September 21, 2007
Tips Kerjaya
14 Comments
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Selamat menjalankan ibadat berpuasa kepada semua yang beragama Islam.
Apa khabar anda hari ini? Semoga semuanya sihat dan dapat menjalani ibadat puasa kali ini dengan penuh keberkatan.
Ok topik kita hari ini untuk bos-bos, yg mahu jadi bos, yg bercita2 jadi bos dan yang tidak bercita2 jadi bos. Eh..ada ke orang yang tak de cita2 jadi bos ni? hehehe….
Nak jadi bos yang baik, disayangi oleh staf bukanlah satu tugas yang mudah. Ada orang rasa bangga menjadi boss tapi tanggunjawab yang datang bersama jawatan tu tak dilaksanakan, dan ada juga yg bangga jadi bos tapi tak sedar bahawa dia dibenci oleh staf2nya. Ada pula boss yang cukup disenangi dan disayangi. Oleh yang demikian jika anda dinaikkan pangkat menjadi boss,mungkin anda mengunapakai tip2 yang akan Ktom kongsi bersama ini. Read the rest…
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
September 17, 2007
Penulis
18 Comments
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Selamat memunaikan ibadah puasa kepada semua yg beragama Islam.
Hari ini sudah masuk hari kelima kita berpuasa. Macam mana? Boleh tahan dugaan2 yang datang? Jika mudah merajuk ke atau mudah marah atau senang rasa sensitf tu..jawabnya tak tahan dugaan lah tu..hehehe. Tapi Ktom yakin kita dapat menghayati bulan puasa tahun ini dengan penuh keberkatan. Hari ini tak dapat idea nak tulis apa2 tentang motivasi kehidupan tetapi Ktom nak share beberapa perkara disini. Read the rest…
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
September 13, 2007
Tentang hidup
21 Comments
Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Terlebih dulu Ktom ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua yang beragama Islam dan semoga puasa kali ini membawa lebih keberkatan kepada kita insyaallah.
Apa khabar anda hari ini? Ada yang tak berpuasa ke? Hehehe….pastinya ada kan….biasalah tu bagi orang perempuan memang tak de peliknya….dan dalam bulan puasa ni lah juga kita sekeluarga berkesempatan untuk makan bersama iaitu semasa berbuka dan semasa bersahur.
Hari ini Ktom bukannya nak menulis tentang puasa tetapi tentang amalan bodek yang banyak dan kerapkali berlaku tak kira dalam organisasi kecil atau besar.
Perbuatan bodek ini samalah dengan ampu. Ianya merupakan satu tindakan atau hubungan luarbiasa yang digunakan oleh seseorang untuk menarik perhatian orang2 tertentu, dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu kelebihan melalui jalan pintas atau jalan mudah.
Budaya bodek ini bukan sahaja dibenci oleh agama, tetapi juga salah dari segi etika kerja dan fitrah diri manusia itu sendiri. Ianya merupakan satu amalan yang tidak sihat, yang bukan sahaja merosakkan diri orang yang melakukannya, tetapi turut memberi kesan kepada orang lain serta organisasi itu sendiri. Read the rest…
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
September 10, 2007
Tentang hidup
30 Comments
Askm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Anda sihat ke? Ktom harap anda semua sentiasa dalam keadaan sihat dan gembira selalu.
Hari ini topik kita adalah berkisar kepada perasaan cemburu dan iri hati seseorang yang mengakibatkan orang lain tersungkur.
Menikam dari belakang memang merbahaya kerana sikap atau perbuatan ini melibatkan orang yang dikenali dan bersahabat dengan kita. Ianya adalah lebih tepat jika dikatakan sahabat aniaya sahabat.
Dalam konteks pekerjaan di pejabat, perasaan cemburu,dengki, hasad, tidak puas hati dan segala yang bersifat negatif itu sudah menjadi lumrah, yang telah wujud menjadi biasa dalam diri manusia di mana2 saja.
