Kembali ………….

5:53 pm Penulis

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua? Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dirahmati dengan ketenangan dan kegembiraan. Lama tak dapat online dan tak ada post baru, rindu sangat2 untuk berinteraksi dengan anda sambil berkongsi pandangan disini.  Namun tidak semua perancangan yang dibuat menjadi dan terkadangnya jadual yang kita buat terpaksa diubah suai atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.

Ktom minta maaf banyak2 kerana sudah seminggu tak dapat online  dan tiada post baru disini.   

Pada hari Isnin yang lepas Ktom terpaksa membawa anak bongsu ( 5 tahun ) ke hospital kerana demam dan batuk2.  Sesampai di hospital, doktor yang merawat beliau mengarahkan supaya anak Ktom di tahan di  hospital kerana beliau nampak agak ” dehydrated “.  Dia demam sejak hari Jumaat tapi walaupun telah diberi ubat namun masih tidak reda demamnya. Sebab tu lah Ktom ambil keputusan untuk membawanya berjumpa doktor.

Tiga hari kat hospital keadaan beliau masih tidak berubah walaupun telah diberi ubat demam dan antibiotik.  Sejak itu hati Ktom rasa tak sedap hati sebab dah masuk hospital pun masih demam kuat.  Jadi doktor buat keputusan untuk menjalankan xray dan hasilnya adalah…..beliau terkena jangikitan bakteria dan bakteria tersebut telah merebak ke paru2 beliau.  Aduhai……macam mana ni? Hati terasa gundah dan kalut sekali.  Doktor bagaimanapun telah memberi antibiotik.  Sehari kemudian demamnya reda , di “off drip” tetapi dia bernafas macam orang yang kena asma ( walhal dia tak ada asma ).  Dia diberi neobolizer ( maaf jika ejaan tak betul ), sedutan oksigen, namun masih tidak berkesan.  Jadi doktor pakar yang merawat beliau mencadangkan supaya di xray sekali lagi. Aduhai…….kalutnya fikiran bila didapati jangkitan di paru2 beliau semakin serius. 

Doktor pakar mengarahkan supaya on kan balik drip tu dan antibiotik ditambah satu jenis lagi untuk mematikan kuman bakteria tu.  Selain itu fisioterapist dipanggil untuk turut sama memberi rawatan kerana jika kanak2 yang terkena jangkitan tidak aktif, tidak makan atau berjalan, maka bakteria akan semakin merebak.  Jadi pakar fisio akan menonggengkan kanak2 dengan meletakkan bantal bawah dada dan biarkan kanak2 meniarap dengan kepalanya kebawah sedikit.  Kemudian beliau menepuk2 dibahagian belakang dada untuk mengeluarkan lendir2 yang terkumpul dekat paru2.  Jika tak buat macam tu, susah nak sembuh sebab lendir2 tu akan melekat di situ.  Jika orang dewasa lain cerita pula…sebab kita boleh bergerak, batuk2 jadi lendir tu senang keluarlah. Ini boleh kita lakukan jika akan kita dapat demam selsema.  Tujuannya supaya lendir dapat keluar melalui muntah.  Jadi jika anak muntah selepas tu , jangan panik.   Itu tandanya ada respon.

Dua hari kemudian, dia semakin baik dan syukurlah semalam dah boleh balik.

Hehehe…sorry ler, terpanjang pulak ceritanya. Bukan apa….saja nak berkongsi dengan anda pengalaman Ktom ni sekurang2nya sapa2 yang ada anak tu, tak kiralah anak sendiri ke, anak kawan ke, anak saudara ke, anak angkat ke , boleh ler tahu serba sedikit berkenaan dengan perkara ini.

Yang ada anak tu Ktom nak pesan, jika anak demam atau batuk2, segerakan rawatan sebab budak2 ni dia senang dapat serangan bakteria.  Tak boleh makan ubat demam atau batuk je tapi kena makan antibiotik juga untuk matikan kuman.

Ok, sekian sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi.

Wasalam

 

  

  

 

 

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
30 Responses
  1. Abang Em R :

    Date: August 15, 2007 @ 7:33 pm

    Assalamulaikum KTom!
    selamat kembali berblog. Dengar cerita KTom tu sy dapat rasakan apa yg anda rasa. Maklumlah sy pun ada anak seusia anak KTom. Lagi lagi sikecik sy yg umo 2th setengah tu. Klu demam jer mesti semput.

    Syukurlah anak KTom dah sembuh. Sebenarnya ramai yg tertanya2 ke mana KTom menghilang. Kini dah terjawablah semuanya…

  2. ktom08 :

    Date: August 15, 2007 @ 9:13 pm

    Wkslm Abang Em R, anak kecil memang cam tu, mudah sakit jika tak kena cara, lebih2 lagi jika dihantar ke nurseri atau tadika. Mudah sgt berjangkit.

