihat ayah saya dengan burung terkukurnya. Bukan untuk bertanding kemerduan suara tetapi sebagai penyeri rumah Melayu. Sangkar terkukur ini tersangkut di bawah atap di tepi tangga. [Read more →]

Sekali gagal bukan bererti gagal selamanya….

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Maaf dah beberapa hari tak sempat menulis disini.  Kadang2 tu kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku pada hari esok.  Apa yang kita rancangkan seringkali terpaksa ditangguhkan buat seketika untuk menyelesaikan perkara yang lebih penting.

Apa khabar anda semua? Semoga anda sentiasa dalam keadaan yang sihat, tenang, gembira dan membahagiakan.

Hari ini topik yang Ktom utarakan berkaitan dengan kegagalan dan topik ini lebih difokuskan kepada kegagalan dalam percintaan…….khusus untuk adik2 yang masih bujang.  Namun begitu sesiapa pun boleh memanafaatkan apa yang bakal kita bincangkan disini.

[Read more →]

Persediaan Hadapi Beban Perceraian

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda hari ini? Mungkin sibuk dengan tugas ditempat kerja dan bagi yang bercuti mungkin sibuk menguruskan anak2 dan rumahtangga.

Ok, hari ini Ktom nak sambung sikit lagi dan ini adalah siri akhir entry tentang hidup yang berkisar kepada perceraian. 

Pergolakan rumahtangga yang berakhir dengan perceraian atau perpisahan seringkali menyakitkan dan mengganggu kehidupan seharian.  Jika kita tidak pandai mengawal emosi pastinya hubungan dengan orang disekeliling turut terganggu. 

Apatah lagi jika prestasi kerja turut terjejas.  Ini akan lebih memburukkan lagi keadaan.

Baiklah…jom…..kita kongsikan beberapa cara atau tip yang boleh diikuti atau diamalkan untuk mengatasi atau  sekurang2nya dapat meredakan kekalutan di hati.

1. Cari tempat untuk luahkan perasaan

Jangan hadapi masalah sendiri.  Berkongsilah masalah anda itu dengan orang yang anda percayai, orang yang rapat dengan anda atau dengan sesiapa saja yang anda fikir dapat membantu anda.  Tetapi tidak semestinya anda berkongsi dengan semua orang.  Akan lain pula jadinya.

Kongsilah masalah anda contohnya dengan kawan baik, saudara terdekat, ibubapa ataupun kaunselor.  Jangan memendam perasaan kerana ianya akan membahayakan diri anda sendiri. [Read more →]

Memendam perasaan ada keburukannya……….

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Semoga anda gembira dan bahagia selalu. Bagaimana situasi hari ni? Sibuk dengan tugas anda di pejabat? Sibuk menguruskan perniagaan internet anda? Sibuk dengan tugas-tugas luar dan sebagaimana. Walau apapun, semoga setiap kerjabuat yang anda lakukan selesai dengan jayanya.

Ok, topik kita hari ini tentang perasaan. tentang rasa yang kadangkala sukar untuk diluahkan ekoran daripada beberapa sebab.  Sesetengah daripada kita memang tidak suka berkongsi cerita dengan sesiapa saja. Mungkin kita tidak ingin membuka pekung di dada kerana malu. Mungkin anda tidak yakin apa yang terpendam dihati anda itu dapat diterima oleh orang lain atau tidak.  Mungkin anda tiada tempat untuk meluahkan perasaan anda dan berbagai2 andaian dan alasan lagi. [Read more →]

Belajar Bahasa English Online

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Anda sihat? Semoga anda dan saya sentiasa dalam kegembiraan dan kebahagiaan. 

Ahaaa…hari ni Ktom tinggalkan dulu siri seterusnya tentang hidup.  Kita bincangkan pula tentang apa yang menjadi masalah kepada kebanyakan orang pada hari ini.

Ok…here it goes……..

My english is very poor and i really want to learn english. I’m facing the problem with speaking and writing. I understand what people are saying but when it comes my turn to speak..ahhh..ohhhssss all coming out from my mouth. It was really embarassing.

( Haiyaaaaaaaaa…….who’s gonna help me with this ? Azwanhadzree, another RM2 for you…wakakakaak) [Read more →]

Tentang Hidup - Siri 2 -Tips Menangani Keruntuhan Rumah Tangga

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Semoga anda dalam kebahagiaan dan dikurniakan kegembiraan yang berpanjangan.

Keruntuhan rumahtangga adalah satu keadaan yang amat memeritkan dan menyakitkan tambahan pula jika ada anak.  Tak ada siapa pun di dunia ini yang inginkan perpisahan atau perceraian namun jika sudah termaktub bahawa jodoh hanya setakat itu saja, terimalah dengan redha kerana segala kententuan adalah kehendak Allah semata2.

Bagaimana untuk menghadapi keadaan tersebut?  Pastinya ramai yang buntu dan kecewa .  Namun begitu marilah kita sama2 kongsikan disini beberapa perkara yang boleh diamalkan supaya hati yang derita kembali ceria dengan penuh redha.

