Mengapa orang mengumpat?

12:31 am Penulis

Askm dan Selamat Sejahtera.

Ok hari ni kita sambung lagi bab-bab mengumpat ni.

Aduhai Ktom……apahal asyik dok tulis topik mengumpat ni? Mana tips perniagaan internet atau tips ebook?

Adik2, abang2, kakak2, pakcik makcik…boring ke baca topik ni? :)

Sebenarnya Ktom nak share apa yang Ktom tahu…at least boleh menyedarkan kita dan diri Ktom sendiri tentang apa yang kadang-kadang kita tak peka atau kita tak sedar tentang apa yang kita lakukan tu..

Ok berbalik kepada topik kita tu. Mengapa orang mengumpat?

” He..he..he memang best ler mengumpat ni ” kata seorang teman sambil ketawa. Tapi Ktom tahu dia main2 jer cakap macam tu.

Antara sebab mengapa orang mengumpat adalah:-

1.  Kepuasan

Nak melepaskan kemarahannya terhadap sesuatu pihak.  Dia akan merasa puas bila dapat menceritakan keburukan orang yang marahinya.

2.  Pak turut

Kadang2 ada yang terikut2 dengan orang lain. Mungkin ia merasakan jika dia tidak turut serta mengumpat dia akan dipencilkan oleh kawan2.

3.  Anggap diri hebat

Dengan memperkecilkan orang lain, dia anggap dirinya lebih baik daripada orang yang diumpatnya itu.

4.  Perasaan dengki

Rasa dengki dan iri hati terhadap satu pihak dan dengan mengumpat dia mengharapkan dapat melenyapkan kenikmatan yang ada pada orang itu.

5.  Perbuatan sengaja

Sengaja menghadirkan diri dalam majlis yang dia tahu bahawa majlis tersebut akan cenderung menjadi majlis kata mengata, dimana apabila disebut pelbagai keburukan dan keaiban orang lain , maka tindakan itu akan disambut dengan gelak ketawa.

6.  Takbur

Dengan mengejek dan menghina orang lain dia akan memandang orang lain semuanya rendah, hina, bodoh dan jahil.

Itu adalah antara sebab kenapa orang jadi pengumpat.  Kadang2 bila ditanya kenapa suka mengumpat, ada yang menjawab ” dia yang menyebabkan orang bercakap mengenai dia.  Kalau dia tak buat macam tu, takkan lah kita nak mengumpat hal dia “. Tapi Ktom rasa tak ramai yg suka mengumpat ni kan?

Ok..setakat ini dulu. Esok kita sambung lagi dengan tips untuk mengelakkan diri daripada diumpat.

  

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
5 Responses
  1. alongovtx :

    Date: April 14, 2007 @ 1:12 am

    ktom,cerita yang tak abis sampai esok dan selamanya…mengumpat.Panjang ceritanya…hehe..

  2. Amir :

    Date: April 14, 2007 @ 11:02 am

    As’kum ktom, nice blog, seperti kita ketahui mengumpat tu berdosa besar, so pd mereka yg kaki mengumpat hentikanlah kerja2 terkutuk tu..

  3. zahiramli :

    Date: April 14, 2007 @ 1:36 pm

    Insaflah para pengumpat. kadang2 umpat ini dah jadi hobby

  4. princeq :

    Date: April 14, 2007 @ 2:05 pm

    Hehe..Tapi Q suke gak dok mengumpat ni! Hahaa.. :P

    p/s Tapi Q tak pernah laa dok ngata orang sana sini..Tak baik woo! :mrgreen:

  5. ktom :

    Date: April 14, 2007 @ 4:38 pm

    Along..memang tak habis pun selagi ianya nama manusia..

    Amir,ya memang berdosa besar, lebih besar dr berzina…nak hentikan! boleh ke? Bab mengumpat ni akan bersambung lagi nanti..tunggu…hehehhe

    zahiramli…harapnya begitulah…kadang2 tu kita tak terperasan itu merupakan satu umpatan. Jom sama2 kita insaf.

    Q, eeiii…awak suka mengumpat ya?

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.