    Ya lah, Ktom pun rindu sangat dgn semua yg sering berkunjung kat sini. Terima kasih kerana keprihatinan semua.

  3. azwanhadzree :

    Date: August 15, 2007 @ 10:12 pm

    Selamat kembali dan semoga bertambah ceria, lagipun anak dah sihat :)

  4. zool :

    Date: August 16, 2007 @ 9:42 am

    selamat kembali dan semoga menghasilkan post-post yang mencengkam…

  5. adila :

    Date: August 16, 2007 @ 11:19 am

    selamat kembali ktom…
    moga lepas ni anak sentiasa sihat…kalau anak demam, ibulah yang terkebih risau dan hati sentiasa tak keruan…hatta anak israng demam selsema pun…apa tah lagi yang kena demam teruk sampai masuk wad….semoga kita dan family semua sihat tiap masa.

    nanti leh la jenguk blog saya berkenaan dengan contest yang saya buat…mana tau ada rezeki… :)

  6. zuhairy :

    Date: August 16, 2007 @ 2:29 pm

    ehmm,kesiannyer tengok budak2 kecik kena demam. mesti merengek jer…nasib baik saya bujang lagi,hehehe….

    bersabarlah…

  7. ktom :

    Date: August 16, 2007 @ 3:48 pm

    Terima kasih Wan, Zool, Adila dan zuhairy.

    Wan, memang dah ceria pun ni…tp skrg ni mak dia pulak yg demam dan batuk2…wakakakaka

    Zool, fuyoooooh…post yang mencengkam? Woiii…ayat…power betul….hehehehe

    Adila, contest apa tu? Ktom akan lawat blog Adila nanti…nak juga dpt hadiah tu….hehehe

    Zuhairy, salam perkenalan…bujang tak per…jadikan panduan bila dah kahwin nanti. Ktom addkan link awak tu…

  8. Dik Mal :

    Date: August 16, 2007 @ 4:14 pm

    Assalamualaikum Kak Tom!

    RIndulah :D Hehehe.. selamat kembali… say dh pindah rumah baru..jalan2 la ye … semoga kak tom kembali bersemangat dan menyengat :)

  9. ktom08 :

    Date: August 16, 2007 @ 4:31 pm

    DikMal, memang bersemangat pun bila tengok rumah baru DikMal tu…..honestly…Ktom suka dan teruja.

  10. abdfatah :

    Date: August 16, 2007 @ 4:36 pm

    waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…. sudah kembali maaaaaaa… semoga berterusan kerja berblog anda dengan jayanya. moga ceria dan gembira selalu hendaknya di samping keluarga tersayang…

    itulah dia “sakit-demam datangnya seperti semut dan sembuh juga seperi semut…” sapo kata gitu…? bleh cari laaa kalo jumpa…

    teringat masa kecik, dapat demam paling teruk sekali atas dunia… hehaahhaha… teruk jugaklah kalo kena demam nih, lebih2 lagi kalo yang ada jangkitan kuman. moga berwaspada selalu…

  11. Dik Mal :

    Date: August 16, 2007 @ 4:50 pm

    Kak Tom semangat, saya lagi semangat :D Boring masa kak tom takde, takde kawan nak sembang kat gtalk :D

  12. shueqry :

    Date: August 16, 2007 @ 5:19 pm

    Asmkm, Ktom apa khabar? Shueqry here.

    well, selama Ktom takde banyak perubahan yang berlaku, dan selama tu juga sesape yang masuk ruma Ktom terasa sunyi .. buka pintu takde orang. Tapi, sekarang tuan
    rumah dia dah ada!

    Oh ya, saya dalam beberapa hari ni tak masuk sini gak, baru nampak mesej dari DikMal tadi yg nak minta no hp Ktom, saya ingatkan DikMal dah ade .. hik hik hik, sory!

    Hmm, post kali ini satu ilmu, nanti bila saya dah berkeluarga akan kubawa segera bila si kecil batuk-batuk .. hmm.. kalau mak dia yang batuk-batuk, nak bawa ke mana? hmm ..

    - Shueqry -

  13. ktom08 :

    Date: August 16, 2007 @ 5:36 pm

    abdfatah,
    sakit-demam datangnya seperti semut dan sembuh juga seperi semut…” [ semut?…hehehe ade2 je. Semut kalau datang yg suka gigit tu terus mengigit…boleh ler faham tapi sembuh juga seperti semut tu….tu yang tak faham tu…sapo kata gitu…? [ awak ler yg kata gitu. wkakakaka ]

    DikMal,
    Ktom pun cam tu Mal, rindu ngan DikMal tp hp tak tahu no.Ktom cuma ada no hp Shuq je…nanti bagitau ya…..

  14. ktom08 :

    Date: August 16, 2007 @ 5:37 pm

    Hahahaha, Shuq, kalau mak dia batuk senang je…..nanti kita bincangkan…wkakakakaka…

    Hai dah ada calon ke? Berahsia nampak.

