Mengumpat….antara sedar atau tidak
April 12, 2007 12:04 am PenulisAskm dan Selamat Sejahtera…
Topik hari ini agak berlainan sedikit tapi saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya tahu dan anda boleh memberi pandangan anda secara ikhlas. semoga apa yang kita bincangkan akan jadi panduan kepada kita semua.
Hari ini kita berbicara tentang umpat mengumpat.
Seringkali kita bercerita dengan rakan sekerja atau dengan ketua kita sendiri dengan begitu ghairah mengenai orang lain tanpa rasa berdosa sedikit pun. Bukan sahaja mengumpat tetapi kadangkala umpatan itu dibuat dengan tujuan untuk bermuka-muka.
Dan lebih malang ramai antara kita menafikan perbuatan sebegitu adalah perbuatan mengumpat.
” Alah..aku bukannya nak mungumpat dia, tetapi itu memang kenyataan. memang dia tu suka bodek boss. Kalau setakat nak bodek tu tak apa ler…tapi kalau dah bermuka-muka menceritakan perihal orang lain atau memutar belitkan fakta kepada boss itu sudah lebih “.
Pastinya kita selalu dengar rakan kita atau kita sendiri yang berkata begiktu di tempat kerja. kita selalu berhadapan dengannya tanpa kita sedar betapa kita telah melakukan kesilapan.
Siapa yang suka mengumpat nih? wanita atau lelaki? Pada saya, kalau dulu wanita terkenal dengan sikap yang suka mengumpat tapi kini apa kurangnya kaum lelaki. Kadang-kadang mengalahkan kaum wanita dalam bab umpat mengumpat nih..
Dimana agaknya aktiviti ini sering berlaku? dirumah? kawasan taman? pejabat? Jawapannya aktiiviti ini boleh berlaku dimana saja.
Tapi disini saya ingin fokuskan kepada aktiviti mengumpat di tempat kerja. Kita biasanya mula kerja jam 8.00 pagi atau 9.00 pagi hingga 5.00 atau 6.00 petang . Dalam masa itulah kadangnya kita sering berbual tentang banyak perkara. Dalam banyak benda yang dibualkan itu, pasti terselit juga aktiviti mengumpat.
Tak kira masa samada waktu minum pagi, makan tengahari, minum petang atau balik, fenomena ini memang biasa berlaku dan ia terus berlaku.
Tapi adakah kita sedar bahawa perbuatan ini adalah kerja dosa yang sukar diampunkan oileh Allah. Allah telah memberi peringatan bahawa ” Selagi orang yang kena umpat itu tidak memaafkannya, maka selagi itulah Allah tidak menerima taubatnya “. begitulah besarnya dosa mengumpat ini.
Tetapi…..mengapa orang mengumpat?
Kita sambung di post yang seterusnya ok…





















azwanhadzree :
Date: April 12, 2007 @ 11:56 pm
was here, nak komen, tapi IE buat hal lak pulak. Selamat malam ajelah.
ktom :
Date: April 13, 2007 @ 12:07 am
Its ok….gnite….esok bangun pagi…pi keje ok…