Entries Tagged as ''

Anda dan kehidupan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Semoga anda semua dirahmati Allah dan dalam keadaan bahagia, gembira dan tenang sentiasa.

Rakyat Malaysia berbangsa Cina akan merayakan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.  Rasanya tidak terlalu awal untuk Ktom mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pengunjung yang berbangsa Cina.  Eh..eh ada ke pelawat Ktom yang berbangsa Cina? Ktom tidak mahu membuat sebarang telahan namun manalah tahu jika mereka tersinggah ke sini dan sentiasa berharap agar perkongsian di sini dapat dimanfaatkan oleh semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Hari ini Ktom ada satu cerita :-

Kisahnya seorang pemuda yang berkelulusan tinggi mengalami tekanan dan berputus asa kerana sukar mencari kerja sehingga beliau mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun ke laut. Nauzubillah….

Ketika beliau sampai di tepi pantai, beliau telah terjumpa dengan seorang tua yang ramah dan bijaksana.  Beliau menyapa orang tua itu dan mereka berbual sehingga pemuda tadi menyatakan hasratnya kepada orang tua tersebut.

Apabila mendengar cerita beliaui, orang tua tersebut memintanya untuk melihat apa yang dilakukannya.  Orang tua itu kemudianya membongkok untuk mengambil segenggam pasir dan kemudian melemparkannya kembali ke bawah.  Pasir itu menjadi lebur, dan menjadi satu dengan pasir yang lain yang ada di bawah.  Lalu orang tua itu berkata pada beliau ” cubalah kamu ambil pasir yang saya lemparkan ke bawah tadi “.  Beliau kehairanan dan berkata ” mana mungkin saya dapat mengambil pasir tersebut kerana pasir tersebut telah bercampur dan menjadi satu degan pasir lain “.  [Read more →]

Anda seorang pemimpin atau bos?

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua? Semoga sihat dan gembira selalu.

Hari Ktom nak kongsikan sesuatu dengan anda semua.  Jika anda seorang bos atau pemimpin, sudi kiranya terus membaca entry ini selanjutnya dan jika anda seorang staf jadikan ia panduan sebagai persiapan apabila anda bergelar bos atau pemimpin kelak.

Apakah perbezaan antara PEMIMPIN dengan BOS?

Hehehe….pastinya ramai yang akan menjawab ianya mempunyai makna yang sama. Baiklah disini Ktom jelaskan sedikit penrbezaan antara keduanya.  Ianya SAMA tapi TAK SERUPA. [Read more →]

Nak tahu sidia betul-betul menyayangi atau tidak?

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Selamat Tahun Baru 2008 dan Tahun Hijrah 1429.

Rasanya belum terlambat lagi bagi Ktom untuk membuat ucapan sedemikian.  Maaf lama sungguh tidak hidangkan sesuatu buat anda semua.  Dalam kesibukan tak sempat nak online, pada satu ketika bila nak buat entry….tiba2 blog hilang….wakakaka rupanya domain dah expired.  Adoiiiii…….rupanya banyak perkara yang perlu kita aturkan supaya tidak berlaku kesulitan.  Terlupa betul. Biasanya handphone akan bunyikan alarm sebagai peringatan. Tapi tak tau ler, tiba2 je semuanya tidak memberi respon…..hahaha….nasib baik lah Zool ada sms bertanyakan tentang blog Ktom tu. Terima kasih Zool dan terima kasih juga kepada Zul Smartusaha kerana tidak jemu2 untuk memberi bantuan kepada Ktom.

Ok, hari ni Ktom nak kongsikan sesuatu yang Ktom baca.  Mungkin ini berguna pada orang yang sedang mencari pasangan atau yang dah ada pasangan tapi masa tidak yakin bahawa seseorang itu telah benar2 menyayangi dia atau ada juga orang yang telah terjatuh cinta.  Ktom dah lupa dari mana sumber ni…sori ya…

Ini adalah antara tips yang anda perlu sedar jika anda ingin pastikan samada orang yang anda sayang itu betul2 menyayangi anda.

1.  Bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasih dengan rela dan bukan kerana terpaksa.

2.  Sentiasa ingin menghiburkan kekasih hati dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.

3.  Banyak menasihati kekasihnya kerana amat menyayangi kekasihnya.

4.  Berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap (maksud: mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya). [Read more →]

    • Kelantan Bloggers