Entries Tagged as ''

Tips Menambah Simpanan

Askm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah dan Salam Merdeka

Apa khabar? Semoga anda semua sihat dan gembira selalu.  Ktom juga sihat dan alhamdulillah keluarga juga sihat.

Ok, semalam Ktom telah berjanji untuk memberikan tips bagaimana untuk menambah simpanan.  Ktom bukan pakar kewangan atau perunding kewangan tetapi ini adalah hasil daripada pengalaman sendiri, pengalaman sahabat2 dan bahan bacaan yang Ktom baca. Memang sesetengah daripada kita bila tahu bakal mendapat duit lebih sikit, maka2 awal2 lagi dah berkira2 nak beli itu dan nak beli ini.  Apa yang nampak didepan mata dan berkenan dihati terus dibeli tanpa berkira2 dulu.  Hehehe…biasanya orang perempuanlah yang macam ni ya?  Oh…tidak…tak semua perempuan macam tu, lelaki pun ada jugak…tak percaya? Cuba lah tanya diorang tu. [Read more →]

Kesilapan dalam mengurus kewangan peribadi….

Askm, Salam Sejahtera dan Dalam Muhibbah dan SALAM MERDEKA

Anda apa khabar? Ktom sekeluarga sihat dan Ktom harap anda juga sentiasa dalam sihat dan tenang selalu.

Bagaimana cuaca ditempat anda? Di Kota Bharu ni, hampir setiap petang hujan tetapi pada waktu pagi dan tengahari panas.  Jadi cuaca yang tidak menentu ini menyebabkan ramai yang terkena demam panas atau demam selsema.  Hehehe….klinik2 swasta buat duit ler…

Ok berbalik kepada topik kita hari ini. Memang tak dapat dinafikan, kita sering dihambat dengan tuntutan kewangan seperti budget untuk melunaskan pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, kos hidup yang kian meningkat, bil2 yang perlu dijelaskan dan sebagainya.

Jadi hari ini Ktom ingin kongsikan dengan anda tentang beberapa kesilapan kita dalam mengurus kewangan peribadi.  Kadang2 kita tidak sedar bahawa kita telah melakukan sedikit kesilapan yang mana membuatkan budget kita lari atau tidak cukup pada bulan2 tertentu. Dan jika anda ada tips2 yang lain, Ktom harap kita boleh kongsikan bersama2 di sini ok. [Read more →]

Merdeka….merdeka…merdeka

Askm dan Salam Sejahtera, Salam Muhibbah dan SALAM MERDEKA

Apa khabar anda semua? Harap semuanya sihat dan bergembira selalu.

Hmmm…semenjak dua menjak ni tag mentag ni dah jadi semakin popular ….dengan pelbagai matlamat dan tujuan.

Hohoho……hari ni si adik kecil usahawan internet yang cukup bersemangat dan berwawasan ni mencipta tag kemerdekaan.  Satu idea yang bagus.  Kita dalam mood merdeka sekarang ni kan. Jadi inilah peluang kita untuk mengucapkan rasa syukur dan bangga menjadi rakyat Malaysia dengan menulis post berkenaan dengan kemerdekaan.  Semoga kebanyakan bloggers akan menulis tentang kemerdekaan dan ini adalah sebagai tanda penghargaan kita sebagai rakyat kepada negara tercinta. [Read more →]

Tekanan dan kebaikan disebalik rasa marah…

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah dan Salam Merdeka

Anda  apa khabar? Sihat ? Baguslah.  Semoga kita semua dalam limpahan rahmat dari Allah sentiasa.

Tekanan perasaan atau stress sering melanda sesiapa sahaja cuma peratusnya dan penyebabnya sahaja yang berbeza.

Biasanya kita mudah merasa tertekan atau pening kepala bila kita perlu buat sesuatu keputusan penting. Begitu juga bila kita dilanda masalah.

Mengikut Jurnal of Science, apabila berasa tertekan, luangkan sedikit masa untuk berehat sebentar daripada memikirkan perkara tersebut dengan membaca buku yang kita gemar, membaca akhbar, menonton filem lucu, membuat teka silang kata, tidur, berjogging, beriadah, berbual dengan jiran atau teman, membaca buku humor, dan melakukan solat hajat atau solat istikhoroh dan sebagainya lagi. [Read more →]

Jom…..mari kita beramal

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Semoga anda semua sihat sejahtera dan bahagia selalu.  Ktom disini ok je…cuma selsema dan batuk2 sedikit.  Maklumlah cuaca tak menentu ni…senang nak dapat demam selsema. 

Kali ini kena tag lagi………….hohohoho……………

Membebankan ke kena tag ni? Oh…tidakkk…..

Seronok….wakakakaka

Kali ini ditag oleh abdfatah…tapi tag kali ini berlainan dari tag mentag yang lepas.  Tag kali ini berunsurkan kebajikan.  Ianya lebih kepada membuat amal.  Ktom pasti bila menyebut pasa kebajikan ni, semua orang tidak akan menolak untuk berbuat apa sahaja ( yang elok2 je ler) untuk dapatkan pahala. 

Eh pahala?  Ye ler….apa2 yang kita buat berbentuk kebajikan akan mendapat pahala. Kenapa? Tak percaya ?

