Negatif….negatif….negatif

Tips Kehidupan 9 Comments

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Lama tak post entry…maaf.  Ruang dan waktu betul2 tidak mengizinkan. Terima kasih kepada yang masih sudi bertandang ke sini.  Ok, post kali ini pendek saja.  Harapan Ktom  walau seringkas mana pun entry yg Ktom utarakan, anda akan manfaat darinya.

Kajian yang dibuat oleh pakar psikologi mendapati orang yang mempunyai konsep diri negatif cenderung mengalami lebih banyak masalah emosi berbanding orang yang mempunyai konsep diri yang positif.  Antara masalah emosi yang sering mereka alami ialah risau, rasa gemuruh, tidak tenteram, sedih, murung, cepat marahmeradang, tidak bahagia, suka menyampah rasa terpencil, tidak dapat tidur, sakit-sakit dan seumpamanya.  Mereka juga tidak benar-benar suka pada orang lain dan suka mencari cacat cela orang lain kerana berasa diri mereka lebih baik apabila dibandingkan dengan orang tersebut.

Sekian, jumpa lagi

Wasalam 

Lelaki dambaan……………

Tips Kehidupan 3 Comments

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua?  Semoga anda semua dirahmati Allah sentiasa.    

Ok……hari ini jom kita kongsikan apakah sebenarnya  ciri-ciri yang di impikan oleh orang perempuan atau wanita dalam hidup mereka terhadap lelaki.  Hehehe….kaum lelaki yang berkunjung kesini jangan marah apabila Ktom hanya membincangkan isu ini tetapi ambillah perkara2 yang bakal dibincangkan disini sebagai satu pengetahuan dan meneliti apakah ciri2 tersebut ada pada anda dan jika tiada…..bolehlah berusaha dan mengubah apa yang tidak ada itu .

Dan pada pengunjung wanita pula, ini mungkin dapat menambahkan idea dan inspirasi kepada anda untuk berfikir dengan lebih dalam lagi apakah keperluan2 yang perlu ada pada seorang lelaki. 

Namun begitu, kita jangan terlalu mengharapkan setiap ciri2 itu ada pada orang yang kita cintai, kerana tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini termasuklah kita sendiri.  Bila kita memilih orang, orang pun akan memilih kita juga.  Jadi jika anda betul2 menyintai dan menyayangi. terimalah dia seadanya.

Ketika belum kahwin, tak kiralah semasa remaja, di usia gadis kita selalu bertanya pada diri sendiri dan pada rakan2 apakah ciri-ciri lelaki yang menjadi pilihan sebagai teman hidup.  Macam2 ciri yang diberi. Ada yang mahukan lelaki kacak, yang banyak duit, tinggi lampai, kacak, berkulit putih atau gelap, yang romantik, mancho dan bermacam2 lagi. Tetapi ada juga yang berpendapat rupa paras dan wang ringgit tidak penting asalkan” dia cintakan saya “. 

Antara ciri-ciri yang dicari :

1.  Seorang lelaki mestilah lebih bijak berpengetahuan luas.

2.  Sentiasa berfikiran positif, dan berfikiran jauh ke depan.

3.  Sentiasa memberi sokongan  dan bukannya membangkang jika perkara yang ingin dilakukan boleh memberi kebaikan  bersama

4.  Romantis dan tahu bagaimana untuk manjakan saya. Read the rest…