1.  Berfikiran positif

Dalam menghadapi apa jua dugaan yang berlaku dalam kehidupan kita, sentiasalah berfikiran positif dalam mengharungi dugaan tersebut.  Walaupun pahit untuk diharungi, yakinlah anda mampu melaluinya dengan jaya. 

Fikiran yang positif boleh membantu anda menghadapi semua situasi dengan lebih tenang.  Dengan yang demikian anda mampu merencana masa depan dengan lebih teratur dan tidak lagi buntu memikirkan apa yang bakal berlaku.  Jangan sesekali biarkan fikiran anda dikuasai oleh prasangka dan perkara buruk yang boleh merosakkan. [Read more →]

Tentang Hidup - Perceraian - Siri 1

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Beberapa waktu tidak berkesempatan untuk berkunjung ke blog sahabat2 dan tidak berpeluang untuk membalas email2 yang dihantar, maaf ya. Bukan disengajakan tetapi masa tidak mengizinkan.

Baiklah, topik kali ini berkisar tentang kehidupan dan ianya akan ditulis secara berperingkat.  Hari ini Ktom ingin memberi pengenalan terhadap apa yang akan Ktom bincang dan kongsikan bersama anda seterusnya. 

Topik kali ini Ktom fokuskan kepada perceraian.  Mungkin ramai diantara pengunjung blog Ktom yang masih belum kahwin, yang dah kahwin, yang sedang mencari calon dan sebagainya.  Namun Ktom harap apa yang diutarakan disini sedikit sebanyak dapat dimanafaatkan oleh semua. [Read more →]

Etika Kakitangan Cemerlang

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Semoga anda semua di kurniakan kesihatan yang baik dan dalam keadaan tenang sentiasa.

Hari ini Ktom ingin kongsikan dengan anda tentang apa yang perlu anda buat untuk menjadi pekerja yang cemerlang dan apa yang perlu anda hindarkan.

Biarpun telah bekerja berpuluh tahun dan dianggap senior namun sebagai pekerja anda tidak semestinya memandang remeh terhadap etika pekerjaan.  Etika kerja amat penting dalam meningkatkan mutu, prestasi dan kejayaan sesebuah organisasi.  Tanpa pekerja yang beretika, tidak mungkin sesebuah organisasi itu akan berjaya.

Jom, mari kita lihat etika yang sepatutnya ada dan sepatutnya dihindarkan dalam diri setiap pekerja.

1.  Cemerlang

Adakah anda seorang pekerja yang cemerlang? Tanya diri anda sendiri apakah yang telah anda laksanakan dalam proses menghasilkan atau menyelesaikan sesuatu tugas.

Pekerja cemerlang biasanya adalah seseorang yang menunjukkan prestasi kerja yang tinggi, tidak mudah patah hati, tidak mudah mengaku kalah, tidak bekerja sambil lewa, tidak mencuri tulang dan sebagainya. 

Mereka adalah seorang yang berfikiran positif.  Mereka tidak akan menganggap kerja dan tugas seharian sebagai satu bebanan dan membosankan.  Apa saja tugas diberikan, mereka akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.  Disiplin diri adalah kunci utama untuk mencapai tahap kecemerlangan. [Read more →]

Jangan malukan diri di majlis makan rasmi

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Apa khabar anda hari ini? Semoga anda sekeluarga sihat sejahtera dan yang masih bujang tu pun diharapkan pandai-pandailah jaga diri supaya sentiasa sihat.

Ktom beberapa hari ini tak sempat berkunjung ke blog sahabat-sahabat sekalian sebab masa memang tidak mengizinkan.  Baru2 ni anak yang kecil masuk hospital, semalam pulak abang dan kakaknya terpaksa masuk wad sebab demam panas.  Tapi tak de lah terbeban sangat sebab mereka dah besar dan dah boleh jaga diri sendiri.  Tak de lah 24 jam kena duduk kat hospital.

Ok berbalik kepada topik kita hari ini.  Mungkin ada yang sudah tahu tentang apa yang ingin Ktom bincangkan disini tetapi bagi yang masih tidak tahu….jom kita kongsikan dan bagi yang dah tahu mungkin ingin menambah apa yang Ktom utarakan ini…dan Ktom  amat mengalu2kannya.

Bagi mereka yang berkerjaya. menghadiri majlis-majlis rasmi merupakan jadual kerja yang tidak dapat dielakkan.  Kebanyakan daripada majlis ini memerlukan kita hadir dalam imej yang sesuai dengan acara atau konsep (jika ini satu peraturan).  Tak kiralah samada majlis itu kecil atau besar tetapi perkara utama yang harus kita fikirkan ialah bagaimanakan adab dan perilaku kita ketika majlis berlangsung.  Selain daripada penampilan yang sessuai, kita perlu juga serba sedikit tahu tentang etika agar tidak memalukan diri sendiri dan juga organisasi yang diwakili.

[Read more →]

    • Kelantan Bloggers