Kreativiti tanpa inspirasi……

1:48 am Penulis

Askm dan Salam Sejahtera

Semuga anda semua sihat sejahtera hendaknya…

Kreativiiti takkan ada selagi tak muncul inspirasi ” inilah kata-kata seorang adik yang mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Kreativiti ? Apakah ertinya ? Kreativiti selalunya dikaitkan dengan kebolehan seseorang yang menggunakan kemahiran yang ada dalam dirinya untuk di zahirkan diatas kertas dengan cara menulis atau melukis. 

Kreativiti juga boleh dikaitkan dengan bagaimana cara minda digunakan untuk berfikir. Jika seseorang itu dapat mengeluarkan idea yang bernas yang tak pernah terfikir oleh orang lain maka ideanya itu adalah idea yang kreatif.

Begitu juga jika seseorang itu dapat menulis puisi yang begitu puitis dan juga lagu yang begitu puitis maka dia adalah seorang yang kreatif.

Kreativiti takkan ada selagi tak muncul inspirasi. Apakah maksud di sebalik kata-kata itu? Ianya mempunyai maksud yang tersendiri. Ianya terlalu subjektif.

Bagi Ktom, kreativiti lahir dari kemahiran..kemahiran wujud apabila kita seringkali melakukannya. Biarpun berulang kali kita gagal, kita bangun kembali dengan semangat yang waja, berbekalkan ilmu yang baru untuk digunapakai bagi memperolehi sebuah kejayaan. Jatuh bangun itulah yang membuatkan kita mahir dalam sesuatu perkara.

Tetapi inspirasi juga memainkan peranan penting untuk memotivasikan diri kita. Inspirasi juga boleh datang dalam pelbagai bentuk samada melalui kata-kata semangat atau insan yang kita sayangi, rakan, sahabat, ahli keluarga, idola kita dan banyak lagi.  Ini bergantung kepada diri kita sendiri untuk menilai apa dan siapa.

Tanpa inspirasi kita tidak mampu untuk membuat sesuatu.  Bukan kerana kita lemah tetapi inilah hakikat kehidupan yang tak boleh kita nafikan.  Mungkin orang akan memandang rendah terhadap orang yang terlalu bergantung kepada punca inspirasi untuk bertindak dan berjaya. Tapi kebanyakan orang yang berjaya ada punca inspirasinya yang tersendiri.

Pada Ktom, anda yang sudi singgah di blog ini dan meninggalkan komen merupakan inspirasi kepada Ktom untuk meneruskan penulisan disini.  Setiap hari apabila masuk ke blog dan ada pengunjung yang menyapa serta memberi komen…hati rasa gembira, terharu dan bermacam-macam rasa lagi. 

Ktom sebenarnya baru bermula sebagai blogger. Tak pernah  terlintas dihati sebelum ini untuk menceburi bidang ini dengan andaian tak tahu, tak pandai dan takut.   Tetapi apabila memulakan langkah,  ada saja bantuan yang datang tanpa meminta balasan walau sesen pun, menjadikannya inspirasi kepada Ktom untuk meneruskan bidang ini walaupun bermula daripada zero

Disamping itu juga, disini kita boleh berbincang, bertukar-tukar pendapat disamping matlamat kita untuk menjana pendapatan. Biarpun kita tidak saling kenal mengenali dan tak pernah berjumpa secara bersemuka tetapi tali silaturahim ini kian tersimpul erat.

Untuk itu, sekali lagi Ktom mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang kerapkali  singgah disini untuk memberikan pendapat dan bertanya khabar. Bukan tak nak menyebut nama pengunjung setia tetapi tentu tuan empunya diri sudah sedia maklum dan apabila Ktom sebut…bimbang tak tersebut kesemua nama…nanti kecil hati pulak….

Anda merupakan inspirasi Ktom .  Terima kasih.

Ok setakat ini dulu. Jumpa lagi.

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
10 Responses
  1. baba :

    Date: May 5, 2007 @ 11:07 am

    Memang bagus kalau kita kreatif. Tetapi masalahnya kalau kita sentiasa mengharapkan bantuan dan handouts bagaimana nak pupuk kreativiti!

  2. ktom08 :

    Date: May 5, 2007 @ 4:19 pm

    En Baba, kalau sentiasa harapkan bantuan org umpama budak kecik yg perlu disuapkan tu macam mana nak ada kreativiti…nak pupuk pun susah sebab tak ada inisiatif langsung. Jadi utk menjadi kreatif kita kena peka dan bertindak.

  3. Baba :

    Date: May 5, 2007 @ 6:33 pm

    Orang Malasyia kurang kreatif. Semua harap kerajaan.

  4. kamparputra :

    Date: May 5, 2007 @ 10:17 pm

    kreativiti lahir dari kemahiran..kemahiran wujud apabila kita seringkali melakukannya. Biarpun berulang kali kita gagal, kita bangun kembali…….BETUL saya sangat setuju..dan juga kreativiti juga lahir kerana adanya minat tuh yang membuat kita kreatiff..dan sentiasa berfikir untuk maju ke hadapan

  5. Rizal :

    Date: May 5, 2007 @ 11:07 pm

    Kelebihan manusia adalah berfikir.. Kreativiti itu lahir kerana ada penerokaan dan pemerhatian. Jika xda penerokaan tidak akan jalan kretiviti itu pn sebab tiada input yg kita dapat..

