Luahan hati
April 16, 2007 12:15 am PenulisAskm dan Selamat Sejahtera semua…
Harap kalian semua sihat walafiat. Ktom disini cam biasa je……
Hari ini selepas habis kerja, masa banyak dihabiskan dengan melawat blog2 di MyBlogLog. Oh terasa terlalu kerdil diri ini…terlalu byk perkara yang perlu diketahui dan dipelajari tentang memblog ni. Sebelum ni Ktom tak tahu berblog …langsung tak tahu…( nasib baik ada ebook Panduan Asas Membina Blog Wordpress) Yg Ktom tahu ialah cari artikel kat internet untuk rujukan semasa buat assignment dan cari informasi semasa sehinggalah satu hari terjumpa dengan laman web Dr Irfan yang menceritakan tentang perniagaan internet.
Bermula dari situlah Ktom cuba cari apa sahaja tulisan tentang perniagaan internet. Nak berniagalah kononnya…nak jual produk secara offline tak reti….join direct selling, jual barang org tak bayar..diam. Modal entah kemana, untung jarang2 nampak atau tak nampak terus. Hehehe..:)
Jadi bila dapat maklumat bahawa kat internet ni boleh juga berniaga…cari ler bagaimana caranya….tp setakat ini cuma 15% yang Ktom tahu…selebihnya 0. Rupanya bukan senang untuk berada dlm bidang ini jika kita tiada ilmu dan masih baru.
Tertanya2 pada diri….cam mana nak tahu dan mahir dlm semua tu?
Bukan keuntungan perniagaan yg dicari pada waktu ini tetapi ilmu dan kemahiran menjadi tuntutan.
Tak apa…….ini perkara biasa….sesuatu kejayaan itu tidak akan datang dalam sekelip mata tetapi dari himpunan kegagalan yg kita hadapi…….bak kata pepatah belajar satu huruf setiap hari, lama2 boleh membaca lah tu.
Wasalam





















cikgu azleen :
Date: April 16, 2007 @ 7:57 am
Sebut tentang belajar ni Ktom, lain orang lain speednya.. Ada orang belajar terus boleh pakai gear 5, ada ornag belajar kene masuk gear 1.. Yang pentingnya, kita belajar perkara baru setiap hari.. Dan kita juga tak boleh jemu untuk mencari ilmu..
azizmansor :
Date: April 16, 2007 @ 12:22 pm
ye betul tu ktom. yg penting adlh istiqomah. tapi, saya tgk blog ktom ni ngancam jugak. ramai jugak kat luar sana yg tak tahu memblog ktom. saya pun sama2 blaja jugak ni… byk lagi benda tak tau…
arm :
Date: April 16, 2007 @ 3:24 pm
dah terror la sampai 15%… am baru sampai 4% maklumla pakai basikal budak jer…
Azahari :
Date: April 17, 2007 @ 8:11 am
Saya pun masih belajar lagi pasal perniagaan terutama perniagaan internet.Saya pun malu nak jual barang kat orang ni.Kalau jual di internet ni ok sangat-sangat sebab kita tak jumpa pun orang,lepas tu bayaran kita terima online..kalau diorang bayar, kita bagi barang.
Seronok niaga di internet ni..tak payah nak bukak kedai..modal pun kecik aje.. :)Selamat berjaya kak tom
ktom :
Date: April 17, 2007 @ 4:49 pm
Aksm…
Cikgu, best nyer kalau boleh terus ke gear 5..tp bila berlaku kemalangan…nanya…parahhh…:) kalau gear 1 tu tak pe…biar lambat asalkan selamat…tp kalau lambat mcm kura2 dan menyusahkan org pun tak nak juga kan…
Terima kasih satas sokongan itu…insyaallah setakat ni semangat ingin tahu dan belajar tu masih membara….TQ
Azizmansor, perli ka?:)
Arm…perli Ktom juga ya….(gurau je). Blog Arm dan Aziz memang best…kalian memang dah ada pengalaman…Ktom ni budak yg betul2 baru belajar…gear satu pulak tu. Hehehehe…
Azahari…Ktom ni nak maintain blog pun kena belajar lagi..apatah lagi nak belajar ttg ilmu perniagaan…..Jalanlah dulu, Ktom ikut dr belakang…( gear satu dulu ). Best blog Azahari., byk informasi ttg perisian…percuma pulak tu. Memang seronok perniagaan internet ni…kos keseluruhan sikit je..itulah salah satu kelebihannya kan?…