Anda unik? Kekalkan keunikan itu….

Tips Kendiri 29 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Sedar tak sedar kita sudahpun berada di pertengahan 2008.  Sungguh cepat masa berlalu. Usia semakin bertambah dan pengalaman kita juga semakin mematangkan diri kita.  Ktom pasti banyak perkara yang berlaku dalam masa lima bulan kebelakang ini dan matlamat yang ingin anda capai pada tahun ini sudah semakin hampir kepada pencapaian sepenuhnya. Semoga setiap perancangan anda berjalan dengan lancar.

Setiap manusia dalam dunia ini dilahirkan dengan keunikan masing2 termasuklah diri kita sendiri. Diri anda adalah diri anda dan ia tetap unik berbanding orang lain di sekeliling anda.  Ada ketikanya kita selalu mengkritik diri sendiri dan menganggap diri tidak sebaik dan tidak sesempurna orang lain.  Ahaaaaa….tapi ada juga yang selalu anggap diri sendiri lebih hebat dari orang lain ( orang yang perasan ler tu wakakaka ). Tapi Ktom bukan nak cerita pasal orang yang perasan ni.

Pernahkah anda  melihat orang lain itu sempurna dan ingin menjadi seperti mereka ? Pernahkah kita rasa mereka itu hebat? Sudah pasti ada bukan? Tetapi perlukah kita jadi sesempurna mereka ?  Sudah pasti . Tapi kita juga harus sedar kadang kalanya kita tidak perlu.  Sebab apa? Sebabnya adalah kerana kita juga ada kehebatan diri kita sendiri.  Cuma kita tidak tahu dan mungkin tidak sedar akan hal itu. 

Ada masanya kita mahu berubah tetapi  tidak tahu dan tiada panduan untuk berubah ke arah yang lebih positif.  Dengan itu kita akan terkeliru dan akhirnya tewas. 

Jadi kita perlu kenal diri sendiri untuk melawan musuh di dalam diri kita.  Jadilah diri sendiri, dan jika anda ingin berubah, ikutlah kesesuaian jangan  nampak seperti memaksa atau terpaksa.

Sekian.  Jumpa lagi.

Wasalam.

Bunga dan Rama-Rama

Tentang hidup 13 Comments

Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Semoga anda semua sihat dan bahagia selalu.

Hari ini Ktom ingin kongsikan satu cerita yang Ktom baca beberapa ketika dulu tapi dah lupa sumbernya dari mana.   Ceritanya begini :-

Seorang wanita berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama.  Maklumlah wanita memang suka pada keindahan dan berjiwa sentimental.  Hehehe….jangan lupa lelaki juga ada yang terlalu sentimental.  Tetapi Allah telah memberinya kaktus dan ulat.  Beliau  berasa amat sedih dan keliru serta tidak faham mengapa pemberianNYA berbeza daripada permintaannya.

Kemudian beliau berfikir : Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan.   Jadi beliau memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.

Beberapa bulan selepas itu, wanita ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya itu.  Beliau pergi ke tempat beliau letak kaktus tersebut dan wanita ini amat terperanjat apabila melihat pokok kaktus yang hodoh dan berduri satu ketika dulu telah tumbuh pula bunga yang cantik.  Dan daripada ulat yang terselindung itu telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.

Kejadian itu membutakan beliau berfikir. Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul.  Cara Allah sentiasa cara yang terbaik walaupun kelihatan semuanya salah. 

Jadi jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah , PERCAYALAH,  pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang kita pinta itu pada masa yang sesuai.  Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang diperlukan?  Allah tidak gagal memenuhi permintaan hambaNYA.

Oleh yang demikian teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh DURI hari ini adalah BUNGA hari esok.

Sekian, jumpa lagi.

Wasalam.

Kebiasaan menjadi bosan………….

Tentang hidup 12 Comments

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Semoga anda semua dalam keadaan tenang, gembira dan sihat sejahtera.

Kebiasaan atau sesuatu yang rutin dalam hidup ini membuatkan manusia mudah menjadi bosan.  Siapa yang tidak bosan jika asyik melakukan perkara yang sama setiap hari. Bosan ke? Pasti ada yang menjawab tidak dan pastinya juga ramai yang menjawab ya. Dan ada juga yang telah bosan dengan pasangan masing2. Alamak…..yang ini teruk ni.  Ada ke orang yang sudah bosan dengan pasangannya? Rasa Ktom tak ada, cuma jika pasangannya bersikap teruk mungkin perasaan bosan tu wujud.  Tak pe…. apa2 pun kita harus positif terhadap setiap apa yang berlaku dan setaip apa yang kita miliki. Read the rest…