Estim Diri dan Kejayaan
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Apa khabar anda semua? Semoga sentiasa sihat hendaknya.
Cabaran tidak sentiasa dapat mendorong semangat kita sebenarnya. Setiap orang yang memiliki estim yang tinggi sahaja suka kepada cabaran sebab cabaran bagi mereka adalah pendorong untuk mencapai sesuatu. Individu yang mempunyai estim diri yang rendah memilih untuk mengelak, malah lari daripada cabaran. Mereka menganggap cabaran sebagai alat dorongan yang tidak berkesan sama sekali. Mereka takut nak melakukan perkara-perkara baru yang belum pernah dibuat oleh orang lain mahupun yang belum pernah mereka cuba meskipun orang lain sudah melakukannya. Individu yang mempunyai estim diri yang tinggi suka mencari cabaran dalam hal2 peribadi, iaitu kejayaan itu hanya mereka sendiri yang tahu dan sentiasa sanggup menerima risiko yang bakal mereka lalui.
Dan apakah erti kejayaan yang sebenarnya? [Read more →]



















