Anda unik? Kekalkan keunikan itu….
June 18, 2008 Tips Kendiri 29 CommentsAssalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.
Sedar tak sedar kita sudahpun berada di pertengahan 2008. Sungguh cepat masa berlalu. Usia semakin bertambah dan pengalaman kita juga semakin mematangkan diri kita. Ktom pasti banyak perkara yang berlaku dalam masa lima bulan kebelakang ini dan matlamat yang ingin anda capai pada tahun ini sudah semakin hampir kepada pencapaian sepenuhnya. Semoga setiap perancangan anda berjalan dengan lancar.
Setiap manusia dalam dunia ini dilahirkan dengan keunikan masing2 termasuklah diri kita sendiri. Diri anda adalah diri anda dan ia tetap unik berbanding orang lain di sekeliling anda. Ada ketikanya kita selalu mengkritik diri sendiri dan menganggap diri tidak sebaik dan tidak sesempurna orang lain. Ahaaaaa….tapi ada juga yang selalu anggap diri sendiri lebih hebat dari orang lain ( orang yang perasan ler tu wakakaka ). Tapi Ktom bukan nak cerita pasal orang yang perasan ni.
Pernahkah anda melihat orang lain itu sempurna dan ingin menjadi seperti mereka ? Pernahkah kita rasa mereka itu hebat? Sudah pasti ada bukan? Tetapi perlukah kita jadi sesempurna mereka ? Sudah pasti . Tapi kita juga harus sedar kadang kalanya kita tidak perlu. Sebab apa? Sebabnya adalah kerana kita juga ada kehebatan diri kita sendiri. Cuma kita tidak tahu dan mungkin tidak sedar akan hal itu.
Ada masanya kita mahu berubah tetapi tidak tahu dan tiada panduan untuk berubah ke arah yang lebih positif. Dengan itu kita akan terkeliru dan akhirnya tewas.
Jadi kita perlu kenal diri sendiri untuk melawan musuh di dalam diri kita. Jadilah diri sendiri, dan jika anda ingin berubah, ikutlah kesesuaian jangan nampak seperti memaksa atau terpaksa.
Sekian. Jumpa lagi.
Wasalam.









