Persediaan Hadapi Beban Perceraian
July 21, 2007 Tentang hidup 16 CommentsAskm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Apa khabar anda hari ini? Mungkin sibuk dengan tugas ditempat kerja dan bagi yang bercuti mungkin sibuk menguruskan anak2 dan rumahtangga.
Ok, hari ini Ktom nak sambung sikit lagi dan ini adalah siri akhir entry tentang hidup yang berkisar kepada perceraian.
Pergolakan rumahtangga yang berakhir dengan perceraian atau perpisahan seringkali menyakitkan dan mengganggu kehidupan seharian. Jika kita tidak pandai mengawal emosi pastinya hubungan dengan orang disekeliling turut terganggu.
Apatah lagi jika prestasi kerja turut terjejas. Ini akan lebih memburukkan lagi keadaan.
Baiklah…jom…..kita kongsikan beberapa cara atau tip yang boleh diikuti atau diamalkan untuk mengatasi atau sekurang2nya dapat meredakan kekalutan di hati.
1. Cari tempat untuk luahkan perasaan
Jangan hadapi masalah sendiri. Berkongsilah masalah anda itu dengan orang yang anda percayai, orang yang rapat dengan anda atau dengan sesiapa saja yang anda fikir dapat membantu anda. Tetapi tidak semestinya anda berkongsi dengan semua orang. Akan lain pula jadinya.
Kongsilah masalah anda contohnya dengan kawan baik, saudara terdekat, ibubapa ataupun kaunselor. Jangan memendam perasaan kerana ianya akan membahayakan diri anda sendiri. Read the rest…









