Cemburu

Tips Kehidupan 9 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar? Semoga anda sihat dan gembira serta dalam keadaan tenang selalu.

Kali ini Ktom nak berkongsi sedikit tentang perasaan cemburu.

Benarkah wanita memang kuat cemburu? Atau adakah disebabkan naluri wanita mudah tersentuh sehingga mereka dikategorikan sebagai terlalu sensitif? Atau mungkin juga sifat cemburu ini dikaitkan dengan naluri kewanitaan yang semulajadinya lemah & cemburu itu , tergolong dalam rasa ingin mendominasi yang dimiliki wanita sebagai salah satu daripada sembilan punca nafsunya iaitu menjadi lebih dari orang lain.

Perasaan cemburu ada pada semua manusia. Cemburu boleh wujud pada rakan sekerja, rakan niaga, jiran tetangga dan macam2 lagi. Tak kira samada kanak2 atau orang dewasa semua ada perasaan ini. Rasa cemburu ini juga mungkin disebabkan oleh perasaan tidak senang melihat kelebihan orang lain atau takut dan sebagainya. Read the rest…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Movie

Tips Kehidupan 9 Comments

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Selamat berhujung minggu.  Semoga anda semua gembira dan bahagia selalu.

Hari ini Ktom Ktom terjumpa satu klip video cerita Korea.  Nampak macam best cerita ni tapi tak tau pulak tajuk cerita ni apa.  Cerita Korea adalah cerita pilihan nombor satu bagi Ktom. Tak tau kenapa walaupun cerita2nya agak stereotype , tak faham bahasa Korea tapi ada berbagai mesej yang kita dapat.  Itu pada pandangan Ktom je.

Kali ni lari dari topik sikit tapi masih dalam tips tentang kehidupan.

Ok, selamat menonton dan menghayati apa mesej yang cuba disampaikan. Dan sapa2 yang tahu apa tajuk cerita ni, tolong bagitau ya.

 

[youtube]1d6F-NLLdco[/youtube]

Sampai jumpa lagi. Wasalam

 

 

 

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Tips Membina Hubungan Positif Dengan Majikan

Tips Kerjaya 6 Comments

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua? Harapnya anda semua sihat dan tenang selalu.

Apakah anda ini berjaya dalam kerjaya? Sudah pasti kita semua ingin berjaya dalam apa juga bidang yang kita ceburi dan salah satufaktor untuk berjaya dalam kerjaya adalah dengan mengadakan hubungan yang baik dengan majikan. Tak kiralah samada anda bertugas ddalam jabatan kerajaan atau swasta tetapi jika anda tidak menjaga hubugan dengan majikan di tempat anda bekerja, kemungkinan untuk anda naik pangkat atau pergi lebih jauh adalah sangat tipis.

Majikan anda mungkin seorang yang terlalu tegas atau menyakitkan hati  namun anda perlu bersikap profesional. 

Anda mungkin tidak’ sebulu’ dengannya dalam banyak perkara atau idea, tetapi sepanjang tempoh bekerja anda perlu berurusan dengan majikan anda.

Jadi disini Ktom ingin kongsikan beberapa tips untuk membuat hubungan yang baik dengan majikan supaya anda tidak di ‘ boikot’, tidak disenangi oleh majikan anda.

1. Fokuskan perhatian anda pada kepentingan organisasi.  Ketika bekerja,abaikan perbezaan diantara anda dan majikan. Anda hanya perlu mengenalinya dengan lebih dekat dan mungkin anda akan menemui sesuatu yang bernilai dalam dirinya. Tanpa anda sedari, mungkin dia tidaklah seteruk mana.  Jangan menilai seseorang dari segi luarannya sahaja. Read the rest…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Sedih

Tips Kehidupan 13 Comments

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Fuhhhhh…….lega sikit rasanya bila berkesempatan untuk menulis disini. 

Apa khabar anda semua? Harapan Ktom agar anda semua sentiasa dalam keadaan ceria dan bahagia selalu.

Hmm…ada yang bersedih ke hari ni?

Tidak?

Bagus lah. Rasa sedih ni biasa dialami oleh semua manusia tak kira samada kanak2 atau orang yang dah dewasa.  Rasa sedih dalam satu jangka waktuyang tertentu adalah satu perkara yang biasa .  Tapi ia akan menjadi luarbiasa jika dibiarkan kesedihan itu berlarutan.

