Luka ditangan berdarah merah, luka di hati siapa yang tahu……
May 21, 2007 12:07 am PenulisAssalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.
Semoga anda sihat sejahtera hendaknya.
” Luka ditangan berdarah merah, luka di hati siapa yang tahu “
Sebuah perumpamaan yang seringkali kita baca dan kita dengar. Kelukaan di hati adalah bukan satu perkara yang senang untuk diubati. Jika luka di tangan kita boleh nampak, kita boleh jumpa doktor untuk dapatkan rawatan, boleh makan ubat dan boleh sapu krim untuk menghilangkan parutnya. Tapi luka di hati…tak ada siapa yang tahu biar sepedih mana sekali pun..namun ianya tersimpul mati dihati kita. Kita yang merasakan pedihnya, kitalah juga yang merasakan peritnya. Namun ianya tidak akan terzahir dengan kata-kata.
Kelukaan yang lahir bersama kekecewaan hanya akan dapat dizahirkan oleh airmata kerana airmata adalah teman setia dan airmata jugalah yang dapat melegakan segala kelukaan walaupun untuk seketika. Namun parut yang tertinggal akibat kelukaan akan kekal. Parut ini seolah-olah bertujuan melindungi kita daripada dilukai lagi. Hati kita akan menjadi keras dan kebal terhadap orang yang pernah melukai hati kita.
Emosi yang luka kadangkala boleh menjadi parah. Tiada siapa pun dapat menembusinya kecuali diri sendiri. Begitulah hebatnya peranan emosi terhadap diri seseorang. Sesiapa yang membiarkan emosi luka terus mengawal maka dia bukan sahaja memisahkan dirinya daripada orang lain bahkan daripada dirinya yang sebenar.
Jadi, nak buang parut emosi luka yang lama, kita sendiri yang perlu melakukan ” pembedahan ” untuk membaikpulihkannya. Kita perlu jadi pakar bedah sendiri untuk menyembuhkannya supaya pembedahan tersebut berupaya memberi perubahan kepada imej, wajah yang ceria dan harmoni, tenaga baru untuk menghadapi kehidupan, ketenangan dan paling penting kita berasa sihat.
Hehehe…boleh faham ke? Ktom pun turut beremosi menggunakan ayat-ayat beremosional ini.:)
Selain dari itu macamana kita nak hapuskan terus luka emosi lama ini? Boleh ke? Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tapi kata seorang kawan….perkara emosi ini , berkaitan dengan hati dan perasaan. Ianya terlalu sukar untuk ditangani jika tiada kekuatan mental dan keazaman yang berterusan.
Ada sesetengah daripada kita cuba melupakannya dengan berbagai cara tapi ternyata gagal dan tidak dapat menyembuhkan kelukaan itu dengan berkesan. Namun begitu..berusahalah lagi secara berterusan. Kuatkan semangat dan sentiasa berusaha untuk melakukan sesuatu secara positif. Insyaallah, anda pasti dapat melakukannya.
Sekian, jumpa lagi.
Wasalam





















fahmi :
Date: May 21, 2007 @ 1:26 am
Kelukaan yang lahir bersama kekecewaan menyebabkan parut dihati memang sukar diubati. Saya rasa setiap yang bergelar insan mempunyai parut di hati. Bagaimana mereka mengubatinya menyebabkan parut itu hilang.
ktom :
Date: May 21, 2007 @ 12:23 pm
Mengubati dan menyembuhkan parut luka dihati amat sukar tetapi ianya menjadi mudah jika kita redha bahawa segalanya adalah kehendak illahi. Pun jua masa turut dapat memainkan peranan penting untuk kita melupakan kekecewaan yang kita alami biarpun tak dapat hilangkan parut tersebut tetapi memudarkannya sudah cukup baik.
Beristighfar dan sentiasa berdoa supaya hati kembali menjadi tenang. Berkata-kata tidak semudah apa yang harus dilakukan namun anda kena cuba dan terus mencuba, Insyaallah.
Baba :
Date: May 21, 2007 @ 10:27 pm
Masa sahaja yang dapat mengubati luka itu…..
ktom08 :
Date: May 22, 2007 @ 12:22 pm
Baba, memang masa yang dapat mengubatinya namun…..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Bent :
Date: May 22, 2007 @ 6:34 pm
Saya memang pernah juga mengalami luka di hati dan meninggalkan parut..tapi itu kisah beberapa tahun yang lalu..sekarang dah lupakan kannya..tapi memang betul parut yang hilang tu kadang-kadang boleh datang kembali dengan sendirinya..lebih-lebih lagi bila kita dalam tekanan dan juga kesunyian..memang susah nak sembuh sepenuhnya..
ktom :
Date: May 22, 2007 @ 9:03 pm
Bent, terluka dan melukai tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia. Bila terluka, ianya akan meninggalkan satu perasaan yg sukar utk kita lafazkan dengan kata-kata2. Tetapi ada ketikanya kita juga turut melukai hati dan perasaan org lain tp adakah sama perasaan yg kita alami. Tentu tidak bukan? Dengan melukai perasaan org lain kita mungkin merasa puas hati sebab kita sudah luahkan apa yg ingin kita luahkan samaada dgn perkataan mahupun perbuatan. Kita rasa kita sudah menang. Kita rasa kita sudah berkuasa,hebat dan sebagainya tanpa kita ada rasa dan keinginan utk marasai apa yg orang akan rasa daripada perbuatan kita itu.
Oleh itu utk kebaikan bersama, cuba jgn sakiti hati org lain, jgn pertuturan dan tanamkan empati dlm diri supaya kita akan merasa tenang dan org juga tidak akan mudah kecil hati dgn kita.
Ini adalah utk tidak meninggalkan parut atau mendapat parut kelukaan. TQ
p/s hey apasal lama tak update blog tu? tak sihat lagi ke?
Let me hv yr email address pls.
Bent :
Date: May 22, 2007 @ 10:09 pm
Ada masalah sikit dgn streamyx ni..ni buat kat cc jer..rasa tak selesa pula bila biasa update blog kat umah..anyway you can contact me at bentdaniell[@]gmail.com thanks for that
peace.
azwanhadzree :
Date: May 22, 2007 @ 11:20 pm
Mudah aje - lupakan! nak atau tak nak aje. Kalau kita sedia untuk memaafkan lebih mudah. Maafkan semuanya walaupun hati kita terguris, at least beban nak menanggung luka tu hilang
ktom08 :
Date: May 23, 2007 @ 12:37 am
Mudah ke Wan? Memaafkan tidak semudah yang diucapkan…hehehe..pendendam ke Ktom ni? Tak adalah…bukan tidak boleh memaafkan tapi kadang2 tu kita perlukan masa dan buka minda kita kearah yang lebih positif. Dan Ktom setuju bahawa bebanan itu akan hilan dgn kemaafan.
azwanhadzree :
Date: May 23, 2007 @ 6:01 pm
Memang betul kekadang tu memang susah… tapi kena start somewhere.
ktom08 :
Date: May 24, 2007 @ 11:19 am
Anda memang betul Wan….somewhere??????????
azwanhadzree :
Date: May 27, 2007 @ 11:32 am
yg penting ialah langkah pertama kan
ktom08 :
Date: May 27, 2007 @ 3:49 pm
Yup…segalanya bermula di sini………..