Entries Tagged as 'Tentang hidup'

Kekuatan menghadapi kepahitan hidup………..

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Begitu cepat masa berlalu….kita dah pun berada dalam bulan Rejab.   Tak lama lagi Ramadan muncul kembali.  Semoga puasa kali ini dapat kita tunaikan dengan penuh keberkatan.  Hehehe…puasa lambat lagi la ….apasal cerita hal puasa pulak ni?   Saja je…….excited tunggu Ramadan tiba.  Anyway,maaf sebab akhir-akhir ni ruang dan waktu betul2 tidak mengizinkan untuk Ktom mengupdates sekerap mungkin.  Harap anda tidak pernah jemu untuk ke sini dan semoga apa yang Ktom kongsikan disini memberi manfaat kepada anda.

Bukan mudah untuk kita melupakan masa silam lebih-lebih lagi jika ianya merupakan satu kenangan paling pahit dalam kehidupan kita.  Namun walau sesukar mana pun, kita harus tetap melupakannya dan membuangnya jauh-jauh dari hidup kita.  Kita tidak boleh terus membiarkan diri dibayangi dengan kisah silam yang pahit kerana kita tidak akan merasa apa itu BAHAGIA.  Malah jalan untuk menuju kejayaan juga pasti akan lebih sukar kerana kita sentiasa dibayangi oleh rasa takut dengan bayang-bayang semalam.

Jadi, jangan biarkan kenangan pahit yang pernah dilalui itu menyekat kebahagiaan dan kejayaan kita.  Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk melupakan kenangan pahit itu dan mulakan hidup baru.

Ok Ktom ingin kongsikan beberapa cara yang mungkin boleh membantu.  Jom………

1.  Buang segala-galanya

Untuk melupakan semua kenangan pahit yang pernah anda lalui, cara yang paling berkesan ialah dengan membuang segala yang boleh mengingatkan anda pada kenangan silam.   Buanglah apa saja yang boleh membuatkan anda teringat kembali pada seseorangg itu misalnya gambar, hadiah, surat, kad atau segalanya. Anda harus kuat dan tabah.

Jangan tinggalkan walau satu bukti pun yang menunjukkan anda pernah bersamanya.  Anggaplah apa sahaja yang berlaku antara anda dengan dia adalah satu mimpi buruk. Mungkin sukar untuk anda melakukannya tetapi berusahalah.  Sentiasa percaya bawa selagi anda tidak membuangnya, selagi itulah bayang-bayangnya akan terus bersama anda.  Oleh sebab itu apa sahaja yang menjadi punca bagi membolehkan anda mengingati pada kenangan pahit yang berlaku, usahalah untuk mengusirnya jauh-jauh.

2.  Ubah penampilan diri

Mulakan hidup baru.  Inilah apa yang sering kita katakan.  Namun kalau hanya ucapan semata-mata, tidak mungkin ianya akan berhasil.  Anda seharusnya berubah bukan sahaja dari segi pemikiran dan pandangan tetapi juga dari segi penampilan.  Ubahlah  diri jadi seperti orang baru.

Tampilkan imej yang lebih kemas, menarik , anggun dan paling penting ia benar-benar sesuai dengan anda.  Mungkin ada di antara anda yang berfikir, menukar imej tidak memebri sebarang kesan untuk mulakan hidup baru. Anda tersilap sebenarnya.  Percayalah, bila anda tampil dengan imej baru, pastinya anda akan merasa hari-hari yang dilalui berbeza dari sebelumnya.

Sekiranya anda tidak mengubah penampilan, setiap kali anda memandang cermin anda akan lihat diri anda yang pernah jatuh satu ketika dulu.  Namun apabila anda berubah, anda akan nampak diri anda yang baru dan tidak ada kena mengena dengan diri anda sebelum ini. [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Bunga dan Rama-Rama

Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Semoga anda semua sihat dan bahagia selalu.

