August 23, 2007
Tentang hidup
19 Comments
Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah dan Salam Merdeka
Anda apa khabar? Sihat ? Baguslah. Semoga kita semua dalam limpahan rahmat dari Allah sentiasa.
Tekanan perasaan atau stress sering melanda sesiapa sahaja cuma peratusnya dan penyebabnya sahaja yang berbeza.
Biasanya kita mudah merasa tertekan atau pening kepala bila kita perlu buat sesuatu keputusan penting. Begitu juga bila kita dilanda masalah.
Mengikut Jurnal of Science, apabila berasa tertekan, luangkan sedikit masa untuk berehat sebentar daripada memikirkan perkara tersebut dengan membaca buku yang kita gemar, membaca akhbar, menonton filem lucu, membuat teka silang kata, tidur, berjogging, beriadah, berbual dengan jiran atau teman, membaca buku humor, dan melakukan solat hajat atau solat istikhoroh dan sebagainya lagi. Read the rest…
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
July 21, 2007
Tentang hidup
16 Comments
Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Apa khabar anda hari ini? Mungkin sibuk dengan tugas ditempat kerja dan bagi yang bercuti mungkin sibuk menguruskan anak2 dan rumahtangga.
Ok, hari ini Ktom nak sambung sikit lagi dan ini adalah siri akhir entry tentang hidup yang berkisar kepada perceraian.
Pergolakan rumahtangga yang berakhir dengan perceraian atau perpisahan seringkali menyakitkan dan mengganggu kehidupan seharian. Jika kita tidak pandai mengawal emosi pastinya hubungan dengan orang disekeliling turut terganggu.
Apatah lagi jika prestasi kerja turut terjejas. Ini akan lebih memburukkan lagi keadaan.
Baiklah…jom…..kita kongsikan beberapa cara atau tip yang boleh diikuti atau diamalkan untuk mengatasi atau sekurang2nya dapat meredakan kekalutan di hati.
1. Cari tempat untuk luahkan perasaan
Jangan hadapi masalah sendiri. Berkongsilah masalah anda itu dengan orang yang anda percayai, orang yang rapat dengan anda atau dengan sesiapa saja yang anda fikir dapat membantu anda. Tetapi tidak semestinya anda berkongsi dengan semua orang. Akan lain pula jadinya.
Kongsilah masalah anda contohnya dengan kawan baik, saudara terdekat, ibubapa ataupun kaunselor. Jangan memendam perasaan kerana ianya akan membahayakan diri anda sendiri. Read the rest…
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
July 18, 2007
Tentang hidup
26 Comments
Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Semoga anda gembira dan bahagia selalu. Bagaimana situasi hari ni? Sibuk dengan tugas anda di pejabat? Sibuk menguruskan perniagaan internet anda? Sibuk dengan tugas-tugas luar dan sebagaimana. Walau apapun, semoga setiap kerjabuat yang anda lakukan selesai dengan jayanya.
Ok, topik kita hari ini tentang perasaan. tentang rasa yang kadangkala sukar untuk diluahkan ekoran daripada beberapa sebab. Sesetengah daripada kita memang tidak suka berkongsi cerita dengan sesiapa saja. Mungkin kita tidak ingin membuka pekung di dada kerana malu. Mungkin anda tidak yakin apa yang terpendam dihati anda itu dapat diterima oleh orang lain atau tidak. Mungkin anda tiada tempat untuk meluahkan perasaan anda dan berbagai2 andaian dan alasan lagi. Read the rest…
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
July 13, 2007
Tentang hidup
15 Comments
Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Semoga anda dalam kebahagiaan dan dikurniakan kegembiraan yang berpanjangan.
Keruntuhan rumahtangga adalah satu keadaan yang amat memeritkan dan menyakitkan tambahan pula jika ada anak. Tak ada siapa pun di dunia ini yang inginkan perpisahan atau perceraian namun jika sudah termaktub bahawa jodoh hanya setakat itu saja, terimalah dengan redha kerana segala kententuan adalah kehendak Allah semata2.
Bagaimana untuk menghadapi keadaan tersebut? Pastinya ramai yang buntu dan kecewa . Namun begitu marilah kita sama2 kongsikan disini beberapa perkara yang boleh diamalkan supaya hati yang derita kembali ceria dengan penuh redha.
1. Berfikiran positif
Dalam menghadapi apa jua dugaan yang berlaku dalam kehidupan kita, sentiasalah berfikiran positif dalam mengharungi dugaan tersebut. Walaupun pahit untuk diharungi, yakinlah anda mampu melaluinya dengan jaya.
Fikiran yang positif boleh membantu anda menghadapi semua situasi dengan lebih tenang. Dengan yang demikian anda mampu merencana masa depan dengan lebih teratur dan tidak lagi buntu memikirkan apa yang bakal berlaku. Jangan sesekali biarkan fikiran anda dikuasai oleh prasangka dan perkara buruk yang boleh merosakkan. Read the rest…
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
July 12, 2007
Tentang hidup
14 Comments
Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Beberapa waktu tidak berkesempatan untuk berkunjung ke blog sahabat2 dan tidak berpeluang untuk membalas email2 yang dihantar, maaf ya. Bukan disengajakan tetapi masa tidak mengizinkan.
Baiklah, topik kali ini berkisar tentang kehidupan dan ianya akan ditulis secara berperingkat. Hari ini Ktom ingin memberi pengenalan terhadap apa yang akan Ktom bincang dan kongsikan bersama anda seterusnya.
Topik kali ini Ktom fokuskan kepada perceraian. Mungkin ramai diantara pengunjung blog Ktom yang masih belum kahwin, yang dah kahwin, yang sedang mencari calon dan sebagainya. Namun Ktom harap apa yang diutarakan disini sedikit sebanyak dapat dimanafaatkan oleh semua. Read the rest…
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
July 3, 2007
Tentang hidup
14 Comments
Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Apa khabar anda hari ini? Ktom harap semuanya dalam situasi yang sihat, tenang dan bahagia selalu.
Maaf kerana beberapa hari tidak sempat online dan tak dapat mengemaskinikan blog. Ktom menemani anak di hospital kerana demam panas. Alhamdullillah…kini dah ok dan dah boleh balik rumah. Syukurlah….bimbang juga sebab sekarang ni musim demam denggi. Tapi anak Ktom cuma demam sahaja.
Ok berbalik kepada topik kita hari ini. Kita sering mendengar keluhan dan rungutan graduan lepasan universii mengenai sukarnya mendapat pekerjaan. Masing2 perlu bersaing untk mendapatkan pekerjaan yang stabil dan boleh menjamin masa depan. Ramai di kalangan mereka yang cuba mendapatkan pelbagai pekerjaan sebelum mendapatkan kerjaya tetap yang berkaitan dengan pengajian yang diikuti di universiti atau mengikut kelayakan yang dimiliki. Read the rest…
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
June 29, 2007
Tentang hidup
13 Comments
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Apa khabar anda hari ini? Semoga anda semua sentiasa bahagia dan sihat sentiasa.
Perkahwinan adalah jalan terbaik dianugerahkan Allah kepada manusia menyalurkan kemahuan mereka samada secara fizikal dan emosi. Sesungguhnya Islam adalah agama yang praktikal dan sesuai dengan fitrah kejadiannya. Atas sebab itulah Islam tidak menghalang dari segi usia samada tua atau muda dan dengan siapa nak kahwin. Cuma Islam lebih menekankan aspek agama dalam membuat pemilihan pasangan. Read the rest…
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.