Imej dan Anda
May 14, 2007 12:58 pm PenulisAskm dan Salam Sejahtera
Anda sihat? Semuga anda dilimpahi dengan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang hakiki.
Topik kita hari ini berkaitan dengan imej. Apa itu imej? Berbagai jawapan yang diberikan untuk soalan ini. Pastinya ramai diantara kita yang sangat mementingkan imej. Bukan apa…semuanya adalah agar kita tidak mudah diperlekehkan, sentiasa dihormati, senang untuk didekati dan untuk mendapat kepercayaan.
Imej hanya penampilan luaran kita yang dapat membantu menceritakan dan berkomunikasi berkenaan diri kita. Imej juga mencerminkan diri kita….bagaimana kita berinteraksi, bagaimana kita berhadapan dengan orang yang pertama kali kita jumpa atau bagaimana kita meletakkan diri kita di kalangan orang disekeliling kita.
Mungkin ada pula di antara kita yang bertanya mengapa si anu dan si anu itu masih boleh berjaya walaupun mereka selekeh dan nampak comot? Hehehe..keadaan ini kerap terjadi.Jangan tak tahu pulak…….
Memang benar bahawa tanpa penampilan luaran yang positif kita masih boleh berjaya tetapi sejauh manakah pencapaian kita? Kejayaan ialah subjektif bagi setiap insan tetapi untuk mencapai kejayaan kita semua perlu melalui perjalanan yang sama. Resepinya adalah sama iaitu berusaha sedaya upaya, mendapat keredhaan Tuhan, sokongan dan penghargaan daripada orang lain.
Memang sudah menjadi tabiat semulajadi manusia …suka dikelilingi dengan persekitaran yang kelihatan menarik dan dikendalikan oleh orang yang peramah, mesra, menarik dan berbau nyaman.
Ok…Ktom nak tanya anda sikit ……mahukah anda pergi ke bank, hotel, restoran, pejabat atau mana-mana saja yang persekitarannya kotor, berbau busuk dan disambut oleh kakitangan yang biadab, selekeh atau tidak mesra? Ktom rasa ramai yang tak suka kan?Jika tak ada pilihan lain dan terpaksa ke tempat yang sedemikian itu, lain kiralah..
Dan untuk mencapai kejayaan anda perlu melalui proses-proses yang tertentu dan imej adalah salah satu faktor yang perlu anda titik beratkan. Proses untuk mencapai puncak kejayaan boleh diibaratkan seperti proses mendaki gunung. Tanpa alat yang khusus dan wajib dibawa untuk keselamatan dan kejayaan mendaki, sudah pasti kita tidak akan sampai dengan sempurna. Kita akan menjadi penat dan letih apabila tiba dipuncak gunung. Akan tetapi walaupun tanpa persediaan khusus, masih ramai diantara kita yang boleh mendaki tetapi rintangan yang dihadapi oleh mereka adalah lebih banyak daripada mereka yang membuat persediaan penuh untuk mendaki. Malah kesihatan mereka juga tidak terjejas.
Namun bagi mereka yang tidak membuat persediaan yang rapi, perbagai masalah perlu mereka lalui. Kesihatan juga mungkin terjejas dan apabila sampai ke kemuncak mereka merasa kepenatan yang teramat.
Jadi, persediaan untuk mencapai kejayaan dan kebahagian hidup juga sama seperti mendaki gunug. Kita perlu bersedia dari segi pendidikan asas ( formal), latihan profesional, kemahiran atau kepakaran dan ilmu kemasan diri ( grooming ).
Ramai yang tidak mengambil berat mengenai perkara-perkara ini dan menganggap ilmu kemasan diri ( imej ) tidak penting. Sedangkan imejlah yang menentukan nilai diri manusia sebenarnya.
Sebenarnya ramai yang tidak mempunyai imej diri yang seimbang. Ada di antara kita yang mempunyai pelajaran tinggi tetapi penampilan luaran …langsung tidak ada ummph…atau lebih tepat lagi tidak mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Hehehe…bukan berniaga tau..jangan silap faham pulak… pasaran di sini bermaksud pasaran kerja atau untuk mendapat penilaian yang tinggi dari segi penampilan.
Ada juga yang berkelulusan tinggi tetapi tidak pandai berinteraksi dan berkomunikasi. Dan yang lebih membimbangkan adalah ramai yang berpelajaran dan berkelulusan tinggi tetapi penampilan diri berada di tangga yang terbawah.
Oleh yang demikian, anda haruslah menjaga kekemasan diri anda dan berkomunikasi dengan baik untuk lebih dihargai dan dihormati dan bernilai di pasaran.
Tetapi perlu diingatkan juga bahawa penampilan dan komunikasi bukanlah faktor penentu kejayaan dan anda dihargai oleh orang lain. Ada beberapa faktor lain lagi yang menyumbang ke arah itu.
Setakat ini dulu. Jumpa lagi.
Wasalam.





















baba :
Date: May 14, 2007 @ 3:46 pm
Indah khabar dari rupa!
ktom :
Date: May 14, 2007 @ 4:29 pm
Baba….iye ke macam tu? Seharusnya apa yang kita pamirkan itu adalah sebenarnya diri kita. Tapi kadang2 tu ada juga org yang suka menyamar……..utk tujuan negatif umpamanya menipu, bohong, ugut dan sebagainya…
Tetapi marilah kita lihat dari segi positifnya kenapa kita perlu membina imej diri kita. ” First impression ” rasanya perkataan yang paling tepat kenapa kita perlu menjaga imej.
TQ.
Taqiyuddin :
Date: June 4, 2007 @ 4:15 am
betul tu, imej kita perlu dijaga walaupun dimana kita berada.
TQ
ktom08 :
Date: June 4, 2007 @ 4:09 pm
Taqiyuddin, lebih2 lagi jika nak tackle perempuan…lagi ler kena jaga imej. ya tak? Tapi tak pe yg tu awak dah tak risau lagi sebab dah ada Nadia tuh….hehehe
Doodee :
Date: February 4, 2008 @ 10:54 am
Thanks for sharing