Hari ini Ktom ingin kongsikan satu cerita yang Ktom baca beberapa ketika dulu tapi dah lupa sumbernya dari mana.   Ceritanya begini :-

Seorang wanita berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama.  Maklumlah wanita memang suka pada keindahan dan berjiwa sentimental.  Hehehe….jangan lupa lelaki juga ada yang terlalu sentimental.  Tetapi Allah telah memberinya kaktus dan ulat.  Beliau  berasa amat sedih dan keliru serta tidak faham mengapa pemberianNYA berbeza daripada permintaannya.

Kemudian beliau berfikir : Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan.   Jadi beliau memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.

Beberapa bulan selepas itu, wanita ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya itu.  Beliau pergi ke tempat beliau letak kaktus tersebut dan wanita ini amat terperanjat apabila melihat pokok kaktus yang hodoh dan berduri satu ketika dulu telah tumbuh pula bunga yang cantik.  Dan daripada ulat yang terselindung itu telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.

Kejadian itu membutakan beliau berfikir. Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul.  Cara Allah sentiasa cara yang terbaik walaupun kelihatan semuanya salah. 

Jadi jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah , PERCAYALAH,  pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang kita pinta itu pada masa yang sesuai.  Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang diperlukan?  Allah tidak gagal memenuhi permintaan hambaNYA.

Oleh yang demikian teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh DURI hari ini adalah BUNGA hari esok.

Sekian, jumpa lagi.

Wasalam.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Kebiasaan menjadi bosan………….

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Semoga anda semua dalam keadaan tenang, gembira dan sihat sejahtera.

Kebiasaan atau sesuatu yang rutin dalam hidup ini membuatkan manusia mudah menjadi bosan.  Siapa yang tidak bosan jika asyik melakukan perkara yang sama setiap hari. Bosan ke? Pasti ada yang menjawab tidak dan pastinya juga ramai yang menjawab ya. Dan ada juga yang telah bosan dengan pasangan masing2. Alamak…..yang ini teruk ni.  Ada ke orang yang sudah bosan dengan pasangannya? Rasa Ktom tak ada, cuma jika pasangannya bersikap teruk mungkin perasaan bosan tu wujud.  Tak pe…. apa2 pun kita harus positif terhadap setiap apa yang berlaku dan setaip apa yang kita miliki. [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Belajarlah dari masa lalu………

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Apa khabar? Semoga anda semua sentiasa diberkati Allah dengan kesihatan yang baik dan tenang dalam menghadapi kehidupan seharian. 

Dalam hidup ini tiada seorang pun dari kita yang serba sempurna.  Kita sering membuat kesilapan dan kita juga akan belajar daripada kesilapan tersebut.  Mereka yang mahu belajar daripada kesalahan atau kesilapan lalu adalah orang yang bijak.

Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila melihat atau berhadapan dengan orang yang berkeras mereka benar meskipun ternyata mereka salah.

Apa yang telah kita lalui , apa yang berada  dibelakang kita dan apa yang ada di hadapan kita adalah satu perkara kecil berbanding dengan apa yang ada dalam diri kita sendiri.  Kita tidak berupaya untuk mengubah masa lalu dan jika kita berasa khuatir tentang masa depan, ini akan menghancurkan diri kita sendiri. 

Oleh itu jangan sekali2 mengisi hati dengan penyesalan masa lalu dan kebimbangan menghadapi masa-masa yang akan datang. Anda tidak akan berupaya untuk mengukir masa depan yang cerah dan anda tidak mungkin dapat mengusir masa lalu yang mencengkam jiwa jika anda berterusan begitu. Dengan itu  juga anda  tidak akan tahu  mensyukuri apa yang anda miliki hari ini.  Percayalah………..

Sekian, jumpa lagi.

Wasalam.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Perlukah kita merungut?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Harap anda semua dalam keadaan sihat walafiat dan gembira selalu. 