Supaya rasa sedih tidak berpanjangan, anda perlulah mencari jalan untuk menceriakan atau mengembirakan diri sendiri.

Boleh ke? Bagaimana ? Read the rest…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Estim Diri dan Kejayaan

Tips Motivasi 15 Comments

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua? Semoga sentiasa sihat hendaknya.

Cabaran tidak sentiasa dapat mendorong semangat kita sebenarnya.  Setiap orang yang memiliki estim yang tinggi sahaja suka kepada cabaran sebab cabaran bagi mereka adalah pendorong untuk mencapai sesuatu.  Individu yang mempunyai estim diri yang rendah memilih untuk mengelak, malah lari daripada cabaran.  Mereka menganggap cabaran sebagai alat dorongan yang tidak berkesan sama sekali.  Mereka takut nak melakukan perkara-perkara baru yang belum pernah dibuat oleh orang lain mahupun yang belum pernah mereka cuba meskipun orang lain sudah melakukannya.  Individu yang mempunyai estim diri yang tinggi suka mencari cabaran dalam hal2 peribadi, iaitu kejayaan itu hanya mereka sendiri yang tahu dan sentiasa sanggup menerima risiko yang bakal mereka lalui.

Dan apakah erti kejayaan yang sebenarnya? Read the rest…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Cari Teman Hidup

Tips Kehidupan 21 Comments

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Selamat Menyambut Deepavali kepada pengunjung yang beragama Hindu.   Semoga anda bergembira di hari bahagia ini..

Apa khabar anda semua? Sekali lagi Ktom mohon maaf kerana sudah lama tak buat entry di sini. Banyak perkara yang tidak dijangkakan wujud sejak akhir2 ini.  Baru2 ni masalah tak boleh nak masuk blog, adoiiii..kali ni masalah dgn hardware pulak.  Beginilah rupanya sebuah kehidupan, apa yang kita rancang dan aturkan tidak semestinya mengikut apa yang kita harapkan.  Namun begitu beberapa pengajaran diperolehi ekoran daripada dugaan2 yang timbul ini.  Oklah…kita lupakan sahaja perkara itu harapan Ktom agar selepas ini Ktom boleh terus menulis disini untuk dikongsikan dengan anda semua.  Jangan jemu datang ke sini biarpun tanpa juadah terbaru yang terhidang ok.

Berbalik kita kepada topik hari ini.  Ramai yang masih mencari teman tapi belum ada yang berkenan di hati.  Mungkin ada yang berkenan tapi orang itu menolak atau anda sendiri yang menarik diri.  Bila usia dah melewati penghujung 30an, pastinya rasa bimbang menguasai diri tak kiralah samada lelaki atau perempuan. Terkadang timbul rasa cemburu bila lihat pasangan lain yang intim apatah lagi yang sudah mengikat tali pertunangan atau perkahwinan pun jua yang telah menimang cahaya mata sebagai lambang cinta mereka. Read the rest…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Bekerja Sambil Belajar - Semangat Kental Bekalan Utama

Tentang hidup 18 Comments

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua? Harap anda semua sihat dan bergembira selalu. Ktom minta maaf banyak2 kerana blog ini tak dapat dilayari sejak beberapa minggu yang lepas.  Ktom sendiri pun kurang pasti apa sebabnya sehinggalah diberi bantuan oleh sifu Zul.  Nak kata hosting dah expire, belum lagi sebab due date untuk hosting ni bulan Januari 2008.  Itu yang bengang tu. Tapi syukurlah sekarang ni dah ok dan harap2nya selepas ini akan terus ok selamanya.

Hampir tiga minggu tidak dapat membuat update dan tidak dapat masuk blog membuatkan Ktom rasa tiada semangat langsung untuk meneruskan penulisan disini biarpun rasa rindu pada anda semua sentiasa ada. 

Bagi Ktom blog ini merupakan salah satu cara untuk Ktom dapat melarikan diri daripada kepenatan bekerja dan dengan blog ini jugalah Ktom dapat berkongsi apa sahaja dengan anda semua dan setiap perkongsian yang anda kongsikan disini amat memberi manafaat kepada Ktom, terima kasih.

