Kekuatan menghadapi kepahitan hidup………..
July 15, 2008 Tentang hidup 23 CommentsAssalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.
Begitu cepat masa berlalu….kita dah pun berada dalam bulan Rejab. Tak lama lagi Ramadan muncul kembali. Semoga puasa kali ini dapat kita tunaikan dengan penuh keberkatan. Hehehe…puasa lambat lagi la ….apasal cerita hal puasa pulak ni? Saja je…….excited tunggu Ramadan tiba. Anyway,maaf sebab akhir-akhir ni ruang dan waktu betul2 tidak mengizinkan untuk Ktom mengupdates sekerap mungkin. Harap anda tidak pernah jemu untuk ke sini dan semoga apa yang Ktom kongsikan disini memberi manfaat kepada anda.
Bukan mudah untuk kita melupakan masa silam lebih-lebih lagi jika ianya merupakan satu kenangan paling pahit dalam kehidupan kita. Namun walau sesukar mana pun, kita harus tetap melupakannya dan membuangnya jauh-jauh dari hidup kita. Kita tidak boleh terus membiarkan diri dibayangi dengan kisah silam yang pahit kerana kita tidak akan merasa apa itu BAHAGIA. Malah jalan untuk menuju kejayaan juga pasti akan lebih sukar kerana kita sentiasa dibayangi oleh rasa takut dengan bayang-bayang semalam.
Jadi, jangan biarkan kenangan pahit yang pernah dilalui itu menyekat kebahagiaan dan kejayaan kita. Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk melupakan kenangan pahit itu dan mulakan hidup baru.
Ok Ktom ingin kongsikan beberapa cara yang mungkin boleh membantu. Jom………
1. Buang segala-galanya
Untuk melupakan semua kenangan pahit yang pernah anda lalui, cara yang paling berkesan ialah dengan membuang segala yang boleh mengingatkan anda pada kenangan silam. Buanglah apa saja yang boleh membuatkan anda teringat kembali pada seseorangg itu misalnya gambar, hadiah, surat, kad atau segalanya. Anda harus kuat dan tabah.
Jangan tinggalkan walau satu bukti pun yang menunjukkan anda pernah bersamanya. Anggaplah apa sahaja yang berlaku antara anda dengan dia adalah satu mimpi buruk. Mungkin sukar untuk anda melakukannya tetapi berusahalah. Sentiasa percaya bawa selagi anda tidak membuangnya, selagi itulah bayang-bayangnya akan terus bersama anda. Oleh sebab itu apa sahaja yang menjadi punca bagi membolehkan anda mengingati pada kenangan pahit yang berlaku, usahalah untuk mengusirnya jauh-jauh.
2. Ubah penampilan diri
Mulakan hidup baru. Inilah apa yang sering kita katakan. Namun kalau hanya ucapan semata-mata, tidak mungkin ianya akan berhasil. Anda seharusnya berubah bukan sahaja dari segi pemikiran dan pandangan tetapi juga dari segi penampilan. Ubahlah diri jadi seperti orang baru.
Tampilkan imej yang lebih kemas, menarik , anggun dan paling penting ia benar-benar sesuai dengan anda. Mungkin ada di antara anda yang berfikir, menukar imej tidak memebri sebarang kesan untuk mulakan hidup baru. Anda tersilap sebenarnya. Percayalah, bila anda tampil dengan imej baru, pastinya anda akan merasa hari-hari yang dilalui berbeza dari sebelumnya.
Sekiranya anda tidak mengubah penampilan, setiap kali anda memandang cermin anda akan lihat diri anda yang pernah jatuh satu ketika dulu. Namun apabila anda berubah, anda akan nampak diri anda yang baru dan tidak ada kena mengena dengan diri anda sebelum ini. Read the rest…









