Tentang Hidup - Siri 2 -Tips Menangani Keruntuhan Rumah Tangga

Tentang hidup 15 Comments

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Semoga anda dalam kebahagiaan dan dikurniakan kegembiraan yang berpanjangan.

Keruntuhan rumahtangga adalah satu keadaan yang amat memeritkan dan menyakitkan tambahan pula jika ada anak.  Tak ada siapa pun di dunia ini yang inginkan perpisahan atau perceraian namun jika sudah termaktub bahawa jodoh hanya setakat itu saja, terimalah dengan redha kerana segala kententuan adalah kehendak Allah semata2.

Bagaimana untuk menghadapi keadaan tersebut?  Pastinya ramai yang buntu dan kecewa .  Namun begitu marilah kita sama2 kongsikan disini beberapa perkara yang boleh diamalkan supaya hati yang derita kembali ceria dengan penuh redha.

1.  Berfikiran positif

Dalam menghadapi apa jua dugaan yang berlaku dalam kehidupan kita, sentiasalah berfikiran positif dalam mengharungi dugaan tersebut.  Walaupun pahit untuk diharungi, yakinlah anda mampu melaluinya dengan jaya. 

Fikiran yang positif boleh membantu anda menghadapi semua situasi dengan lebih tenang.  Dengan yang demikian anda mampu merencana masa depan dengan lebih teratur dan tidak lagi buntu memikirkan apa yang bakal berlaku.  Jangan sesekali biarkan fikiran anda dikuasai oleh prasangka dan perkara buruk yang boleh merosakkan. Read the rest…