Dan terima kasih juga kepada anda yang sentiasa sudi meluangkan masa untuk menjadikan blog ini antara blog yang wajib anda kunjungi.  Sekali lagi terima kasih.  Ramai yang menghantar email menanyakan tentang kehilangan blog pada ruang maya ini.  Terima kasih kerana anda begitu prihatin dan sentiasa ingin menatap juadah tulisan yang dihidangkan namun kecewa kerana blog ini tak boleh dilayari. Semoga segala kesulitan yang dialami sebelum ini tidak lagi akan berulang.

Ok…..berbalik kepada topik kita hari ini iaitu belajar sambil bekerja.  Mungkin ada di antara anda yang berkunjung ke blog ini merupakan salah seorang daripada mereka yang masih belajar walaupun usia sudah semakin meningkat dan sudah bekerja. Read the rest…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Tips Elakkan Pertengkaran

Tentang hidup 12 Comments

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua? Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat.  Bagi Ktom pula, demam dah beransur pulih cuma batuk2 dan sakit tekak je.  Harapnya dapat sembuh dalam masa yang terdekat. Insyaallah.

Dalam hidup ini kita pasti akan menghadapi pertengkaran.  Tak kiralah bertengkar dengan kawan , adik, kakak, keluarga , suami, isteri dan sebagainya.  Namun jika tiada kesabaran dan tak tahu bagaimana nak meredakannya mungkin pertengkaran yang kecil akan menjadi besar dan terus berlarutan.

Tiada siapa yang suka bertengkar tetapi kadangkala situasi itu sukar di elakkan.  Pernah tak anda bertengkar? Bagaimana anda menanganinya? Apa yang anda buat? Pastinya anda ada cara yang tersendiri untuk menghadapinya. Read the rest…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Nostlagia Hariraya

Penulis 18 Comments

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua?  Antara sedar atau tidak kita sudah pun berada dalam hari kesepuluh terakhir bulan Ramadan yang mulia ini.  Harapnya kita dapat sama2 lebihkan ibadah kita semuga mendapat ganjaran dan rahmat Allah yang berganda insyaallah.  Dan tak lama lagi hariraya Puasa akan menjelma menandakan berakhirnya Ramadan yang mulia ini.

Maaf kerana sudah begitu lama tidak menulis di sini.  Masa terluang amat terhad sekali membataskan keinginan untuk menulis namun bila dah banyak hari tak menulis ni rasa macam banyak sangat yang nak dikongsikan dengan anda sehinggakan dah tak tahu nak tulis topik yang mana harus didahulukan.  Lebih2 lagi Ktom rasa bersalah kepada pengunjung blog Ktom kerana tiada hidangan disediakan buat beberapa hari ini.  Sekali lagi Ktom mohon maaf.

Kita sudah menghampiri bulan Syawal dan antara malam2 yang kesepuluh ini merupakan malam Laitalul Qadar dan diharap agar kita semua mengandakan lagi amalan supaya ganjaran dari Allah yang tidak terbanding itu menjadi milik kita insyaallah.

Ok…ktom bukan nak bercerita tentang malam Lailatul Qadar tetapi tentang nostalgia Hariraya berkaitan dengan lagu2 raya. Read the rest…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

Tips Membina Kesabaran

Tips Kendiri 16 Comments

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Salam Ramadan buat semua yang beragama Islam. 

Anda sihat? Ktom pun sihat alhamdulillah. Rahmat Ramadan melimpah ruah

Sabar? Anda seorang penyabar atau panas baran ataupun seorang yang pemarah? Harap2nya di bulan puasa ni panas baran dan rasa mudah marah tu dapat dikawal.

Sabar bererti anda menahan diri daripada melakukan sesuatu tindakan serta tabah menghadapi sesuatu dugaan atau cabaran. Sifat ini seharusnya ada pada setiap orang sebagaimana bagi orang Islam sifat ini difirmankan Allah SWT dalam Surah az-Zumaar: 10 yang bermaksud, ” Sesungguhnya orang-orang yag bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”

Dalam dunia yang penuh cabaran ini, jiwa yang kental serta kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Bagi mereka yang tidak dapat menahan diri dengan bersabar boleh menyebabkan berlakunya tekanan hidup dimana tekanan yang melampau dan gagal dikawal boleh memusnahkan hidup seseorang. Read the rest…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

« Previous Entries Next Entries »