Entries Tagged as 'Tips Kendiri'

Mengapa dia BOSS, anda bukan…..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Maaf lama sudah tak buat updates.  Terima kasih yang masih sudi ke sini dan terima kasih juga yg telah banyak memberi sokongan.  Terima kasih kepada copernicus yang sudi memberi cadangan untuk blog ktom ni.

Baiklah hari ini Ktom ingin kongsikan sesuatu dengan anda.  Harap2nya ada juga yang bergelar BOSS baca…wakakaka

Semasa mula melapor diri bertugas, semasa bertukar ke tempat baru, semasa menerima BOSS baru , kita sememangnya akan mula membayangkan mempunyai boss yang berperibadi mulia, yang mempunyai karisma, kebijaksanaan, berperikemanusiaan, melayan dan mendidik kita dengan baik.  Namun kadangkala disebaliknya pula yang berlaku.

Mungkin anda salah seorang yang bernasib baik mendapat boss yang baik dan bagus namun ada juga yang kurang bernasib baik kerana sikap boss yang zalim, tidak bertimbang rasa, tidak berkarisma dan..dan….dan lagi. [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Anda unik? Kekalkan keunikan itu….

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Sedar tak sedar kita sudahpun berada di pertengahan 2008.  Sungguh cepat masa berlalu. Usia semakin bertambah dan pengalaman kita juga semakin mematangkan diri kita.  Ktom pasti banyak perkara yang berlaku dalam masa lima bulan kebelakang ini dan matlamat yang ingin anda capai pada tahun ini sudah semakin hampir kepada pencapaian sepenuhnya. Semoga setiap perancangan anda berjalan dengan lancar.

Setiap manusia dalam dunia ini dilahirkan dengan keunikan masing2 termasuklah diri kita sendiri. Diri anda adalah diri anda dan ia tetap unik berbanding orang lain di sekeliling anda.  Ada ketikanya kita selalu mengkritik diri sendiri dan menganggap diri tidak sebaik dan tidak sesempurna orang lain.  Ahaaaaa….tapi ada juga yang selalu anggap diri sendiri lebih hebat dari orang lain ( orang yang perasan ler tu wakakaka ). Tapi Ktom bukan nak cerita pasal orang yang perasan ni.

Pernahkah anda  melihat orang lain itu sempurna dan ingin menjadi seperti mereka ? Pernahkah kita rasa mereka itu hebat? Sudah pasti ada bukan? Tetapi perlukah kita jadi sesempurna mereka ?  Sudah pasti . Tapi kita juga harus sedar kadang kalanya kita tidak perlu.  Sebab apa? Sebabnya adalah kerana kita juga ada kehebatan diri kita sendiri.  Cuma kita tidak tahu dan mungkin tidak sedar akan hal itu. 

Ada masanya kita mahu berubah tetapi  tidak tahu dan tiada panduan untuk berubah ke arah yang lebih positif.  Dengan itu kita akan terkeliru dan akhirnya tewas. 

Jadi kita perlu kenal diri sendiri untuk melawan musuh di dalam diri kita.  Jadilah diri sendiri, dan jika anda ingin berubah, ikutlah kesesuaian jangan  nampak seperti memaksa atau terpaksa.

Sekian.  Jumpa lagi.

Wasalam.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Kini ku kembali………………………………

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Berbulan2 lamanya tiada sebarang hidangan disajikan di sini namun Ktom percaya ada yang bertandang dan meninggalkan jejak disini.  Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka2 yang masih singgah di sini selama penyepian ini.  Jejak anda menceritakan segala2 nya.

Sekian lama menyepi hinggakan Ktom dah terlupa banyak perkara tentang perkara2 teknikal ni.  Bila nak mulakan balik banyak perkara menjadi janggal sehinggakan blog ini hilang entah kemana….wakakakakka……Nasib baik Zool telah sudi menghulurkan bantuan untuk memulihkan kembali blog ini.  Namun begitu blog ini cuma ada perkara2 asas je. Yang lain terus hilang entah kemana.  Jadi Ktom terpaksa bertukar theme dan memulihkan kembali rupa dan intipati blog ini.  Terima Zool.  Budi anda akan Ktom kenang selamanya.  Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Kepada Leeza yang mentag tu…….jgn risau, Ktom akan respon secepat mungkin ok…….

Hahaha…anda nampak theme baru blog ni kan? Ianya masih dalam proses pengubahsuaian.  Jika anda ada apa2 cadangan atau idea untuk memantapkan lagi visual blog ini  jangan malu2 untuk memberi idea ok.  Setiap pandangan itu amat bermakna dan terlebih dulu Ktom ucapkan ribuan terima kasih.

