Antara Harapan dan Penerimaan

Penulis 10 Comments

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Semoga anda semua dalam situasi yang gembira, tenang dan bahagia selalu.  Kali ini Ktom ingin berkongsi sesuatu dengan anda.  Ini adalah satu petikan dari sebuah majalah.  Ktom tak pasti siapa yang meulisnya. Minta maaf kepada empunya nukilan tapi Ktom pasti empunya nukilan ini juga ingin turut berkongsi dengan anda sekalian.

Jom kita hayati dan cuba manafaatkan apa yang tersirat di sebalik yang tersurat ini.

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu…..
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja……
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana biasanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitu juga……….

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang……….
Setelah ia mula MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya……..
Janganlah sesekali kamu………
meninggalkannya begitu saja…..
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu……….

Jika kamu menadah air, biarlah berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh….
Cukuplah sekadar KEPERLUANmu…..
Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula……..
Akhirnya ia dibuang………
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi…..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya………..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
ISTIMEWA
Anggaplah dia manusia biasa. 

Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…..
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA, boleh
jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya…

Read the rest…

Kekuatan menghadapi kepahitan hidup………..

Tentang hidup 23 Comments

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Begitu cepat masa berlalu….kita dah pun berada dalam bulan Rejab.   Tak lama lagi Ramadan muncul kembali.  Semoga puasa kali ini dapat kita tunaikan dengan penuh keberkatan.  Hehehe…puasa lambat lagi la ….apasal cerita hal puasa pulak ni?   Saja je…….excited tunggu Ramadan tiba.  Anyway,maaf sebab akhir-akhir ni ruang dan waktu betul2 tidak mengizinkan untuk Ktom mengupdates sekerap mungkin.  Harap anda tidak pernah jemu untuk ke sini dan semoga apa yang Ktom kongsikan disini memberi manfaat kepada anda.

Bukan mudah untuk kita melupakan masa silam lebih-lebih lagi jika ianya merupakan satu kenangan paling pahit dalam kehidupan kita.  Namun walau sesukar mana pun, kita harus tetap melupakannya dan membuangnya jauh-jauh dari hidup kita.  Kita tidak boleh terus membiarkan diri dibayangi dengan kisah silam yang pahit kerana kita tidak akan merasa apa itu BAHAGIA.  Malah jalan untuk menuju kejayaan juga pasti akan lebih sukar kerana kita sentiasa dibayangi oleh rasa takut dengan bayang-bayang semalam.

Jadi, jangan biarkan kenangan pahit yang pernah dilalui itu menyekat kebahagiaan dan kejayaan kita.  Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk melupakan kenangan pahit itu dan mulakan hidup baru.

Ok Ktom ingin kongsikan beberapa cara yang mungkin boleh membantu.  Jom………

1.  Buang segala-galanya

Untuk melupakan semua kenangan pahit yang pernah anda lalui, cara yang paling berkesan ialah dengan membuang segala yang boleh mengingatkan anda pada kenangan silam.   Buanglah apa saja yang boleh membuatkan anda teringat kembali pada seseorangg itu misalnya gambar, hadiah, surat, kad atau segalanya. Anda harus kuat dan tabah.

Jangan tinggalkan walau satu bukti pun yang menunjukkan anda pernah bersamanya.  Anggaplah apa sahaja yang berlaku antara anda dengan dia adalah satu mimpi buruk. Mungkin sukar untuk anda melakukannya tetapi berusahalah.  Sentiasa percaya bawa selagi anda tidak membuangnya, selagi itulah bayang-bayangnya akan terus bersama anda.  Oleh sebab itu apa sahaja yang menjadi punca bagi membolehkan anda mengingati pada kenangan pahit yang berlaku, usahalah untuk mengusirnya jauh-jauh.

2.  Ubah penampilan diri

Mulakan hidup baru.  Inilah apa yang sering kita katakan.  Namun kalau hanya ucapan semata-mata, tidak mungkin ianya akan berhasil.  Anda seharusnya berubah bukan sahaja dari segi pemikiran dan pandangan tetapi juga dari segi penampilan.  Ubahlah  diri jadi seperti orang baru.

Tampilkan imej yang lebih kemas, menarik , anggun dan paling penting ia benar-benar sesuai dengan anda.  Mungkin ada di antara anda yang berfikir, menukar imej tidak memebri sebarang kesan untuk mulakan hidup baru. Anda tersilap sebenarnya.  Percayalah, bila anda tampil dengan imej baru, pastinya anda akan merasa hari-hari yang dilalui berbeza dari sebelumnya.

Sekiranya anda tidak mengubah penampilan, setiap kali anda memandang cermin anda akan lihat diri anda yang pernah jatuh satu ketika dulu.  Namun apabila anda berubah, anda akan nampak diri anda yang baru dan tidak ada kena mengena dengan diri anda sebelum ini. Read the rest…

Mengapa dia BOSS, anda bukan…..

Tips Kendiri 15 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Maaf lama sudah tak buat updates.  Terima kasih yang masih sudi ke sini dan terima kasih juga yg telah banyak memberi sokongan.  Terima kasih kepada copernicus yang sudi memberi cadangan untuk blog ktom ni.

Baiklah hari ini Ktom ingin kongsikan sesuatu dengan anda.  Harap2nya ada juga yang bergelar BOSS baca…wakakaka

Semasa mula melapor diri bertugas, semasa bertukar ke tempat baru, semasa menerima BOSS baru , kita sememangnya akan mula membayangkan mempunyai boss yang berperibadi mulia, yang mempunyai karisma, kebijaksanaan, berperikemanusiaan, melayan dan mendidik kita dengan baik.  Namun kadangkala disebaliknya pula yang berlaku.

Mungkin anda salah seorang yang bernasib baik mendapat boss yang baik dan bagus namun ada juga yang kurang bernasib baik kerana sikap boss yang zalim, tidak bertimbang rasa, tidak berkarisma dan..dan….dan lagi. Read the rest…