Jika tak percaya itu tandanya anda ?????? ( jawab sendiri ler….hehehehe )

Ok berbalik kita kepada topik kali ini.  Tag ini bukan sebarang tag.  Ianya telah diilhamkan oleh Idham yang ingin menderma kepada Rumah Anak Yatim Darul ‘Izzah, iaitu sebuah rumah kebajikan untuk anak2 yatim.  Idham meletakkan sasaran sebanyak  RM 10,000.  Jadi apa yang perlu anda buat? Anda hanya perlu menyudahkan meme sebagaimana yang diperlukan ini sebelum 26 Ogos 2007. [Read more →]

Kenali Kelemahan dan Kekuatan Melalui Bulan Kelahiran

Askm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar? Semoga anda sentiasa sihat dan bahagia selalu bersama keluarga atau teman tercinta. Kita sudah pun berada di pertengahan bulan Ogos. Hehehe…bulan Ogos ni bulan special  bagi Ktom. Sebab apa tau? Ahaa…dalam bulan Ogos lah Ktom dilahirkan ke dunia ini. Aduh….umur semakin meningkat tetapi masih banyak perkara yang belum dicapai. Cam mana ni? Hehehe…takpe kita buat satu persatu dan berusaha lagi. Asalkan kehendak dan kemahuan itu sentiasa berkobar2.

Ok hari ini Ktom nak kongsikan apa yang Ktom baca dari buku Dr HM Tuah Iskandar yang tajuknya Buat Sampai Jadi berkenaan dengan bulan kelahiran. Bagi yang dah baca buku ini, boleh lah kita bincangkan bersama2 apa yang dibaca itu di sini ok. [Read more →]

Back Link

Askm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Semoga anda dan keluarga sihat dan gembira selalu. 

Lama sungguh tak dapat berkunjung ke blog sahabat2 sekalian. Maaf ya…masa tidak mengizinkan.

Hohoho….beberapa hari tak online ada banyak perkara yang dibincangkan.  Hmm…Ktom dah ketinggalan banyak perkara ni.  Salah satunya bila pergi kat dashboard blog, ternampak ler beberapa incoming links…….hehehe….bagus tu…apa benda yang dia orang buat ni…..back link pertama daripada abdfatah….terus pergi ke blog beliau dan ?????

Oh rupanya bloggers sedang aktif membuat promosi link dan membina rangkaian. Hmm…bagus juga teknik ni.

Back link? Apa pandangan anda?

Apakah kebaikan back link? Atau ada keburukkannya ?

Back link ni sebenarnya penting untuk meningkatkan trafik, menjalin hubungan yang positif antara blogger, dapat berkenalan dengan bloggers dari merata tempat, dapat menambahkan ilmu pengetahuan, mendapat lebih motivasi dan sebagainya.  Selain dari peningkatan trafik, kita juga akan merasa dihargai bila ada orang ” back link” kan blog url kita disamping memberi semangat pada kita untuk terus menulis dan memberi maklumat serta meng”update”kan blog kita.  Selain itu kata abdfatah, page rank pun akan meningkat mendadak. [Read more →]

Kembali ………….

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua? Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dirahmati dengan ketenangan dan kegembiraan. Lama tak dapat online dan tak ada post baru, rindu sangat2 untuk berinteraksi dengan anda sambil berkongsi pandangan disini.  Namun tidak semua perancangan yang dibuat menjadi dan terkadangnya jadual yang kita buat terpaksa diubah suai atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.

Ktom minta maaf banyak2 kerana sudah seminggu tak dapat online  dan tiada post baru disini.   

Pada hari Isnin yang lepas Ktom terpaksa membawa anak bongsu ( 5 tahun ) ke hospital kerana demam dan batuk2.  Sesampai di hospital, doktor yang merawat beliau mengarahkan supaya anak Ktom di tahan di  hospital kerana beliau nampak agak ” dehydrated “.  Dia demam sejak hari Jumaat tapi walaupun telah diberi ubat namun masih tidak reda demamnya. Sebab tu lah Ktom ambil keputusan untuk membawanya berjumpa doktor. [Read more →]

Perutusan buat FAI

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda hari ini? Semoga anda sihat dan sentiasa bersemangat untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup ini.  Post kali ini agak berlainan sedikit dari post yang lepas.  Post ini seharusnya dibuat sebelum 31 Julai 2007 sebelum berundurnya seorang yang begitu bercita2 besar dalam dunia ebiz ini.

Post ini tidak ada kena mengena pun dengan Ktom tetapi Ktom terpanggil untuk menyuratkan apa yang tersirat di hati biarpun apa yang ingin Ktom bicarakan disini sudah tidak membawa apa2 erti lagi.  Ktom bukan nak menunjuk pandai atau melukakan serta memprovokasi orang lain. Cuma apa yang Ktom harapkan agar kita dapat berkongsi rasa yang sama dan supaya kita dapat saling bantu membantu antara kita. [Read more →]

Tagged

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda hari ini? Semoga anda sihat, ceria dan bahagia selalu.  Bagaimana cuaca di tempat anda? Di Kota Bharu ni …hampir setiap petang hujan. Alhamdulillah…sekurang2nya udara tak panas sangat.

” People who are tagged should write a blog post of 6 weird things about them as well as state these rules clearly.  In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names at the bottom of your post.  Dont forget to leave a comment that says ” You are tagged ” in their comments and tell them to read your blog “

Itulah antara syarat2 yang dikenakan terhadap orang yang di tag.

Sebenarnya kerja tag mengetag ni ada kebaikan dan keburukannya. Kebaikannya adalah seperti berikut :-

1.  Kita akan lebih mengenali seseorang itu biarpun tak pernah bersua muka.

2.  Mengeratkan perhubungan antara kita meskipun pertemuan kita hanya diruang maya. 

3.  Boleh hilangkan tension atau stress bekerja sepanjang hari.

4.  Seronok mengacau orang…hehehehe

5.  Dapat motivasi untuk meneruskan penulisan blog….hahahahaaha [Read more →]

    BlogMalaysia.com

    • Kelantan Bloggers