Dua hari lagi rakyat Malaysia, khususnya yang berbangsa Cina akan menyambut Tahun Baru Cina.  Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua yang meraikan hari tersebut.  Semoga tahun yang mendatang akan memberikan lebih banyak rezeki dan kebahagiaan hidup.

Dalam kehidupan ini adakalanya kita gembira, ada ketikanya kita dirundung derita, adakalanya kita tertekan, sedih, bahagia dan segala macam rasa.  Itulah warna2 kehidupan yang akan lebih mematangkan kita.   Bila kita sedih, sudah pasti hidup akan menjadi resah gelisah, putus semangat dan tekanan demi tekanan akan dirasai. 

Tetapi pernahkah anda merungut apabila di timpa sesuatu kesusahan, kesedihan atau ketika menghadapi suatu keadaan yang kita tidak puas hati?

Hahahaha..Ktom percaya ada di antara kita yang suka merungut. Ada ketikanya kita perlu merungut supaya kita rasa lega. Hehehe..lega ke bila merungut ni? Lega lah jugak kan? Tapi tak ada lah kita merungut pada orang lain tetapi merungut pada diri sendiri je..wakakakakaka

Apa sebabnya kita merungut? [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Bekerja Sambil Belajar - Semangat Kental Bekalan Utama

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua? Harap anda semua sihat dan bergembira selalu. Ktom minta maaf banyak2 kerana blog ini tak dapat dilayari sejak beberapa minggu yang lepas.  Ktom sendiri pun kurang pasti apa sebabnya sehinggalah diberi bantuan oleh sifu Zul.  Nak kata hosting dah expire, belum lagi sebab due date untuk hosting ni bulan Januari 2008.  Itu yang bengang tu. Tapi syukurlah sekarang ni dah ok dan harap2nya selepas ini akan terus ok selamanya.

Hampir tiga minggu tidak dapat membuat update dan tidak dapat masuk blog membuatkan Ktom rasa tiada semangat langsung untuk meneruskan penulisan disini biarpun rasa rindu pada anda semua sentiasa ada. 

Bagi Ktom blog ini merupakan salah satu cara untuk Ktom dapat melarikan diri daripada kepenatan bekerja dan dengan blog ini jugalah Ktom dapat berkongsi apa sahaja dengan anda semua dan setiap perkongsian yang anda kongsikan disini amat memberi manafaat kepada Ktom, terima kasih.

Dan terima kasih juga kepada anda yang sentiasa sudi meluangkan masa untuk menjadikan blog ini antara blog yang wajib anda kunjungi.  Sekali lagi terima kasih.  Ramai yang menghantar email menanyakan tentang kehilangan blog pada ruang maya ini.  Terima kasih kerana anda begitu prihatin dan sentiasa ingin menatap juadah tulisan yang dihidangkan namun kecewa kerana blog ini tak boleh dilayari. Semoga segala kesulitan yang dialami sebelum ini tidak lagi akan berulang.

Ok…..berbalik kepada topik kita hari ini iaitu belajar sambil bekerja.  Mungkin ada di antara anda yang berkunjung ke blog ini merupakan salah seorang daripada mereka yang masih belajar walaupun usia sudah semakin meningkat dan sudah bekerja. [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Tips Elakkan Pertengkaran

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua? Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat.  Bagi Ktom pula, demam dah beransur pulih cuma batuk2 dan sakit tekak je.  Harapnya dapat sembuh dalam masa yang terdekat. Insyaallah.

Dalam hidup ini kita pasti akan menghadapi pertengkaran.  Tak kiralah bertengkar dengan kawan , adik, kakak, keluarga , suami, isteri dan sebagainya.  Namun jika tiada kesabaran dan tak tahu bagaimana nak meredakannya mungkin pertengkaran yang kecil akan menjadi besar dan terus berlarutan.

