Berucap - apa yang perlu anda buat?
June 2, 2007 1:05 am PenulisAskm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Begitu cepat masa berlalu, rupanya kita sudah berada di pertengahan tahun 2007 bermakna lebih kurang 6 bulan lagi kita akan menyambut tahun baru. Bagaimana dengan azam dan perancangan tahun 2007 anda? Dah sampai tahap mana? Mungkin anda sudah capai apa yang telah anda usahakan dan mungkin juga sudah hampir 50% tahap pencapaian anda. Walau bagaimana pun setiap azam yang kita usahakan dengan tindakan yang terperinci akan menghasilkan satu kejayaan….insyaallah….
Berbalik kepada topik kita hari ini bagaimana anda membuat persediaan bila anda dikehendaki bercakap atau berucap di depan orang ramai contohnya bila anda dikehendaki membuat presentation, beri ceramah, kursus atau apa saja yang melibatkan lebih daripada 20 orang pendengar atau peserta.
Bagaimana anda hendak menyediakan ucapan yang baik? Baiklah disini Ktom ingin kongsikan beberapa tips untuk menyediakan ucapan yang hebat.
1. Mulakan penyediaan awal.
Mulakan penyediaan ucapan anda se awal yang mungkin. Cari bahan, kumpulkan dan tulis. Semakin awal kita menyediakan teks ucapan tersebut, semakin banyak perkara yang kita boleh ubahsuaikan atau ” edit” dan semakin yakin kita untuk berucap.
2. Buat kajian tentang audien.
Cubalah cari seberapa banyak yang boleh maklumat tentang siapakah audien yang akan hadir, siapakah mereka, apakah peranan mereka, apakah apakah cabaran2 yang mereka hadapi, apakah kelulusan mereka dan sebagainya. Semakin banyak jawapan yang anda dapati semakin anda berupaya untuk menyediakan ucapan yang digemari oleh audien anda.
3. Jadilah diri anda sendiri.
Jika anda bercakap dari hati anda, yakin dan percaya dengan apa yang anda ucapkan, tak kiralah jika anda orang yang ke berapa bercakap tentang topik yang sama, pasti apa yang ingin anda sampaikan itu akan diterima oleh audien. Ketulenan yang anda berikan adalah cara anda menyampaikannya dan nada suara anda. Inilah yang membezakan anda dengan orang yang bercakap berkenaan benda yang sama sebelum ini.
4. Ringkaskan saja.
Perkataan yang jelas dan tepat, tidak berbelit-belit akan menyenangkan audien anda untuk menerima dan memahami apa yang anda utarakan.
5. Wujudkan suasana perbualan.
Selain daripada menyediakan atau menghasilkan ucapan yang baik, jadikan ucapan anda seolah2 anda sedang bercakap dengan audien anda.
6. Dapatkan penyertaan audien
Untuk menghasilkan ucapan yang baik, anda haruslah berinteraksi dengan audien. Tanya mereka soalan yang berkaitan dengan topik anda atau anda juga boleh menyoal mereka adakah mereka setuju atau tidak dengan apa yang anda perkatakan itu. Juga anda boleh suruh atau cadangkan mereka berbuat sesuatu contohnya ” Sila ambil catatan ini dan sila sambung dengan idea-idea anda sendiri “.
7. Dengar sendiri terlebih dulu apa yang ingin anda perkatakan dalam ucapan anda. Adakah ianya mengikut ” flow” tertentu atau anda sendiri pun tak faham apa yang ingin anda perkatakan itu.
8. Berlatih dan terus berlatih
Latihlah pengucapan anda sebanyak yang mungkin. Ulanginya secara berterusan supaya anda mampu mengawal percakapan anda dan juga dapat memahami dengan lebih jelas lagi apa yang ingin anda perkatakan itu.
9. Enjoy
Pastikan apa yang ingin anda sampaikan itu simple dan ringan, maksudnya anda tidak mengunakan perkataan atau istilah yang audien tak faham dan jika anda mampu menyediakan ucapan yang menyeronokkan anda sudah pasti ucapan anda itu akan memberi kesan dan audien akan berpuashati dan merasa seronok untuk mendengar.
10. Tumpuan
Jika sekiranya anda sedang berucap, cubalah alihkan pandangan anda ke setiap sudut posisi audien anda. Jangan hanya melihat pada audien bahagian tengah sahaja ( yang dekat dengan anda ) kerana ini akan membuatkan audien di kiri dan kanan anda merasa tidak dihargai.
