Antara Harapan dan Penerimaan
July 28, 2008 5:23 pm PenulisAssalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Semoga anda semua dalam situasi yang gembira, tenang dan bahagia selalu. Kali ini Ktom ingin berkongsi sesuatu dengan anda. Ini adalah satu petikan dari sebuah majalah. Ktom tak pasti siapa yang meulisnya. Minta maaf kepada empunya nukilan tapi Ktom pasti empunya nukilan ini juga ingin turut berkongsi dengan anda sekalian.
Jom kita hayati dan cuba manafaatkan apa yang tersirat di sebalik yang tersurat ini.
Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu…..
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja……
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana biasanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitu juga……….
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang……….
Setelah ia mula MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya……..
Janganlah sesekali kamu………
meninggalkannya begitu saja…..
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu……….
Jika kamu menadah air, biarlah berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh….
Cukuplah sekadar KEPERLUANmu…..
Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula……..
Akhirnya ia dibuang………
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi…..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya………..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
ISTIMEWA…
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…..
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA, boleh
jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya…
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti
baik untuk dirimu
Mengenyangkan…Berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain…..
Terlalu ingin mengejar kelazatan
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak
boleh memakannya
Kamu akan MENYESAL..
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU……..
MENGASIHIMU………
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA
dengan yang lain
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.
Kita sebagai manusia kadangnya tidak peka dengan apa yang berlaku disekeliling kita. Kita tidak peka dengan kehendak dan harapan orang lain sehingga ada yang cuma mementingkan diri sendiri dengan menidakkan kepentingan malah perasaan orang lain.
Kita kerap melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Mungkin kerana kita tidak berfikir panjang, kita tidak mahu beralah, terlalu menurut kata hati, tamak dan sebagainya yang akhirnya mewujudkan kekecewaan dalam diri kita sendiri yang kadangnya boleh menimbulkan penyesalan yang tidak berkesudahan.
Dari itu semoga nukilan ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita tentang apa sering kita abaikan atau terlepas pandang dalam kehidupan ini.
Sekian , jumpa lagi.
Wasalam.





















merapu :
Date: July 29, 2008 @ 1:26 pm
Moment of soreness, has long past
Cloudy emotion hope won’t last
My hazed judgment makes it all wrong
Wondering will it one day makes me strong
The warm touch is still missing
Laid restlessly weeping
Contemplate the bitterness are only choice
The only way to calm my inner noise
It’s almost a year since
Mesmerize every past doing
Train goes leaving it empty
Shallow and disgrace with no sympathy
My bed are cold, my thoughts are fumble
U gone, leaving to avoid struggle
Wealth, status is your only aim
For your eyes what’s the point be in the game
Ur soul lost in the middle of the ocean
No way to go & No true direction
Baby boy just been born
Sadden by the last name
Ever wondering was I to be blamed…..
But it’s ok…..
ktom :
Date: July 29, 2008 @ 2:06 pm
Merapu,
Terima kasih kerana nukilan yg begitu menyentuh hati…hehehe rupanya disamping cepat melatah awak ni seorang yg sentimental ya….
Wakakaka…jgn marah ok…ktom gurau je..
merapu :
Date: July 29, 2008 @ 2:38 pm
I am a serious person that don’t like nonsense. For me being you can be anything you want to when you put all your mind to it. Never mixed pleasure with work.
merapu :
Date: July 29, 2008 @ 4:15 pm
Sometimes you have to walk alone
In search of places away from home,
When dreams are shattered and you want to cry;
Hold on and say “I will try, I will try”
ktom08 :
Date: July 29, 2008 @ 5:42 pm
” Sometimes you have to walk alone
In search of places away from home,
When dreams are shattered and you want to cry;
Hold on and say “I will try, I will try” ”
These verse sounds familiar to me……??????
Hehehe…merapu ni……serious orgnya ya……wakakaka
zool :
Date: July 29, 2008 @ 9:02 pm
Tak tau nak beri komen ..
Bukan mencari kesempurnaan..
Cukup sekadar yang sanggup bersama..
ktom :
Date: July 30, 2008 @ 10:54 am
Zool,
Hanya Allah yang sempurna……
Zool, romantik bunyi ayat awak ni…hehehehhe
abdfatah :
Date: July 31, 2008 @ 9:38 am
peluang masih terbuka… masih ada harapan lagi… jangan terlalu mengharap…
jangan pulak harapan tinggal harapan…
zool :
Date: August 3, 2008 @ 8:20 pm
Romantik memang romantik cuma orang tak tau je…
He he he..
ktom08 :
Date: August 4, 2008 @ 2:08 pm
abdfatah,
harapan tak tinggal harapan jika kita ada usaha.,,hehehe
Awak bila lagi?
zool,
Hehehe memang tahu pun awak tu romantik orangnya…..