Tiada siapa yang suka bertengkar tetapi kadangkala situasi itu sukar di elakkan.  Pernah tak anda bertengkar? Bagaimana anda menanganinya? Apa yang anda buat? Pastinya anda ada cara yang tersendiri untuk menghadapinya. [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Bodek…jangan tak bodek

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Terlebih dulu Ktom ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua yang beragama Islam dan semoga puasa kali ini membawa lebih keberkatan kepada kita insyaallah.

Apa khabar anda hari ini? Ada yang tak berpuasa ke? Hehehe….pastinya ada kan….biasalah tu bagi orang perempuan memang tak de peliknya….dan dalam bulan puasa ni lah juga kita sekeluarga berkesempatan untuk makan bersama iaitu semasa berbuka dan semasa bersahur. 

Hari ini Ktom bukannya nak menulis tentang puasa tetapi tentang amalan bodek yang banyak dan kerapkali berlaku tak kira dalam organisasi kecil atau besar.

Perbuatan bodek ini samalah dengan ampu.  Ianya merupakan satu tindakan atau hubungan luarbiasa yang digunakan oleh seseorang untuk menarik perhatian orang2 tertentu, dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu kelebihan melalui jalan pintas atau jalan mudah.

Budaya bodek ini bukan sahaja dibenci oleh agama, tetapi juga salah dari segi etika kerja dan fitrah diri manusia itu sendiri.  Ianya merupakan satu amalan yang tidak sihat, yang bukan sahaja merosakkan diri orang yang melakukannya, tetapi turut memberi kesan kepada orang lain serta organisasi itu sendiri. [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Tikam belakang……….kawan makan kawan….

Askm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Anda sihat ke? Ktom harap anda semua sentiasa dalam keadaan sihat dan gembira selalu. 

Hari ini topik kita adalah berkisar kepada perasaan cemburu dan iri hati seseorang yang mengakibatkan orang lain tersungkur.

Menikam dari belakang memang merbahaya kerana sikap atau perbuatan ini melibatkan orang yang dikenali dan bersahabat dengan kita.  Ianya adalah lebih tepat jika dikatakan sahabat aniaya sahabat.

Dalam konteks pekerjaan di pejabat, perasaan cemburu,dengki, hasad, tidak puas hati dan segala yang bersifat negatif itu sudah menjadi lumrah, yang telah wujud menjadi biasa dalam diri manusia di mana2 saja.

Di pejabat budaya sebegini memang menjadi perkara  biasa jika ada orang yang dengkikan orang lain, jika orang itu lebih baik daripadanya samada dari segi ilmu, pangkat dan kekayaan.

Ini kerana manusia memang secara semulajadi mempunyai sifat cemburu dan mereka berperasaan begitu kerana mereka ada berbagai nafsu.

Namun begitu, seharusnya kita sedar ,kita patut jadikan nafsu sebagai senjata yang baik kerana nafsu itu mewujudkan perasaan berlumba2 dalam diri manusia.  Mereka boleh bersaing sebab persaingan itu datang daripada nafsu, yang seterusnya melahirkan perasaan cemburu. [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Tips Menambah Simpanan

Askm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah dan Salam Merdeka

Apa khabar? Semoga anda semua sihat dan gembira selalu.  Ktom juga sihat dan alhamdulillah keluarga juga sihat.

Ok, semalam Ktom telah berjanji untuk memberikan tips bagaimana untuk menambah simpanan.  Ktom bukan pakar kewangan atau perunding kewangan tetapi ini adalah hasil daripada pengalaman sendiri, pengalaman sahabat2 dan bahan bacaan yang Ktom baca. Memang sesetengah daripada kita bila tahu bakal mendapat duit lebih sikit, maka2 awal2 lagi dah berkira2 nak beli itu dan nak beli ini.  Apa yang nampak didepan mata dan berkenan dihati terus dibeli tanpa berkira2 dulu.  Hehehe…biasanya orang perempuanlah yang macam ni ya?  Oh…tidak…tak semua perempuan macam tu, lelaki pun ada jugak…tak percaya? Cuba lah tanya diorang tu. [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
    • Kelantan Bloggers