Hari ini tidak banyak perkara yang ingin Ktom utarakan cuma ingin berkongsi sedikit pandangan. 

Dalam hidup ini kita  perlu bekalkan diri dgn kata2 motivasi.  Kadang kalanya kita rebah, kita tersungkur kecewa disebabkan oleh kurangnya keyakinan diri.  Dengan adanya kata2 motivasi yang kita perolehi daripada kawan2, daripada pembacaan, mendengar ceramah motivasi tak kira dalam media mana sekali pun, sedikit sebanyak ianya akan melahirkan semula jiwa kita yang tenat itu.

Motivasi diri perlu untuk menyokong kehidupan kita selain daripada bantuan Yang Maha Esa.  Perasaan rendah diri dan berbagai perasaan dan sikap negatif dalam diri memang menjadi kekangan utama dalam pergaulan kita seharian.  Namun dengan adanya kata2 motivasi, inspirasi dan dorongan daripada orang2 di sekeliling kita , dapat membantu kita untuk bangkit dari rebah itu.

Pendek kata, segala kata2 motivasi yang diberikan oleh pakar motivasi di media massa ataupun melalui media elektronik  umpamanya blog2 yang tumbuh bagai cendawan di maya ini dapat kita gunakan untuk memberi semangat baru dalam hidup kita.  Cubalah anda layari blog DikMal, blog Shueqry, blog Raymond, blog Linn Comel dan beribu2 blog lagi di persada internet ini.

Hahaha…selain dari motivasi anda juga boleh lawat blog ini jika nak hilangkan stress…….

Sekian dulu untuk kali ini.  Jumpa lagi insyaallah.

Wasalam

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Anda dan kehidupan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Semoga anda semua dirahmati Allah dan dalam keadaan bahagia, gembira dan tenang sentiasa.

Rakyat Malaysia berbangsa Cina akan merayakan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.  Rasanya tidak terlalu awal untuk Ktom mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pengunjung yang berbangsa Cina.  Eh..eh ada ke pelawat Ktom yang berbangsa Cina? Ktom tidak mahu membuat sebarang telahan namun manalah tahu jika mereka tersinggah ke sini dan sentiasa berharap agar perkongsian di sini dapat dimanfaatkan oleh semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Hari ini Ktom ada satu cerita :-

Kisahnya seorang pemuda yang berkelulusan tinggi mengalami tekanan dan berputus asa kerana sukar mencari kerja sehingga beliau mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun ke laut. Nauzubillah….

Ketika beliau sampai di tepi pantai, beliau telah terjumpa dengan seorang tua yang ramah dan bijaksana.  Beliau menyapa orang tua itu dan mereka berbual sehingga pemuda tadi menyatakan hasratnya kepada orang tua tersebut.

Apabila mendengar cerita beliaui, orang tua tersebut memintanya untuk melihat apa yang dilakukannya.  Orang tua itu kemudianya membongkok untuk mengambil segenggam pasir dan kemudian melemparkannya kembali ke bawah.  Pasir itu menjadi lebur, dan menjadi satu dengan pasir yang lain yang ada di bawah.  Lalu orang tua itu berkata pada beliau ” cubalah kamu ambil pasir yang saya lemparkan ke bawah tadi “.  Beliau kehairanan dan berkata ” mana mungkin saya dapat mengambil pasir tersebut kerana pasir tersebut telah bercampur dan menjadi satu degan pasir lain “.  [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Mengapa mereka boleh berjaya?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Begitu cepat masa berlalu.  Kita sudah semakin menghampiri penghujung 2007.  Bagaimana proses pelaksanaan perancangan yang anda buat? Berjalan lancar ?  Harapnya begitulah dan juga supaya anda sentiasa dilimpahi dengan kesihatan yang baik.

Topik hari ini berkaitan dengan orang-orang yang cemerlang, bagaimana mereka boleh mencapai kecemerlangan? 

Dalam topik ini Ktom ingin memfokuskan perbincangan kita kepada kecemerlangan pelajar sekolah.

Apakah kecemerlangan ?  Kecemerlangan secara mudahnya ialah kejayaan dalam setiap aspek kehidupan dan dalam bidang yang diceburi.  Kecemerlangan sering dikaitkan dengan akademik amnya.  [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Antara Minat dan Keazaman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang beragama Islam.  Di harap anda semua bergembira di hari yang berbahagia ini.  Bagi yang tak dapat pulang ke kampung jangan bersedih ok.

Ktom  minta maaf sebab dah lama tak menulis di sini.  Masa dan ruang waktu betul2 tidak mengizinkannya.  Terima kasih kepada anda yang sentiasa berkunjung ke  sini.