Di pejabat budaya sebegini memang menjadi perkara biasa jika ada orang yang dengkikan orang lain, jika orang itu lebih baik daripadanya samada dari segi ilmu, pangkat dan kekayaan.
Ini kerana manusia memang secara semulajadi mempunyai sifat cemburu dan mereka berperasaan begitu kerana mereka ada berbagai nafsu.
Namun begitu, seharusnya kita sedar ,kita patut jadikan nafsu sebagai senjata yang baik kerana nafsu itu mewujudkan perasaan berlumba2 dalam diri manusia. Mereka boleh bersaing sebab persaingan itu datang daripada nafsu, yang seterusnya melahirkan perasaan cemburu. Read the rest…
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
September 7, 2007
Tips Kerjaya
13 Comments
Askm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Maaf banyak hari tak update blog ni….baru habis berkursus….tetapi lepas tu terpaksa pula menyediakan bahan untuk mengajar , jadi masa untuk update betul2 terhalang. Sesungguhnya rindu anda semua.
Hari ini rasa kurang sihat sedikit. Mungkin disebabkan cuaca yang tidak menentu ini, sekejap hujan dan sekejap panas. Tetapi Ktom harap anda semua sihat dan sentiasa dalam keadaan tenang dan gembira.
Jadi biar pun masih dalam keletihan, Ktom cuba hidangkan sesuatu buat anda semua. Semoga apa yang Ktom kongsikan ini dapat anda manafaatkan dan jika ada di antara anda sudah tahu perkara ini, bolehlah turut kongsikan apa yang anda tahu tu di sini ok.
Dalam apa juga keadaaan dan situasi, sikap memainkan peranan penting untuk melakar kejayaan yang cemerlang dalam karier kita. Sikap yang positif membantu kita untuk tampil yakin dalam mengharungi apa jua dugaan yang bakal ditempuh. Apa yang penting ialah kita perlu mengamalkan sikap yang boleh membantu kita untuk memperolehi kejayaan yang kita impikan itu.
Jadi hari ini, jom…kita kongsikan sikap yang macam manakah yang perlu kita amalkan supaya kejayaan itu menjadi milik kita. Read the rest…
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
September 2, 2007
Penulis
18 Comments
Askm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Harapnya anda semua sihat dan sentiasa dalam keadaan tenang selalu.
Hari ni Ktom tak dapat tulis panjang2 sebab sekejap lagi kena pergi ke tempat kursus yang akan bermula esok hingga hari Rabu. Dan dalam waktu itu Ktom minta maaf banyak2 sebab tidak dapat berinteraksi dengan anda semua. Hehehe pastinya rindu sangat2. Walaubagaimana pun, Ktom harap perbincangan dan perkongsian dapa diteruskan ok.
Semalam 1 Sept., Ktom telah berkesempatan menghadiri seminar bersama Dr HM Tuah Iskandar. Seronok sangat sebab dapat bertemu secara live dengan beliau dan dapat mendengar ceramah beliau secara live. Ktom bernasib baik sebab dapat duduk ke depan sekali jadi tidka menjadi masalahlah untuk memberikan tumpuan dan dapat ler lihat dia dengan lebih jelas. Sampai gigi dia pun boleh nampak..wakakakaa Read the rest…
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
September 1, 2007
Penulis
18 Comments
Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Fuhhh……hebat dan mengancam bunyi tajuk tu …
Apahal beremosi ni Ktom?
Hohohohoho…..tak de lah……….saje je buat tajuk yang gempak sikit……
Rupanya kita sudah pun memasuki bulan September 2007. Begitu cepat masa berlalu dan tak lama lagi bulan Ramadan akan tiba. Syukurlah hingga ke hari ini kita masih lagi mampu menghirup udara nyaman dan masih dalam keadaan sihat sejahtera.
Anda sihat? Anda gembira? Anda bahagia?
Syukurlah.
Jika tak sihat, makan ubat dan berehatlah.
