Lelaki dambaan……………
August 4, 2008 Tips Kehidupan 3 CommentsAssalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Apa khabar anda semua? Semoga anda semua dirahmati Allah sentiasa.
Ok……hari ini jom kita kongsikan apakah sebenarnya ciri-ciri yang di impikan oleh orang perempuan atau wanita dalam hidup mereka terhadap lelaki. Hehehe….kaum lelaki yang berkunjung kesini jangan marah apabila Ktom hanya membincangkan isu ini tetapi ambillah perkara2 yang bakal dibincangkan disini sebagai satu pengetahuan dan meneliti apakah ciri2 tersebut ada pada anda dan jika tiada…..bolehlah berusaha dan mengubah apa yang tidak ada itu .
Dan pada pengunjung wanita pula, ini mungkin dapat menambahkan idea dan inspirasi kepada anda untuk berfikir dengan lebih dalam lagi apakah keperluan2 yang perlu ada pada seorang lelaki.
Namun begitu, kita jangan terlalu mengharapkan setiap ciri2 itu ada pada orang yang kita cintai, kerana tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini termasuklah kita sendiri. Bila kita memilih orang, orang pun akan memilih kita juga. Jadi jika anda betul2 menyintai dan menyayangi. terimalah dia seadanya.
Ketika belum kahwin, tak kiralah semasa remaja, di usia gadis kita selalu bertanya pada diri sendiri dan pada rakan2 apakah ciri-ciri lelaki yang menjadi pilihan sebagai teman hidup. Macam2 ciri yang diberi. Ada yang mahukan lelaki kacak, yang banyak duit, tinggi lampai, kacak, berkulit putih atau gelap, yang romantik, mancho dan bermacam2 lagi. Tetapi ada juga yang berpendapat rupa paras dan wang ringgit tidak penting asalkan” dia cintakan saya “.
Antara ciri-ciri yang dicari :
1. Seorang lelaki mestilah lebih bijak berpengetahuan luas.
2. Sentiasa berfikiran positif, dan berfikiran jauh ke depan.
3. Sentiasa memberi sokongan dan bukannya membangkang jika perkara yang ingin dilakukan boleh memberi kebaikan bersama
4. Romantis dan tahu bagaimana untuk manjakan saya. Read the rest…









