Entries Tagged as ''

Jika anda kecewa…..bersabarlah - Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Selamat bertemu kembali.  Semoga anda semua sentiasa bersyukur dengan  ketenangan dan kegembiraan yang di limpahiNya kepada anda.

Dalam kehidupan ini pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita tempuh.  Kita tidak semestinya sentiasa dalam keadaan gembira dan tenang.  Kadang2 dugaan datang tanpa diundang.

Tidak semua orang akan kuat apabila tiba2 dikejutkan dengan kematian orang tersayang lebih2 lagi orang yang paling dekat di hati kita samada isteri atau suami dan sebagainya.  Liku2 perjalanan hidup terpaksa dihadapi bersendirian dan setiap memori indah bersama akan terus mendera hati dan perasaan.  Walaupun kita terpaksa redha dengan ketentuanNya, namun hati tidak dapat dibohongi.  Hidup pasti terasa rapuh dan hilang arah lebih2 lagi jika kehilangan itu wujud secara tiba2 tanpa dijangka.

Hari ini Ktom ingin kongsikan serba sedikit bagaimana untuk menangani  kekecewaan tersebut.  Jom…kita mulakan…..

1.    Terima kenyataan

Kehilangan orang yang tersayang memang sangat memeritkan. Namun, itu adalah hakikat kehidupan.  Setiap yang hidup pasti akan mati dan meninggalkan orang2 kesayangannya di dunia ini.  Jadi, bagi yang kehilangan insan tersayang, anda perlulah  menerima hakikat kehilangan itu.  Walau pun perit, namun pujuk hati bahawa itu adalah kenyataan yang tak boleh diubah walau apa yang terjadi sekali pun.  Yang mati takkan hidup kembali walau anda merana 1000 tahun atau menangis airmata darah sekalipun.  Apabila anda dapat menerima kenyataan, barulah anda dapat mengawal emosi tersebut. [Read more →]

Belajarlah dari masa lalu………

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Apa khabar? Semoga anda semua sentiasa diberkati Allah dengan kesihatan yang baik dan tenang dalam menghadapi kehidupan seharian. 

Dalam hidup ini tiada seorang pun dari kita yang serba sempurna.  Kita sering membuat kesilapan dan kita juga akan belajar daripada kesilapan tersebut.  Mereka yang mahu belajar daripada kesalahan atau kesilapan lalu adalah orang yang bijak.

Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila melihat atau berhadapan dengan orang yang berkeras mereka benar meskipun ternyata mereka salah.

Apa yang telah kita lalui , apa yang berada  dibelakang kita dan apa yang ada di hadapan kita adalah satu perkara kecil berbanding dengan apa yang ada dalam diri kita sendiri.  Kita tidak berupaya untuk mengubah masa lalu dan jika kita berasa khuatir tentang masa depan, ini akan menghancurkan diri kita sendiri. 

Oleh itu jangan sekali2 mengisi hati dengan penyesalan masa lalu dan kebimbangan menghadapi masa-masa yang akan datang. Anda tidak akan berupaya untuk mengukir masa depan yang cerah dan anda tidak mungkin dapat mengusir masa lalu yang mencengkam jiwa jika anda berterusan begitu. Dengan itu  juga anda  tidak akan tahu  mensyukuri apa yang anda miliki hari ini.  Percayalah………..

Sekian, jumpa lagi.

Wasalam.

    • Kelantan Bloggers