Entries Tagged as 'Penulis'

Blog Yang Mesti Dilawati……

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua? Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat.  Sedar tak sedar kita bakal menghampiri pertengahan bulan Disember, bermakna cuma tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru 2008. 

Hari ni Ktom tidak akan membincangkan tentang azam tetapi berkenaan dengan tahap kesihatan yang kita miliki akibat peningkatan usia dan sebagainya.

Apabila usia bertambah tahap kesihatan amat perlu kita titik beratkan baik dari segi pemakanan, corak hidup, gaya hidup dan sebagainya supaya kita akan kekal sihat sepanjang masa insyaallah.  [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Nostlagia Hariraya

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua?  Antara sedar atau tidak kita sudah pun berada dalam hari kesepuluh terakhir bulan Ramadan yang mulia ini.  Harapnya kita dapat sama2 lebihkan ibadah kita semuga mendapat ganjaran dan rahmat Allah yang berganda insyaallah.  Dan tak lama lagi hariraya Puasa akan menjelma menandakan berakhirnya Ramadan yang mulia ini.

Maaf kerana sudah begitu lama tidak menulis di sini.  Masa terluang amat terhad sekali membataskan keinginan untuk menulis namun bila dah banyak hari tak menulis ni rasa macam banyak sangat yang nak dikongsikan dengan anda sehinggakan dah tak tahu nak tulis topik yang mana harus didahulukan.  Lebih2 lagi Ktom rasa bersalah kepada pengunjung blog Ktom kerana tiada hidangan disediakan buat beberapa hari ini.  Sekali lagi Ktom mohon maaf.

Kita sudah menghampiri bulan Syawal dan antara malam2 yang kesepuluh ini merupakan malam Laitalul Qadar dan diharap agar kita semua mengandakan lagi amalan supaya ganjaran dari Allah yang tidak terbanding itu menjadi milik kita insyaallah.

Ok…ktom bukan nak bercerita tentang malam Lailatul Qadar tetapi tentang nostalgia Hariraya berkaitan dengan lagu2 raya. [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

SMS Ramadan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Selamat memunaikan ibadah puasa kepada semua yg beragama Islam.

Hari ini sudah masuk hari kelima kita berpuasa.  Macam mana? Boleh tahan dugaan2 yang datang? Jika mudah merajuk ke atau mudah marah atau senang rasa sensitf tu..jawabnya tak tahan dugaan lah tu..hehehe. Tapi Ktom yakin kita dapat menghayati bulan puasa tahun ini dengan penuh keberkatan.  Hari ini tak dapat idea nak tulis apa2 tentang motivasi kehidupan tetapi Ktom nak share beberapa perkara disini. [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Sehari Bersama Dr HM Tuah Iskandar

Askm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Harapnya anda semua sihat dan sentiasa dalam keadaan tenang selalu.

Hari ni Ktom tak dapat tulis panjang2 sebab sekejap lagi kena pergi ke tempat kursus yang akan bermula esok hingga hari Rabu.  Dan dalam waktu itu Ktom minta maaf banyak2 sebab tidak dapat berinteraksi dengan anda semua.  Hehehe pastinya rindu sangat2.  Walaubagaimana pun, Ktom harap perbincangan dan perkongsian dapa diteruskan ok.

Semalam 1 Sept., Ktom telah berkesempatan menghadiri seminar bersama Dr HM Tuah Iskandar.  Seronok sangat sebab dapat bertemu secara live dengan beliau dan dapat mendengar ceramah beliau secara live.  Ktom bernasib baik sebab dapat duduk ke depan sekali jadi tidka menjadi masalahlah untuk memberikan tumpuan dan dapat ler lihat dia dengan lebih jelas. Sampai gigi dia pun boleh nampak..wakakakaa [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Tanpa mu siapalah aku………..

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Fuhhh……hebat dan mengancam bunyi tajuk tu …

Apahal beremosi ni Ktom?

Hohohohoho…..tak de lah……….saje je buat tajuk yang gempak sikit…… 

Rupanya kita sudah pun memasuki bulan September 2007.  Begitu cepat masa berlalu dan tak lama lagi bulan Ramadan akan tiba.  Syukurlah hingga ke hari ini kita masih lagi mampu menghirup udara nyaman dan masih dalam keadaan sihat sejahtera. 

Anda sihat? Anda gembira? Anda bahagia?

Syukurlah. 

Jika tak sihat, makan ubat dan berehatlah.

Jika tak gembira, atau tidak bahagia …jangan difikirkan sangat tentang masalah tu…fikirkan sesuatu yang positif.  Jika anda perlukan motivasi untuk menghilangkan atau menyelesaikan sesuatu yang mengganggu fikiran…jom pi blog Shueqry atau blog DikMal atau blog Raymond untuk mendapatkan sedikit kekuatan menghadapi segala cabaran ini.  Dari blog2 tersebut Ktom percaya anda akan kalau tidak banyak, sedikit pun tak apalah bagaimana untuk mencapai kejayaan dan bagaimana untuk mendapat kekuatan diri. [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Kembali ………….

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua? Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dirahmati dengan ketenangan dan kegembiraan. Lama tak dapat online dan tak ada post baru, rindu sangat2 untuk berinteraksi dengan anda sambil berkongsi pandangan disini.  Namun tidak semua perancangan yang dibuat menjadi dan terkadangnya jadual yang kita buat terpaksa diubah suai atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.

Ktom minta maaf banyak2 kerana sudah seminggu tak dapat online  dan tiada post baru disini.   

