Komen Negatif….bagaimana anda menanganinya?
May 26, 2007 12:44 am PenulisAskm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.
Apa khabar anda hari ini? Semoga anda sentiasa sihat dan bahagia selalu.
Komen negatif? Negatif membawa maksud sesuatu yang tidak baik, sesuatu yang anda tidak suka baca, sesuatu yang anda tidak suka dengar, sesuatu yang melukakan hati anda, sesuatu yang anda tidak suka tahu dan sebagainya. Pernahkah anda mendapat komen negatif di blog anda? Jawapannya mungkin YA atau mungkin juga TIDAK. Mungkin juga komen itu berbaur negatif pada seseorang tetapi pada orang lain ianya mungkin BIASA saja.
Tetapi walau bagaimanapun apa yang ingin kita perkatakan hari ini adalah komen yang negatif yang melukakan hati kita.
Dalam kehidupan ini tidak semua orang suka kita dan tidak semua orang benci kita. Kita disukai disebabkan oleh beberapa faktor. Mungkin cara penulisan kita yang bersopan, mungkin apa yang kita sampaikan disenangi oleh pengunjung blog kita dan berbagai kemungkinan lagi. Tetapi mengapa ada juga yang memberi komen negatif? Hehehe….mungkin fikiran orang yang beri komen tu dah tak betul…kot-kot tercabut wayar disana sini.hehehehe… Berbagai kemungkinan….mungkin orang tak suka cara kita menulis, apa yang kita sampaikan atau mungkin mereka IRI HATI, DENGKI, BUSUK HATI sebab dikala blog kita dapat banyak trafik dan mendapat hasil yang lumayan, maka dengan sebab itulah mereka memberi komen yang negatif semata-mata untuk mengharu birukan perasaan kita, mematahkan semangat kita, memudarkan impian kita. Mereka mengharapkan kita berputus asa dengan menyebarkan sesuatu yang negatif di blog kita sendiri.
Eh..eh Ktom. Ada ke manusia macam ni? Adaaaaa……Kenapa? Tak percaya? Percayalah.…..(hehehe cam tajuk lagu Datuk Siti je)Begitulah kehidupan yang sementara ini. Bila dah nampak orang lain begitu aggresif dan berjaya, mulalah sakit hati. Dan bila sakit hati cara yang paling senang yang boleh dibuat adalah dengan memberi komen yang negatif dengan harapan orang lain turut sama terpengaruh dengan apa yang dia kata? Supaya orang lain turut mentertawakan pemilik blog berkenaan dan supaya pemilik blog merasa malu dan bermacam2 SUPAYA lagi……..( mungkin anda boleh tambah jika suka…)
Ohhh…apakah perasaan anda jika perkara sedemikian terjadi kepada anda? Seronok ke? Hmmmm….anda saja yang tahu jawapannya… Bagi Ktom bila anda menghadapi masalah yang sedemikian, anda harus berfikiran positif. Beberapa perkara yang boleh anda lakukan. Mari kita sama-sama bincangkan disini.
- Cuba elakkan dari menjawab komen tersebut secara negatif.
- Jika nak jawab, jawablah sebaik mungkin dengan ayat yang sopan.
- Abaikan saja. Jangan dilayan apa-apa pun perkara yang boleh memudaratkan emosi kita.
- Jika nak delete saja…” delete ” lah….anda punyai hak 100% untuk berbuat demikian.
- Seharusnya komen sebegini menguatkan lagi semangat anda untuk terus menulis dan berjaya mendapat hasil yang baik.
- Anggapkan saja komen itu sebagai cabaran untuk anda terus berjuang dan berjaya dengan cemerlang di masa depan. Jangan mudah berputus asa dengan sesuatu yang langsung tidak beri menafaat itu.
- Kaji balik penulisan anda…adakah menggunakan bahasa yang tidak bersopan? Adakah penulisan anda berbaur provokasi atau ayat-ayat yang anda gunakan itu kebudak2an atau SOMBONG? Buatlah kajian untuk memperbaiki kelemahan yang kadang-kadang tidak kita sedari itu.
Usahlah anda gusar. Sememangnya pengunjung blog kita sudah sedia maklum tentang cara penulisan kita, apa yang kita sampaikan itu bermanafaat atau tidak. Dan pada Ktom, penulisan kita di blog adalah mencerminkan siapa diri kita yang sebenarnya.
Gaya penulisan anda, cara penulisan anda, cara anda berinteraksi di blog anda sendiri ataupun di blog orang lain sudah cukup untuk memberitahu mereka siapa anda, bagaimana sikap anda dan apa pendirian anda.
Oleh yang demikian, usahlah gusar terhadap komen-komen yang negatif itu. “BIARKANLAH SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA.
Bila sampai pada satu masa, jika anda tidak cepat melatah atau tidak melatah langsung..mereka juga akan jemu. Dan Ktom percaya semakin anda dikhianati, semakin bertambahlah rezeki dan kebahgiaan anda. Jangan risau.
Sekian, jumpa lagi.
Wasalam.





















cikgu azleen :
Date: May 26, 2007 @ 2:21 pm
Betul tuh ktom.. Tapi saya rasa biasanya komen negatif ni cuma 10% jer dari jumlah keseluruhan komen.. Ntah-ntah lagi rendah.. Terlalu sket.. besar kuman.. Dan boleh diabaikan..
ktom :
Date: May 27, 2007 @ 10:41 am
Biarpun umpama sebesar kuman tp ianya tetap NEGATIF dan pastinya menganggu emosi kita Cikgu..Walaubagaimana pun cubalah jangan terlalu cepat melatah.
azwanhadzree :
Date: May 27, 2007 @ 11:29 am
Ktom, ni seorang yg emosinal ye .. mudah tersentuh .. betul? Bagi saya 2 choice
(1) Delete je especially yg betul2 berniat jahat.
