Entries Tagged as ''

Mengapa mereka boleh berjaya?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Begitu cepat masa berlalu.  Kita sudah semakin menghampiri penghujung 2007.  Bagaimana proses pelaksanaan perancangan yang anda buat? Berjalan lancar ?  Harapnya begitulah dan juga supaya anda sentiasa dilimpahi dengan kesihatan yang baik.

Topik hari ini berkaitan dengan orang-orang yang cemerlang, bagaimana mereka boleh mencapai kecemerlangan? 

Dalam topik ini Ktom ingin memfokuskan perbincangan kita kepada kecemerlangan pelajar sekolah.

Apakah kecemerlangan ?  Kecemerlangan secara mudahnya ialah kejayaan dalam setiap aspek kehidupan dan dalam bidang yang diceburi.  Kecemerlangan sering dikaitkan dengan akademik amnya.  [Read more →]

 

Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua. Harapnya dalam keadaan sihat sejahtera.

Ktom minta maaf banyak2 sebab dah lama tidak meng “updates’ post untuk blog ini kerana masa betul2 tidak memberi ruang untuk berbuat demikian. Cuma dua hari lepas Ktom sempat menulis post yang pendek untuk tatapan anda semua. Terima kasih kepada yang sudi bertandang berulang kali biarpun tidak ada hidangan baru yang terhidang
 

” Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri  “.  Inilah antara bait lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang sememang ada benarnya.

Sedalam mana cinta yang dibina dengan penuh rasa kasih sayang, yang dijalin, dipupuk, namun ada kalanya ia tergigit jua.

Persengketaan atau rasa tidak puas hati sememangnya mudah terjadi dalam alam perkahwinan antara suami dan isteri.  Oleh itu kita harus bijak mengawal emosi dan keadaan kerana jika dibiarkan pertelingkahan yang kecil akan jadi besar yang boleh meruntuhkan sebuah rumahtangga yang terbina.

Ianya seumpamanya bila ombak kecil, kapal akan terumbang ambing dan jika ombak menjadi semakin besar, kemungkinan kapal itu akan tenggelam.

Untuk itu, sebagai seorang yang matang, jangan biarkan rasa tidak puas hati, pertelingkahan itu berlarutan.  [Read more →]

Antara Minat dan Keazaman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang beragama Islam.  Di harap anda semua bergembira di hari yang berbahagia ini.  Bagi yang tak dapat pulang ke kampung jangan bersedih ok.

Ktom  minta maaf sebab dah lama tak menulis di sini.  Masa dan ruang waktu betul2 tidak mengizinkannya.  Terima kasih kepada anda yang sentiasa berkunjung ke  sini.

Setiap tahun bila sampai ke penghujung bulan Disember, setiap orang pasti berebut-rebut untuk membuat azam baru.  Apakah azam tahun baru anda? Hmm…azam tahun 2007 dah terlaksana atau tercapai ke? Alhamdulillah jika semua azam yang ingin dicapai itu telah termakbul dan jika separuh je yang dah dicapai, teruskan berusaha.  Bagi yang masih belum mencapai apa yang diidamkan itu, kaji balik apa yang masih tertinggal, apa yang masih kurang, apa yang masih belum dilaksanakan sehingga azam yang ingin dicapai itu masih tidak digapai.

Azam….azam…azam…????? [Read more →]

Blog Yang Mesti Dilawati……

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua? Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat.  Sedar tak sedar kita bakal menghampiri pertengahan bulan Disember, bermakna cuma tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru 2008. 

Hari ni Ktom tidak akan membincangkan tentang azam tetapi berkenaan dengan tahap kesihatan yang kita miliki akibat peningkatan usia dan sebagainya.

Apabila usia bertambah tahap kesihatan amat perlu kita titik beratkan baik dari segi pemakanan, corak hidup, gaya hidup dan sebagainya supaya kita akan kekal sihat sepanjang masa insyaallah.  [Read more →]

Bina Kepercayaan Pasangan dan Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Semoga anda semua sihat dan ceria selalu. Ktom juga sihat walafiat dan hmmm….badan tak reti2 nak kurus…wakakaka

Ok hari ni Ktom akan berkongsi tentang bagaimana untuk bina kepercayaan dalam perhubungan supaya hubungan yang terjalin dapat dikekalkan keharmoniannya. 

Dalam setiap perhubungan, kita tidak boleh lari dari mahu membina kepercayaan.  Kita sentiasa menaruh kepercayaan bahawa seseorang itu akan membawa bersamanya banyak kebaikan dan keuntungan kepada diri kita ( hehehe selfish sangat ke? ), dan juga kita menaruh kepercayaan bahawa kita dapat meramalkan tingkah laku orang itu.  Bagi seseorang yang tingkah lakunya tidak dapat kita ramalkan, pastinya sukar untuk kita mempercayai mereka.

Perubahan tingkahlaku yang diluar jangkaan kita, seringkali menyebabkan kita hilang kepercayaan terhadap orang itu.  Ini kerana kita mahu tahu apa yang mereka perlu dan tujuan mereka supaya kita boleh melakukan perkara yang baik untuk matlamat bersama.  Keupayaan melakukan sesuatu yang selaras dengan tingkah laku, adalah penting untuk membina kepercayaan. [Read more →]

    • Kelantan Bloggers