Setiap tahun bila sampai ke penghujung bulan Disember, setiap orang pasti berebut-rebut untuk membuat azam baru.  Apakah azam tahun baru anda? Hmm…azam tahun 2007 dah terlaksana atau tercapai ke? Alhamdulillah jika semua azam yang ingin dicapai itu telah termakbul dan jika separuh je yang dah dicapai, teruskan berusaha.  Bagi yang masih belum mencapai apa yang diidamkan itu, kaji balik apa yang masih tertinggal, apa yang masih kurang, apa yang masih belum dilaksanakan sehingga azam yang ingin dicapai itu masih tidak digapai.

Azam….azam…azam…????? [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Tips Membina Kesabaran

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Salam Ramadan buat semua yang beragama Islam. 

Anda sihat? Ktom pun sihat alhamdulillah. Rahmat Ramadan melimpah ruah

Sabar? Anda seorang penyabar atau panas baran ataupun seorang yang pemarah? Harap2nya di bulan puasa ni panas baran dan rasa mudah marah tu dapat dikawal.

Sabar bererti anda menahan diri daripada melakukan sesuatu tindakan serta tabah menghadapi sesuatu dugaan atau cabaran. Sifat ini seharusnya ada pada setiap orang sebagaimana bagi orang Islam sifat ini difirmankan Allah SWT dalam Surah az-Zumaar: 10 yang bermaksud, ” Sesungguhnya orang-orang yag bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”

Dalam dunia yang penuh cabaran ini, jiwa yang kental serta kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Bagi mereka yang tidak dapat menahan diri dengan bersabar boleh menyebabkan berlakunya tekanan hidup dimana tekanan yang melampau dan gagal dikawal boleh memusnahkan hidup seseorang. [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Kesilapan dalam mengurus kewangan peribadi….

Askm, Salam Sejahtera dan Dalam Muhibbah dan SALAM MERDEKA

Anda apa khabar? Ktom sekeluarga sihat dan Ktom harap anda juga sentiasa dalam sihat dan tenang selalu.

Bagaimana cuaca ditempat anda? Di Kota Bharu ni, hampir setiap petang hujan tetapi pada waktu pagi dan tengahari panas.  Jadi cuaca yang tidak menentu ini menyebabkan ramai yang terkena demam panas atau demam selsema.  Hehehe….klinik2 swasta buat duit ler…

Ok berbalik kepada topik kita hari ini. Memang tak dapat dinafikan, kita sering dihambat dengan tuntutan kewangan seperti budget untuk melunaskan pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, kos hidup yang kian meningkat, bil2 yang perlu dijelaskan dan sebagainya.

Jadi hari ini Ktom ingin kongsikan dengan anda tentang beberapa kesilapan kita dalam mengurus kewangan peribadi.  Kadang2 kita tidak sedar bahawa kita telah melakukan sedikit kesilapan yang mana membuatkan budget kita lari atau tidak cukup pada bulan2 tertentu. Dan jika anda ada tips2 yang lain, Ktom harap kita boleh kongsikan bersama2 di sini ok. [Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Jangan malukan diri di majlis makan rasmi

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Apa khabar anda hari ini? Semoga anda sekeluarga sihat sejahtera dan yang masih bujang tu pun diharapkan pandai-pandailah jaga diri supaya sentiasa sihat.

Ktom beberapa hari ini tak sempat berkunjung ke blog sahabat-sahabat sekalian sebab masa memang tidak mengizinkan.  Baru2 ni anak yang kecil masuk hospital, semalam pulak abang dan kakaknya terpaksa masuk wad sebab demam panas.  Tapi tak de lah terbeban sangat sebab mereka dah besar dan dah boleh jaga diri sendiri.  Tak de lah 24 jam kena duduk kat hospital.

Ok berbalik kepada topik kita hari ini.  Mungkin ada yang sudah tahu tentang apa yang ingin Ktom bincangkan disini tetapi bagi yang masih tidak tahu….jom kita kongsikan dan bagi yang dah tahu mungkin ingin menambah apa yang Ktom utarakan ini…dan Ktom  amat mengalu2kannya.

Bagi mereka yang berkerjaya. menghadiri majlis-majlis rasmi merupakan jadual kerja yang tidak dapat dielakkan.  Kebanyakan daripada majlis ini memerlukan kita hadir dalam imej yang sesuai dengan acara atau konsep (jika ini satu peraturan).  Tak kiralah samada majlis itu kecil atau besar tetapi perkara utama yang harus kita fikirkan ialah bagaimanakan adab dan perilaku kita ketika majlis berlangsung.  Selain daripada penampilan yang sessuai, kita perlu juga serba sedikit tahu tentang etika agar tidak memalukan diri sendiri dan juga organisasi yang diwakili.

[Read more →]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
    • Kelantan Bloggers