Pada hari Isnin yang lepas Ktom terpaksa membawa anak bongsu ( 5 tahun ) ke hospital kerana demam dan batuk2.  Sesampai di hospital, doktor yang merawat beliau mengarahkan supaya anak Ktom di tahan di  hospital kerana beliau nampak agak ” dehydrated “.  Dia demam sejak hari Jumaat tapi walaupun telah diberi ubat namun masih tidak reda demamnya. Sebab tu lah Ktom ambil keputusan untuk membawanya berjumpa doktor. [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Tagged

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda hari ini? Semoga anda sihat, ceria dan bahagia selalu.  Bagaimana cuaca di tempat anda? Di Kota Bharu ni …hampir setiap petang hujan. Alhamdulillah…sekurang2nya udara tak panas sangat.

” People who are tagged should write a blog post of 6 weird things about them as well as state these rules clearly.  In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names at the bottom of your post.  Dont forget to leave a comment that says ” You are tagged ” in their comments and tell them to read your blog “

Itulah antara syarat2 yang dikenakan terhadap orang yang di tag.

Sebenarnya kerja tag mengetag ni ada kebaikan dan keburukannya. Kebaikannya adalah seperti berikut :-

1.  Kita akan lebih mengenali seseorang itu biarpun tak pernah bersua muka.

2.  Mengeratkan perhubungan antara kita meskipun pertemuan kita hanya diruang maya. 

3.  Boleh hilangkan tension atau stress bekerja sepanjang hari.

4.  Seronok mengacau orang…hehehehe

5.  Dapat motivasi untuk meneruskan penulisan blog….hahahahaaha [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Pit…pit…pit oh Mat Rempit

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Apa khabar anda semua? Semoga sentiasa dalam keceriaan dan dikurniakan kesihatan yang baik. 

Maaf sudah beberapa hari tidak dapat menulis dan postkan sesuatu yang baru.  Ktom terpaksa menghadiri seminar kat Shah Alam.  Baru malam tadi balik. Penatnyaaaaaaaaaa.

Baiklah, hari ini mari kita kongsikan sesuatu yang bukan baru bagi kita semua tetapi masih tidak dapat dibendung.

Sejak akhir2 ini isu mat rempit bukan lagi isu yg bukan boleh dipandang sebelah mata. Ianya sudah menjadi semakin kritikal dan perlu kepada campurtangan pelbagai pihak termasuklah ibubapa dan kerajaan. [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Hidup ini tidak selalunya indah……..

Askm dan Selamat Sejahtera serta Salam Muhibbah.

Apa khabar anda hari ini?  Semoga anda semua dalam kegembiraan dan tenang selalu. 

Dalam hidup ini banyak perkara yang terpaksa kita tempuhi dan kadangnya juga begitu perit untuk diterima dan dilalui. Tanpa kekuatan dalaman pasti kita tidak akan mudah untuk menangani segala keperitan itu.  Pun begitu sokongan daripada sahabat , keluarga dan masyarakat disekeliling dapat sekurang-kurangnya mengurangkan bebanan yang di tanggung itu.  Tidak kira kira dalam apa jenis kesusahan dan dalam bentuk pertolongan yang bagaimana namun seharusnya kita bersyukur bahawa mungkin ada lagi orang lain yang mengalami keperitan melebihi kita.

Semalam sebelum mengakhiri bacaan email dari seorang adik dari KK semalam, hati meronta2 nak tahu apa isinya.  Katanya “Oh ya, tadi saya baca kat blog kak Linn, pasal BadrulZamani. terharu sungguh saya baca kisahnya..

Terus saja saya ke blog Linn Comel.

Rasa terharu yang amat sangat sehingga Ktom tidak mampu untuk berkata apa2.  Jika kita susah rupanya diluar sana masih ramai yang susah dan menderita.  Seharusnya kita bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan pada kita.  Sebelum ini Ktom pernah melihat gambarnya terpampang memberi testimoni untuk ebook-ebook yang dijual ….tapi tak pernah menjangka bahawa seorang yang cukup bersemangat dan berdedikasi dalam ebiz ni rupanya telah mengalami kecatatan yang sebegitu rupa akibat daripada kemalangan. Nauzubillah….dan yang lebih menyedihkan lagi keadaannya sekarang ini memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi dan beliau  tidak cukup kewangan untuk menampung perbelanjaan tersebut termasuk perbelanjaan perubatannya.  Seperti juga kata Linn, dia tidak pernah meminta supaya ditulis mengenainya di blog tapi sebagai seorang sahabat inilah sahaja cara pertolongan yang mampu kita hulurkan.  Anda boleh membaca selanjutnya di sini.  Ktom pastekan saja apa yang Linn tulis di blognya.

Semoga apa yang dipaparkan ini mendapat kerjasama dari anda semua.  Ktom percaya apa yang baik akan dibalas dengan baik juga akhirnya.  Hari ini hari orang lain, hari kita….kita tidak tahu lagi.

Sekian, jumpa lagi.

Wasalam

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Usah bersedih jika anda masih solo……..

Askm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Anda sihat? Masih sibuk dengan aktiviti kenduri kahwin ke? Semoga pasangan pengantin baru tu sentiasa gembira, bahagia dan kekal hingga ke anak cucu.

Baiklah hari ini Ktom ingin kongsikan sesuatu dengan anda semua.  Harap-harap anda dapat menerimanya secara positif.

Jom kita kongsikan bersama…………..

Bila kita perhatikan disekeliling kita hari ini, ada ramai wanita yang masih belum mengakhiri zaman solonya biarpun sudah mencecah angka 35, 40 atau lebih.  Jika dulu mereka ini akan diberi gelaran andartu dan gelaran sebegini amat menakutkan sekali bagi seorang wanita.  Apa tidaknya…ramai orang akan memandang serong terhadapnya dan menuduh samada mereka ini terlalu memilih , tidak cantik, tidak menarik, tak laku dan sebagainya.  [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
    • Kelantan Bloggers