Hidup ini tidak selalunya indah……..

3:06 pm Penulis

Askm dan Selamat Sejahtera serta Salam Muhibbah.

Apa khabar anda hari ini?  Semoga anda semua dalam kegembiraan dan tenang selalu. 

Dalam hidup ini banyak perkara yang terpaksa kita tempuhi dan kadangnya juga begitu perit untuk diterima dan dilalui. Tanpa kekuatan dalaman pasti kita tidak akan mudah untuk menangani segala keperitan itu.  Pun begitu sokongan daripada sahabat , keluarga dan masyarakat disekeliling dapat sekurang-kurangnya mengurangkan bebanan yang di tanggung itu.  Tidak kira kira dalam apa jenis kesusahan dan dalam bentuk pertolongan yang bagaimana namun seharusnya kita bersyukur bahawa mungkin ada lagi orang lain yang mengalami keperitan melebihi kita.

Semalam sebelum mengakhiri bacaan email dari seorang adik dari KK semalam, hati meronta2 nak tahu apa isinya.  Katanya “Oh ya, tadi saya baca kat blog kak Linn, pasal BadrulZamani. terharu sungguh saya baca kisahnya..

Terus saja saya ke blog Linn Comel.

Rasa terharu yang amat sangat sehingga Ktom tidak mampu untuk berkata apa2.  Jika kita susah rupanya diluar sana masih ramai yang susah dan menderita.  Seharusnya kita bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan pada kita.  Sebelum ini Ktom pernah melihat gambarnya terpampang memberi testimoni untuk ebook-ebook yang dijual ….tapi tak pernah menjangka bahawa seorang yang cukup bersemangat dan berdedikasi dalam ebiz ni rupanya telah mengalami kecatatan yang sebegitu rupa akibat daripada kemalangan. Nauzubillah….dan yang lebih menyedihkan lagi keadaannya sekarang ini memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi dan beliau  tidak cukup kewangan untuk menampung perbelanjaan tersebut termasuk perbelanjaan perubatannya.  Seperti juga kata Linn, dia tidak pernah meminta supaya ditulis mengenainya di blog tapi sebagai seorang sahabat inilah sahaja cara pertolongan yang mampu kita hulurkan.  Anda boleh membaca selanjutnya di sini.  Ktom pastekan saja apa yang Linn tulis di blognya.

Semoga apa yang dipaparkan ini mendapat kerjasama dari anda semua.  Ktom percaya apa yang baik akan dibalas dengan baik juga akhirnya.  Hari ini hari orang lain, hari kita….kita tidak tahu lagi.

Sekian, jumpa lagi.

Wasalam

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
10 Responses
  1. Taqiyuddin :

    Date: June 21, 2007 @ 5:39 pm

    Saya pun ada post kan dekat blog saya, ktom..kalau boleh tolong kita tolong je apa yang terlarat nak tolong.

    Dikmal kenapa senyap je sekarang.

  2. nuwa :

    Date: June 23, 2007 @ 8:46 am

    yup..sama2 kita membantu mana yang termampu..

  3. azwanhadzree :

    Date: June 24, 2007 @ 1:20 am

    saya akan cuba membantu juga. walaupun seidikt, harap ia dapat di gunakan sebaiknya.

    rakyat malaysia, dah berjuta-juta, kalau sorang RM1 pun sudah memadai utk membantu semua :)

  4. Badruzamani Azmi :

    Date: June 24, 2007 @ 4:57 pm

    Hasil bantuan anda dan sahabat yang lain, akhirnya PC saya dah OK dan saya dapat online semula. Terima kasih pada kawan - kawan yang sudi membantu.

    Terima kasih banyak - banyak. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua. :)

  5. raduan :

    Date: June 25, 2007 @ 12:11 am

    ktom..memanglah hidup ini tidak selalunya indah..adakalanya kita suka adakalanya kita berduka.. Saya berasa begitu sebak didada bila menatapi kisah yang terjadi pada sahabat kita tu.. BadrulZamani..apa-apapun saya mengucapkan tahniah atas ketabahan beliau menjalani kehidupan Walau dihimpit seribu kepayahan,Sebagai seorang insan sama samlah kita memberi sokongan dan dokongan yang termampu oleh kita,samaada wang ringgit dan sebagainya..
    Seorang penyair buta (akibat penyakit kusta )dari Terengganu(penyu menagis tak siapa yang tahu)disaat keuzurannya telah mengnukilkan kata-kata kepada wartawan, ‘Walaupun penuh duri dan luka hidup ini perlu diteruskan Jua’.Beliau telahpun meninggalkan kita kira kira dua atau tiga tahun lepas, semuga rohnya dicucuri rahmat,Buat Badrulzamani dan keluarga semuga terus tabah menjalani kehidupan …wassalam.

  6. ktom :

    Date: June 25, 2007 @ 10:38 pm

    Din, sama2lah kita membantu setakat yang termampu ok. DikMal? hehehe betul ler, mana DikMal ni?

    Nuwa, insyaallah itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita untuk membantu.

    Wan, betul seperti apa yg Wan cakap tu. Bantulah dengan penuh keikhlasan. Tidak kira bagaimana dan sebanyak mana asalkan apa yg diberi itu ikhlas. Wan, jika rakyat berjuta pun, tp jika tidak menyumbang buat apa?

  7. ktom :

    Date: June 25, 2007 @ 10:41 pm

    Raduan, ktom pun memang teruja dengan ketabahan beliau. Alangkah bagusnya jika semua orang yang senasib dengannya mempunyai semangat dan usaha seperti beliau kan?

    Ktom ingat lagi penyair tu..JM Aziz. Beliau seorang penulis puisi yang hebat. Semoga beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman.

  8. ktom :

    Date: June 25, 2007 @ 11:00 pm

    Bad, usah rasa bersalah dengan pertolongan ikhlas kami ini. Hari ini hari Bad, esok lusa hari kita pula. Entah siapa yang tahu.

    Teruskan dengan usaha dan impian Bad itu. Semoga apa yang Bad cita2kan dan impikan itu akan menjadi kenyataan.

    Ktom betul2 kagum dengan ketabahan dan kekuatan semangat Bad. Semoga ianya menjadi pendorong kepada yang senasib.

    Bersyukurlah dengan apa yang kita ada pada hari ini. Orang lain mungkin lebih menderita dari kita.

    Apabila membuat sesuatu, buatlah dengan penuh kejujuran dan keikhlasan. Bad pasti berjaya, insyaallah..

  9. Taqiyuddin :

    Date: June 27, 2007 @ 1:57 pm

    betul tuh..dikmal!!kuar sekarang kerah tenaga post artikel din nak baca..hehe

  10. ktom :

    Date: June 27, 2007 @ 4:16 pm

    Haah la Din, entah kemana DikMal ni..sepi je. Mungkin kena dera dgn assignment la tu…hehehe…padan muka..sapa suruh belajar tinggi2…( Sory dik, jgn marah nanti lekas tua )

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.