Tips Membina Kesabaran
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Salam Ramadan buat semua yang beragama Islam.
Anda sihat? Ktom pun sihat alhamdulillah. Rahmat Ramadan melimpah ruah
Sabar? Anda seorang penyabar atau panas baran ataupun seorang yang pemarah? Harap2nya di bulan puasa ni panas baran dan rasa mudah marah tu dapat dikawal.
Sabar bererti anda menahan diri daripada melakukan sesuatu tindakan serta tabah menghadapi sesuatu dugaan atau cabaran. Sifat ini seharusnya ada pada setiap orang sebagaimana bagi orang Islam sifat ini difirmankan Allah SWT dalam Surah az-Zumaar: 10 yang bermaksud, ” Sesungguhnya orang-orang yag bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”
Dalam dunia yang penuh cabaran ini, jiwa yang kental serta kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Bagi mereka yang tidak dapat menahan diri dengan bersabar boleh menyebabkan berlakunya tekanan hidup dimana tekanan yang melampau dan gagal dikawal boleh memusnahkan hidup seseorang. [Read more →]