  15. Dik Mal :

    Date: August 16, 2007 @ 6:07 pm

    tu lah kak tom! dengan dik mal pun rahsia nampak..jeng2 tkpe2, rahsia tak leh simpan lama2…hahaha :D ish tetiba lapa… nk g makan dulu :D

  16. ktom :

    Date: August 16, 2007 @ 9:14 pm

    DikMal, ye lah tak per …biarlah dia berahsia dgn kita ya….hehehe…lama2 pecah gak ….kan?

    Makan apa Mal, roti canai lagi ke?

  17. Ludbafital :

    Date: August 16, 2007 @ 10:17 pm

    Lahaulawala..demam pulak anak Ktom..rasanya baru lagi demam..tak per..tak per dia punya ibu yang pengasih lagi ambil berat tentang anak nya. Itu la ibu mithali namanya.

    (Hoh lagu tu la kawe2 bilo doh ado anok, soho siye male, nok wie anok siar)

  18. zool :

    Date: August 17, 2007 @ 8:16 am

    Wah ramainya datang komen…
    popular betul le kak tom nie..
    power ke ayat tu????

  19. Amir :

    Date: August 17, 2007 @ 10:03 am

    Oh begitu ke ceritanya Ktom, bahaya jugak yer, saya kalau anak demam tu ada jugak pegi beli ubat jer, kekadang tu ok, mau baik, ada juga pernah tak mau baik, bawk gi jumpa doktor je dpatkan antibiotik, sebenarnya kalau demam nie mesti nak daptkan antibiotik baru betul, harap anak ktom cepat sembuh..

  20. ktom08 :

    Date: August 17, 2007 @ 1:59 pm

    Ludbafital, yo la. Baru2 ni deme tok serius tp kali ni serius..keno bakteria jahat, jadi susoh sikit nok siar. Tp alhamdullillah, ok doh, cumo keno make antibiotiok jah….

    zool,
    Ktom biasa je….
    hehehe…ye ler memang power pun…hahahaha

    Amir,
    Terima kasih Mir, Tp ingatlah jika anak demam terus bawak pi jumpa doktor, Jika tak sembuh juga mesti ada apa2 hal la tu. Biasanya budak2 mudah kena jangkitan bakteria. Jadi masa dia kecik kenalah hati2 dan beri perhatian terhadap kesihatan dia.

  21. arejae :

    Date: August 17, 2007 @ 3:54 pm

    Salam kak tom,
    meriah betul rumah kak tom nie. :)

    Alhamdulillah…..anak kak tom dah bertambah sihat.

    nielah kasih sayang mak ayah pada anak-anak kan.berkorban jiwa raga…harta benda…

  22. ktom08 :

    Date: August 17, 2007 @ 4:22 pm

    arejae,
    Selamat datang. Begitulah kiranya kasih sayang ibubapa namun kadangnya kita rasa terkilan apabila ada juga org yang melupakan terus pengorbanan dan jasa kedua ibubapa.

    Justeru itu, marilah kita sama2 mengenangkan jasa ibubapa dan tahu menilai pengorbanan yg telah mereka lakukan untuk kita. Bila dah jadi ibubapa ni tahulah betapa …pengorbanan yg diberikan untuk anak2. Itu bukanlah bebanan kepada kita tp tanggungjawab yg kita kena pikul tanpa ada rasa terbeban malah kita bahagia dgn kurniaan itu.

  23. zuhairy :

    Date: August 17, 2007 @ 9:13 pm

    ok ktom, nanti saya back link blog ktom ni. terima kasih…

  24. Bent :

    Date: August 18, 2007 @ 12:47 am

    Hi Ktom Selamat kembali semoga anak anda juga sihat..saya pun dah lama tak online ni..

  25. ridaparidah :

    Date: September 8, 2007 @ 10:43 pm

    Hai ktom, kegelisahan ktom nampaknya telah terlerai kerana anak ktom telah sembuh dari penyakit yang ditanggung. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi tapi, bagi saya, kesakitan yang ditanggung oleh ayah saya akibat kanser paru-paru telah berakhir dengan kematian..

  26. ktom08 :

    Date: September 8, 2007 @ 11:05 pm

    Rida,
    Salam takziah dari Ktom . Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Semoga Rida dan keluarga bersabar banyak2 dengan meredhakan pemergiannya.

  27. ktom08 :

    Date: September 8, 2007 @ 11:06 pm

    Terima kasih Bent.

  28. Doodee :

    Date: February 3, 2008 @ 10:48 pm

    Thanks for sharing

  29. ZenDinnyred :

    Date: February 10, 2008 @ 7:05 am

    I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well. But it was interesting! Look for some my links:

  30. ZenDinnyred :

    Date: March 24, 2008 @ 11:21 pm

    I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well.

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.