Jangan…..jangan
April 27, 2007 5:46 pm PenulisAskm dan Salam Sejahtera .
Semoga anda sentiasa sihat dan bahagia selalu.
Hari ini Ktom terpanggil untuk berkongsi tentang kandungan email yang baru Ktom terima. Meskipun mungkin sesetengah dari anda sudah mengetahuinya tapi biarlah di sini Ktom yang kongsikan..dan mungkin juga ianya boleh menyedarkan kita dari tidur yang lena…..
Kadang-kadang kita juga terleka dan mengambil mudah tentang perkara-perkara sebegini….jadi cuba amalkan beberapa JANGAN disini ok..
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki lari (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan/sahabat. Nanti persahabatan kita hilang rasa bahagia. bahagia. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Yang baik jadikan panduan, yang buruk jadikan sempadan ok….Jumpa lagi





















Baba :
Date: April 27, 2007 @ 10:20 pm
Banyak jangan, Bagus tu kalau boleh menepati semua tu. Bilik air sepapatutnya adalah sebersih seperti mana2 bahagian di rumah, walaupun kita tahun akan tujuannya. So, kita kenalah menjaga kebersihannya dengan optimum.
ktom :
Date: April 27, 2007 @ 10:41 pm
Betul tu En Baba…kita kena cuba utk menepati semuanya…insyaallah…Tapi kalau tidak semuanya pun, sekurang2nya kita amalkan sebahagian dari JANGAN itu.
ktom :
Date: April 27, 2007 @ 10:50 pm
En Baba terima kasih kerana sudi singgah utk menyapa di sini. Singgah2lah selalu ya….utk berkata2 di sini ya….sesungguhnya kehadiran anda akan terus memotivasikan Ktom untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih banyak2.
abdfatah :
Date: April 28, 2007 @ 11:47 am
jangan… jangan… jangan… jangan…
jangan main-main…
jangan yang positif…
adesh, jangan mengaku kalah dengan segala cabaran yang mendatang… teruskan usaha ktom dalam memburu cita-cita dan impian masa depan…
waaaaaah…!
ktom08 :
Date: April 28, 2007 @ 7:12 pm
abdfatah, terima kasih atas sokongan anda….insyaallah…bukan mudah utk mengaku kalah…
azwanhadzree :
Date: April 30, 2007 @ 12:49 am
Saya agak risau tentang ini ktom
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Kadang2 bila pergi masjid, walaupun selipar disediakan taip ada jugak orang yg ambil mudah dgn jalan berjenket. bila ditegur marah pulak.
ktom08 :
Date: April 30, 2007 @ 4:31 pm
Manusia memang begitu Wan….seharusnya sebagai umat Islam yang sangat mementingkan kebersihan..tak seharusnya buat macam tu…
SIKAP…itulah sesuatu yang sukar utk diubah jika kurang jati diri.
Kadang2 rasa malu bila ada sesetengah perlakuan orang Melayu khususnya yang beragama Islam di kritik oleh bukan beragama Islam. Kita tak boleh marah mereka sbb apa yg dikritik itu benar.
Anyway…kalau orang lain buat cam tu..kita cuba hindari dari melakukannya ok.