(2) Jawab, anggap ia sebagai kritikan yg membina untuk sentiasa membetulkan diri kita.
ktom08 :
Date: May 27, 2007 @ 3:47 pm
hehehe…emosional ke Wan? Mungkin jugak hehehe…Ktom setuju dgn pandangan Wan dan Cikgu Azleen tu….kritikan umpama satu hadiah kepada kita. Tanpa kritikan kita tidak kemana2…tak ada perubahan, tak ada peningkatan…TQ
Bent :
Date: May 27, 2007 @ 4:11 pm
Setakat ni kat Blog saya belum ada pula komen negatif..tapi kalau sayalah itu bergantung dengan apa niche kat blog kita tu..dan kalau memang blog kita tu agak ganas..sekadar suka-suka ambil contoh Kennysia.com saya tengok dia biarkan je komen negatif tu..sebab pada pandangan saya dia seorang yang memang tak kisah lansung..tapi kalau macam blog kita ni berkaitan dengan ilmu dan motivasi rasa nya tak sesuailah komen sebegitu..
saya pun mcm Azwan juga..2 pilihan tu yg terbaik
abdfatah :
Date: May 28, 2007 @ 12:45 pm
minda jutawan takkan kalah dengan komen negatif yang melulu… apa gunanya melayan kerenah mereka yang tak tahu apa-apa tentang seseorang yang lain. apa lagi yang kenal dengan kita…
komen sana komen sini… lebih baik komen membina dapat jugak menarik trafik… hehhe
ktom :
Date: May 28, 2007 @ 3:30 pm
ahaaa…awak memang pinterrr abdfatah. Buat apa beri komen negatif, bila org baca secara tak langsung mereka tak pi kat blog org yg memberi komen tu. Tapi cam mana yg tak de blog yg bagi komen negatif tu…hahaha…menyamar ler tu…pengecut sungguh…Jangan amalkan perkara2 yg tak senonoh tu….bukannya boleh hadiah pun kan?
kasyah :
Date: May 28, 2007 @ 3:43 pm
Komen2 negatif selalunya tak ramai..Kalau ada sorang ni kasi komen negatif/berniat tak baik, mesti pelawat yang lain akan backup owner website tu kerana mereka tahu orang ini tak lebih dari sekadar lalat2 yang suka menyibuk.
just my 2cents
abdfatah :
Date: May 29, 2007 @ 12:36 am
suka-suka hati je buat komen negatif, trafik makin rudum, lari berdentum-dentum, review me dapat juga saguhati, ada lagi adverlets tambah suka hati… hihihi
ktom :
Date: May 29, 2007 @ 10:56 pm
kasyah, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak disini…selalunya Ktom nampak kasyah kat blog Q..hhehehe…..
Ktom setuju amat dgn apa yg kasyah fikirkan tu….lalat2? Sapa yang suka dgn lalat? Pengotor dan pembawa penyakit kan?
Just my onecent….hehehe
abdfatah,haah…..dapat saguhati dan kita pun sukahati..hehehe
Labanon :
Date: May 30, 2007 @ 11:45 am
Ini memang kita tak boleh nak lari
Saya sering terima emel yang tidak berpuas hati terhadap saya.. well saya anti skim-skim cepat kaya ni.
Hehe namun jangan kita terus delete emel tu.. cuba reply dulu dengan fakta-fakta yang buat diorang makin naik angin heheh..
ktom :
Date: May 30, 2007 @ 9:54 pm
Bent, sori 1000x terlepas pandang komen you.,….adoiiii..apala Ktom ni..rasanya tak nyanyuk lagi nih..hehehehe
hmmm…blog motivasi ada ke yg bagi komen negatif tu Bent? Jika ada pun, org motivasi kan lebih penyabar dan positif orgnya…mana boleh mudah melenting kan?
Bent selalu cool ktom nampak..hehehe..
ktom :
Date: May 30, 2007 @ 9:56 pm
Labanon…hehehe awak ni suka provoke jugak ye….hmmm darah muda maklumlah…..
Cuti sekolah ni buat apa? Bilakah agaknya Ktom boleh jumpa Labanon ni ya?
raduan :
Date: June 1, 2007 @ 10:10 pm
Ktom..bagi saya… komen ibarat cermin ..kita memerlukan cermin untuk melihat kecacatan di muka kita..
ktom08 :
Date: June 1, 2007 @ 11:10 pm
raduan, betul tu. Ianya ibarat cermin, tapikan kadang2 tu biarpun pandang cermin tapi kita masih tak nampak jerawat2 halus kat muka kita….kena pakai mikroskop utk nampak. Sebab tulah bila pandang cermin, kita hendaklah lihat dengan lebih terperinci apa yang ada kat muka kita…jgn perasan kita lawa sedangkan yang melihatnya tidak.
Jadi berbalik kepada komen itu, adakalanya ia adalah sesuatu yg baik pada kita, kita telitikan.. adakah apa yang kita sampaikan itu tidak baik, apa yg kita tulis, adakah bahasa yg kita gunakan itu sopan atau jika semuanya itu tiada masalah maka org yg beri komen negatif tu lah yang tak betul…memang dia irihati kerana anda sudah berjaya menjana pendapatan dan menarik ramai trafik ke blog anda.
Terima kasih kerana sudi berkongsi di sini.
dik mal :
Date: June 6, 2007 @ 11:17 pm
kalau dikmal,
mula2 senyum, perlu di bidas secara positif, dan jika teguran itu membina, ambil lah sebagai nasihat.
biasalah tu, di sebalik 100 tangan yang menolak ke depan, ada 100 tangan juga yang menarik ke belakang
salam maju jaya