Entries Tagged as ''

Bekerja Sambil Belajar - Semangat Kental Bekalan Utama

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua? Harap anda semua sihat dan bergembira selalu. Ktom minta maaf banyak2 kerana blog ini tak dapat dilayari sejak beberapa minggu yang lepas.  Ktom sendiri pun kurang pasti apa sebabnya sehinggalah diberi bantuan oleh sifu Zul.  Nak kata hosting dah expire, belum lagi sebab due date untuk hosting ni bulan Januari 2008.  Itu yang bengang tu. Tapi syukurlah sekarang ni dah ok dan harap2nya selepas ini akan terus ok selamanya.

Hampir tiga minggu tidak dapat membuat update dan tidak dapat masuk blog membuatkan Ktom rasa tiada semangat langsung untuk meneruskan penulisan disini biarpun rasa rindu pada anda semua sentiasa ada. 

Bagi Ktom blog ini merupakan salah satu cara untuk Ktom dapat melarikan diri daripada kepenatan bekerja dan dengan blog ini jugalah Ktom dapat berkongsi apa sahaja dengan anda semua dan setiap perkongsian yang anda kongsikan disini amat memberi manafaat kepada Ktom, terima kasih.

Dan terima kasih juga kepada anda yang sentiasa sudi meluangkan masa untuk menjadikan blog ini antara blog yang wajib anda kunjungi.  Sekali lagi terima kasih.  Ramai yang menghantar email menanyakan tentang kehilangan blog pada ruang maya ini.  Terima kasih kerana anda begitu prihatin dan sentiasa ingin menatap juadah tulisan yang dihidangkan namun kecewa kerana blog ini tak boleh dilayari. Semoga segala kesulitan yang dialami sebelum ini tidak lagi akan berulang.

Ok…..berbalik kepada topik kita hari ini iaitu belajar sambil bekerja.  Mungkin ada di antara anda yang berkunjung ke blog ini merupakan salah seorang daripada mereka yang masih belajar walaupun usia sudah semakin meningkat dan sudah bekerja. [Read more →]

Tips Elakkan Pertengkaran

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua? Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat.  Bagi Ktom pula, demam dah beransur pulih cuma batuk2 dan sakit tekak je.  Harapnya dapat sembuh dalam masa yang terdekat. Insyaallah.

Dalam hidup ini kita pasti akan menghadapi pertengkaran.  Tak kiralah bertengkar dengan kawan , adik, kakak, keluarga , suami, isteri dan sebagainya.  Namun jika tiada kesabaran dan tak tahu bagaimana nak meredakannya mungkin pertengkaran yang kecil akan menjadi besar dan terus berlarutan.

Tiada siapa yang suka bertengkar tetapi kadangkala situasi itu sukar di elakkan.  Pernah tak anda bertengkar? Bagaimana anda menanganinya? Apa yang anda buat? Pastinya anda ada cara yang tersendiri untuk menghadapinya. [Read more →]

Nostlagia Hariraya

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua?  Antara sedar atau tidak kita sudah pun berada dalam hari kesepuluh terakhir bulan Ramadan yang mulia ini.  Harapnya kita dapat sama2 lebihkan ibadah kita semuga mendapat ganjaran dan rahmat Allah yang berganda insyaallah.  Dan tak lama lagi hariraya Puasa akan menjelma menandakan berakhirnya Ramadan yang mulia ini.

Maaf kerana sudah begitu lama tidak menulis di sini.  Masa terluang amat terhad sekali membataskan keinginan untuk menulis namun bila dah banyak hari tak menulis ni rasa macam banyak sangat yang nak dikongsikan dengan anda sehinggakan dah tak tahu nak tulis topik yang mana harus didahulukan.  Lebih2 lagi Ktom rasa bersalah kepada pengunjung blog Ktom kerana tiada hidangan disediakan buat beberapa hari ini.  Sekali lagi Ktom mohon maaf.

Kita sudah menghampiri bulan Syawal dan antara malam2 yang kesepuluh ini merupakan malam Laitalul Qadar dan diharap agar kita semua mengandakan lagi amalan supaya ganjaran dari Allah yang tidak terbanding itu menjadi milik kita insyaallah.

Ok…ktom bukan nak bercerita tentang malam Lailatul Qadar tetapi tentang nostalgia Hariraya berkaitan dengan lagu2 raya. [Read more →]

    • Kelantan Bloggers