    Ktom hasil xkan datang terus ia akan menyusur kemudian.. :D

  6. ktom08 :

    Date: May 6, 2007 @ 12:14 am

    En Baba, orang Malaysia kurang kreatif? Itu saya agak tidak setuju sbbnya kreativiti ni banyak cabangnya…tidak hanya kepada pandai buat itu dan ini sahaja tetapi ianya cukup luas definasinya. Hehehe…En Baba ni buat perception ya…
    Kreatif berfikir juga termasuk dalam kreativiti yg dimaksudkan. Di Malaysia ni kita hidup berbilang kaum, agama dan bangsa. Jika rakyatnya tidak kreatif, sudah pasti Malaysia tidak berada di tahap sebagaimana ianya berada pada hari ini.

    Tapi En Baba, menipu, menyamun, merompak tu kena ada kreativiti jugak…jika tidak takkan lah boleh merompak berkali2, boleh menipu berkali2….hehehehe…

    maparputra, betul tu..kreativiti mesti disertakan dgn minat..minat yang akan mendorong kita menjadi kreatif sebenarnya.

    Rizal, ktom setuju dgn pendapat Rizal tu..jika kita tak teroka, tak memerhati bagaimana kita nak dptkan input. Input yg kita dapat itu juga akan menjana kreativiti kita.

  7. shueqry :

    Date: May 6, 2007 @ 3:30 am

    asmkm, Kak Tom pekaba? shueqry here..

    Owh, saya tahu apa yang Kak Tom maksudkan dipermulaan artikel ni. Thanks, terharu sungguh bila membacanya :-) Its inspired me a lot. Teruskan menulis, kak tom.. sama-sama kita berkongsi ilmu..

    Bagi pendapat saya, kreativiti ada pada semua orang, cuma cara penggunaannya saja berbeza dan levelnya juga berbeza. Sedar tak sedar, kita menggunakan krativiti setiap hari. Bercakap pun sebenornye guna kreativiti, sebab nak ada “modal” untuk bercakap tu perlukan kreativiti.

    Pendapat Kak Tom ada pointnya. Selain inspirasi, kreativiti juga lahir dari kemahiran, kerana kemahiran tu merupakan “input” bagi Minda untuk mengeluarkan “ouput” berupa idea-idea liar, kreatif dan “gila-gila”.. contohnya, memasak.

    Memasak adalah satu kemahiran, dengan kemahiran sedia ada, tuka sikit resepi yang selalu digunakan akan munculla resepi baru dengan rasa baru, walaupun setakat cuba-cuba. Ini saya tahu bila baca buku Chef Wan.

    Menulis juga satu kemahiran, sama juga dengan berenang, berucap, layout blog, teknikal blog, menulis eBook mahupun menulis surat cinta! Kemahiran yang ada diubah sedikit atau “dilainkan’ sedikit, itulah namanya kreativiti.

    Orang cemerlang, sangat kreatif. Lihat saja pada irfan khairi, Dr Mahathir, Bill gates mahupun dua billionaire muda pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin. Mereka ni semua kreatif. Untuk berubah ke arah kecemerlangan, be creative.

    Aiseh, tak sedar dah panjang lak..

    anyway, thanks kak tom, artikel dari kak tom ni banyak memberi semangat pada diri saya.

    tq :-).

    shueqry

  8. ktom :

    Date: May 6, 2007 @ 10:01 pm

    Shuq, ktom baik aje….terima kasih kerana sudi berkongsi disini…perkongsian sebeginilah yang diharapkan untuk menjana minda supaya minda sentiasa diberi makanan yang secukupnya.

    Teriam kasih kepada En Baba,kamparputra, rizal dan shuq yang sudi berkongsi pendapat disini. Semoga apa yang kita bincangkan ini memberi manafaat kepada semua yang sengaja singgah atau tersengaja singgah disini.

    Shuq, lain kali tulis panjang2 lagi ya…hehehehe

    En Baba, harap anda akan terus memberikan idea2 dan jgn lupa singgah disini.

  9. azwanhadzree :

    Date: May 9, 2007 @ 12:17 am

    Ingat tak masa kecik2, kalau kita nak sesuatu dari mummy and daddy kita akan cuba pelbagai cara. Itu dinamakan kreativiti. Tapi bila dah makin dewasa, kita takut untuk mencuba. Kita takut idea kita tak diterima. Takut di kutuk, takut diejek. Dan bila ini berlaku, kita telah membunuh kreativiti yg telah sedia ada dalam diri kita.

    Inspirasi memainkan peranan tapi ia mesti datang dari diri sendiri.

  10. ktom :

    Date: May 9, 2007 @ 11:28 pm

    Wan, masa kecik2 dulu bila nak apa2…merajuk ler, buat muka…last2 dpt..hehehehe..

    Ya, kreativiti memang dah sedia ada dlm diri kita, cuma kita perlu jana kreativiti supaya tidak mudah dibunuh oleh ketakutan ataupun fikiran negatif kita.

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.