Entries Tagged as ''

Cemburu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar? Semoga anda sihat dan gembira serta dalam keadaan tenang selalu.

Kali ini Ktom nak berkongsi sedikit tentang perasaan cemburu.

Benarkah wanita memang kuat cemburu? Atau adakah disebabkan naluri wanita mudah tersentuh sehingga mereka dikategorikan sebagai terlalu sensitif? Atau mungkin juga sifat cemburu ini dikaitkan dengan naluri kewanitaan yang semulajadinya lemah & cemburu itu , tergolong dalam rasa ingin mendominasi yang dimiliki wanita sebagai salah satu daripada sembilan punca nafsunya iaitu menjadi lebih dari orang lain.

Perasaan cemburu ada pada semua manusia. Cemburu boleh wujud pada rakan sekerja, rakan niaga, jiran tetangga dan macam2 lagi. Tak kira samada kanak2 atau orang dewasa semua ada perasaan ini. Rasa cemburu ini juga mungkin disebabkan oleh perasaan tidak senang melihat kelebihan orang lain atau takut dan sebagainya. [Read more →]

Movie

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Selamat berhujung minggu.  Semoga anda semua gembira dan bahagia selalu.

Hari ini Ktom Ktom terjumpa satu klip video cerita Korea.  Nampak macam best cerita ni tapi tak tau pulak tajuk cerita ni apa.  Cerita Korea adalah cerita pilihan nombor satu bagi Ktom. Tak tau kenapa walaupun cerita2nya agak stereotype , tak faham bahasa Korea tapi ada berbagai mesej yang kita dapat.  Itu pada pandangan Ktom je.

Kali ni lari dari topik sikit tapi masih dalam tips tentang kehidupan.

Ok, selamat menonton dan menghayati apa mesej yang cuba disampaikan. Dan sapa2 yang tahu apa tajuk cerita ni, tolong bagitau ya.

 

[youtube]1d6F-NLLdco[/youtube]

Sampai jumpa lagi. Wasalam

 

 

 

 

 

Tips Membina Hubungan Positif Dengan Majikan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua? Harapnya anda semua sihat dan tenang selalu.

Apakah anda ini berjaya dalam kerjaya? Sudah pasti kita semua ingin berjaya dalam apa juga bidang yang kita ceburi dan salah satufaktor untuk berjaya dalam kerjaya adalah dengan mengadakan hubungan yang baik dengan majikan. Tak kiralah samada anda bertugas ddalam jabatan kerajaan atau swasta tetapi jika anda tidak menjaga hubugan dengan majikan di tempat anda bekerja, kemungkinan untuk anda naik pangkat atau pergi lebih jauh adalah sangat tipis.

Majikan anda mungkin seorang yang terlalu tegas atau menyakitkan hati  namun anda perlu bersikap profesional. 

Anda mungkin tidak’ sebulu’ dengannya dalam banyak perkara atau idea, tetapi sepanjang tempoh bekerja anda perlu berurusan dengan majikan anda.

Jadi disini Ktom ingin kongsikan beberapa tips untuk membuat hubungan yang baik dengan majikan supaya anda tidak di ‘ boikot’, tidak disenangi oleh majikan anda.

1. Fokuskan perhatian anda pada kepentingan organisasi.  Ketika bekerja,abaikan perbezaan diantara anda dan majikan. Anda hanya perlu mengenalinya dengan lebih dekat dan mungkin anda akan menemui sesuatu yang bernilai dalam dirinya. Tanpa anda sedari, mungkin dia tidaklah seteruk mana.  Jangan menilai seseorang dari segi luarannya sahaja. [Read more →]

Sedih

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Fuhhhhh…….lega sikit rasanya bila berkesempatan untuk menulis disini. 

Apa khabar anda semua? Harapan Ktom agar anda semua sentiasa dalam keadaan ceria dan bahagia selalu.

Hmm…ada yang bersedih ke hari ni?

Tidak?

Bagus lah. Rasa sedih ni biasa dialami oleh semua manusia tak kira samada kanak2 atau orang yang dah dewasa.  Rasa sedih dalam satu jangka waktuyang tertentu adalah satu perkara yang biasa .  Tapi ia akan menjadi luarbiasa jika dibiarkan kesedihan itu berlarutan.

Supaya rasa sedih tidak berpanjangan, anda perlulah mencari jalan untuk menceriakan atau mengembirakan diri sendiri.

Boleh ke? Bagaimana ? [Read more →]

Estim Diri dan Kejayaan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua? Semoga sentiasa sihat hendaknya.

Cabaran tidak sentiasa dapat mendorong semangat kita sebenarnya.  Setiap orang yang memiliki estim yang tinggi sahaja suka kepada cabaran sebab cabaran bagi mereka adalah pendorong untuk mencapai sesuatu.  Individu yang mempunyai estim diri yang rendah memilih untuk mengelak, malah lari daripada cabaran.  Mereka menganggap cabaran sebagai alat dorongan yang tidak berkesan sama sekali.  Mereka takut nak melakukan perkara-perkara baru yang belum pernah dibuat oleh orang lain mahupun yang belum pernah mereka cuba meskipun orang lain sudah melakukannya.  Individu yang mempunyai estim diri yang tinggi suka mencari cabaran dalam hal2 peribadi, iaitu kejayaan itu hanya mereka sendiri yang tahu dan sentiasa sanggup menerima risiko yang bakal mereka lalui.

Dan apakah erti kejayaan yang sebenarnya? [Read more →]

Cari Teman Hidup

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Selamat Menyambut Deepavali kepada pengunjung yang beragama Hindu.   Semoga anda bergembira di hari bahagia ini..

Apa khabar anda semua? Sekali lagi Ktom mohon maaf kerana sudah lama tak buat entry di sini. Banyak perkara yang tidak dijangkakan wujud sejak akhir2 ini.  Baru2 ni masalah tak boleh nak masuk blog, adoiiii..kali ni masalah dgn hardware pulak.  Beginilah rupanya sebuah kehidupan, apa yang kita rancang dan aturkan tidak semestinya mengikut apa yang kita harapkan.  Namun begitu beberapa pengajaran diperolehi ekoran daripada dugaan2 yang timbul ini.  Oklah…kita lupakan sahaja perkara itu harapan Ktom agar selepas ini Ktom boleh terus menulis disini untuk dikongsikan dengan anda semua.  Jangan jemu datang ke sini biarpun tanpa juadah terbaru yang terhidang ok.

Berbalik kita kepada topik hari ini.  Ramai yang masih mencari teman tapi belum ada yang berkenan di hati.  Mungkin ada yang berkenan tapi orang itu menolak atau anda sendiri yang menarik diri.  Bila usia dah melewati penghujung 30an, pastinya rasa bimbang menguasai diri tak kiralah samada lelaki atau perempuan. Terkadang timbul rasa cemburu bila lihat pasangan lain yang intim apatah lagi yang sudah mengikat tali pertunangan atau perkahwinan pun jua yang telah menimang cahaya mata sebagai lambang cinta mereka. [Read more →]

    BlogMalaysia.com

    • Kelantan Bloggers