Antara Harapan dan Penerimaan

Penulis 10 Comments

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Semoga anda semua dalam situasi yang gembira, tenang dan bahagia selalu.  Kali ini Ktom ingin berkongsi sesuatu dengan anda.  Ini adalah satu petikan dari sebuah majalah.  Ktom tak pasti siapa yang meulisnya. Minta maaf kepada empunya nukilan tapi Ktom pasti empunya nukilan ini juga ingin turut berkongsi dengan anda sekalian.

Jom kita hayati dan cuba manafaatkan apa yang tersirat di sebalik yang tersurat ini.

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu…..
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja……
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana biasanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitu juga……….

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang……….
Setelah ia mula MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya……..
Janganlah sesekali kamu………
meninggalkannya begitu saja…..
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu……….

Jika kamu menadah air, biarlah berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh….
Cukuplah sekadar KEPERLUANmu…..
Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula……..
Akhirnya ia dibuang………
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi…..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya………..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
ISTIMEWA
Anggaplah dia manusia biasa. 

Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…..
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA, boleh
jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya…

Read the rest…