Masih ada banyak perkara lagi yang boleh dilakukan….Jom mari berkongsi di sini….semuga apa yang kita kongsikan ini memberi manafaat kepada semua.
Sekian, jumpa lagi.
Wasalam





















abdfatah :
Date: June 2, 2007 @ 2:41 am
mengucap banyak2 terlebih dahulu…
selawat banyak2…
doa banyak2
solat hajatpun kena buat,
sekian terima kasih
ktom :
Date: June 2, 2007 @ 1:12 pm
Haah…betul tu abdfatah…apa2 pun yg kita buat mesti mulakan dengan bismillah, selawat dsbgnya. Amin…..
mdpai :
Date: June 3, 2007 @ 2:22 pm
point no 3 tu mmg sy setuju sgt2…be yourself.
penting tu utk mencerminkan diri kita yang sebenar dan bukan hanya mereka2.
ktom :
Date: June 3, 2007 @ 5:09 pm
Ya, kita hendaklah jadi diri kita sendiri, jgn hipokrit. Begitu juga dalam penulisan blog…jadilah diri kita sendiri dan berhati2lah dengan bahasa yg kita gunakan kerana ini mencerminkan diri kita yg sebenarnya…..
azwanhadzree :
Date: June 4, 2007 @ 12:29 am
ha.ha.. Ktom, saya ceramah tak pernah bagi, tapi kalau buat workshop/training, setiap tahun mesti ada sekurang2nya satu.
workshop TQM, training utk system enhancement, dan selalunya buat 2 orang. maksudnya handle by 2 person. bertukar2 memberi penerangan. selalunya kalau macam ni tak boring.
fokus penting.. lebih2 lagi fokus kepada jamuan selepas workshop …wakakakakakaka … merapulah pulak
btw, im in SP now, baru sampai. hari ni naik bas. saja nak adventure sekali sekala
ktom08 :
Date: June 4, 2007 @ 4:14 pm
Hehehe tak pelik pun Wan bab fokus awak yang akhir tu….hahaha…memang merapu tu kerja awak….
Wan, SP tu, Sungai Petani? Singapore? Sungai Pencala? atau kat mana Wan?
Hm.. naik bas memang adventure punya…lebih2 lagi jika pemandu bas tu memandu dgn laju…hehehe….baik awak mengucap dulu sebelum naik bas tu…wakakaka…sori gurau je…Dah terikut2 merapu macam awak ler….
azwanhadzree :
Date: June 5, 2007 @ 1:35 pm
Sg Petani la
raduan :
Date: June 6, 2007 @ 12:03 am
ktom…dua ayat yang tak lupa saya sebut ketika berucap:-
’saya yakin dan percaya’atau’yakin dan percayalah’…
ktom08 :
Date: June 6, 2007 @ 12:33 am
raduan, itu trademark awak ke? Tapi bagus juga ayat tu…Ktom percaya tahap keyakinan anda begitu tinggi dan keyakinan yang tinggi dapat memotivasikan org yang mendengarnya. Good job.
raduan :
Date: June 6, 2007 @ 11:53 pm
he he..gitulah lebih kurangnya, nujung jugak ktom nih..
ktom08 :
Date: June 7, 2007 @ 12:08 am
hehehe…raduan, tahu tak per….
Far_East :
Date: June 7, 2007 @ 9:28 am
Waa..besh2. bleh apply nie klu nak buat presentation ke hape ke.klu bdk2 skolah apply sume tips2 nie, mesti dpt full mark klu buat presentation.:D
ktom08 :
Date: June 7, 2007 @ 11:25 am
ya betulllllll Far_East…
Satu lagi tip…jika rasa gugup bila dok kat depan tu..cari salah seorang kawan Far_East, fokus pada dia, tengok dia je…lama2 sure tak gugup lagi.
Satu lagi….anggap semua orang kat depan awak tu tak tahu apa2…anda je yg tahu…
Satu lagi….tarik nafas panjang2 dan hembus 3 x….lepas tu mula bercakap.
Satu lagi….jika ada rostrum….pegang kuat2 pada rostrum tersebut dan cakap…cakap…cakap
Dah…dah habis dah…hehehe