Jika tak gembira, atau tidak bahagia …jangan difikirkan sangat tentang masalah tu…fikirkan sesuatu yang positif. Jika anda perlukan motivasi untuk menghilangkan atau menyelesaikan sesuatu yang mengganggu fikiran…jom pi blog Shueqry atau blog DikMal atau blog Raymond untuk mendapatkan sedikit kekuatan menghadapi segala cabaran ini. Dari blog2 tersebut Ktom percaya anda akan kalau tidak banyak, sedikit pun tak apalah bagaimana untuk mencapai kejayaan dan bagaimana untuk mendapat kekuatan diri. Read the rest…
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
August 30, 2007
Tentang hidup
22 Comments
Askm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah dan Salam Merdeka
Apa khabar? Semoga anda semua sihat dan gembira selalu. Ktom juga sihat dan alhamdulillah keluarga juga sihat.
Ok, semalam Ktom telah berjanji untuk memberikan tips bagaimana untuk menambah simpanan. Ktom bukan pakar kewangan atau perunding kewangan tetapi ini adalah hasil daripada pengalaman sendiri, pengalaman sahabat2 dan bahan bacaan yang Ktom baca. Memang sesetengah daripada kita bila tahu bakal mendapat duit lebih sikit, maka2 awal2 lagi dah berkira2 nak beli itu dan nak beli ini. Apa yang nampak didepan mata dan berkenan dihati terus dibeli tanpa berkira2 dulu. Hehehe…biasanya orang perempuanlah yang macam ni ya? Oh…tidak…tak semua perempuan macam tu, lelaki pun ada jugak…tak percaya? Cuba lah tanya diorang tu. Read the rest…
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
August 29, 2007
Tips Kendiri
18 Comments
Askm, Salam Sejahtera dan Dalam Muhibbah dan SALAM MERDEKA
Anda apa khabar? Ktom sekeluarga sihat dan Ktom harap anda juga sentiasa dalam sihat dan tenang selalu.
Bagaimana cuaca ditempat anda? Di Kota Bharu ni, hampir setiap petang hujan tetapi pada waktu pagi dan tengahari panas. Jadi cuaca yang tidak menentu ini menyebabkan ramai yang terkena demam panas atau demam selsema. Hehehe….klinik2 swasta buat duit ler…
Ok berbalik kepada topik kita hari ini. Memang tak dapat dinafikan, kita sering dihambat dengan tuntutan kewangan seperti budget untuk melunaskan pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, kos hidup yang kian meningkat, bil2 yang perlu dijelaskan dan sebagainya.
Jadi hari ini Ktom ingin kongsikan dengan anda tentang beberapa kesilapan kita dalam mengurus kewangan peribadi. Kadang2 kita tidak sedar bahawa kita telah melakukan sedikit kesilapan yang mana membuatkan budget kita lari atau tidak cukup pada bulan2 tertentu. Dan jika anda ada tips2 yang lain, Ktom harap kita boleh kongsikan bersama2 di sini ok. Read the rest…
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
August 25, 2007
Tagging
18 Comments
Askm dan Salam Sejahtera, Salam Muhibbah dan SALAM MERDEKA
Apa khabar anda semua? Harap semuanya sihat dan bergembira selalu.
Hmmm…semenjak dua menjak ni tag mentag ni dah jadi semakin popular ….dengan pelbagai matlamat dan tujuan.
Hohoho……hari ni si adik kecil usahawan internet yang cukup bersemangat dan berwawasan ni mencipta tag kemerdekaan. Satu idea yang bagus. Kita dalam mood merdeka sekarang ni kan. Jadi inilah peluang kita untuk mengucapkan rasa syukur dan bangga menjadi rakyat Malaysia dengan menulis post berkenaan dengan kemerdekaan. Semoga kebanyakan bloggers akan menulis tentang kemerdekaan dan ini adalah sebagai tanda penghargaan kita sebagai rakyat kepada negara tercinta. Read the rest…
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.