Nostlagia Hariraya

2:07 pm Penulis

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua?  Antara sedar atau tidak kita sudah pun berada dalam hari kesepuluh terakhir bulan Ramadan yang mulia ini.  Harapnya kita dapat sama2 lebihkan ibadah kita semuga mendapat ganjaran dan rahmat Allah yang berganda insyaallah.  Dan tak lama lagi hariraya Puasa akan menjelma menandakan berakhirnya Ramadan yang mulia ini.

Maaf kerana sudah begitu lama tidak menulis di sini.  Masa terluang amat terhad sekali membataskan keinginan untuk menulis namun bila dah banyak hari tak menulis ni rasa macam banyak sangat yang nak dikongsikan dengan anda sehinggakan dah tak tahu nak tulis topik yang mana harus didahulukan.  Lebih2 lagi Ktom rasa bersalah kepada pengunjung blog Ktom kerana tiada hidangan disediakan buat beberapa hari ini.  Sekali lagi Ktom mohon maaf.

Kita sudah menghampiri bulan Syawal dan antara malam2 yang kesepuluh ini merupakan malam Laitalul Qadar dan diharap agar kita semua mengandakan lagi amalan supaya ganjaran dari Allah yang tidak terbanding itu menjadi milik kita insyaallah.

Ok…ktom bukan nak bercerita tentang malam Lailatul Qadar tetapi tentang nostalgia Hariraya berkaitan dengan lagu2 raya.

Bagi yang bertugas jauh dari kampung, Ktom percaya anda akan mengambil kesempatan pulang bercuti untuk berhariraya bersama keluarga tetapi ada juga yang terpaksa beraya diperantauan. Apa daya, mungkin kerana tugas ataupun mungkin di kampung halaman sudah tidak ada siapa2 lagi namun jangan risau, sahabat handai kan ada, begitu juga dengan jiran2.  Pasti hariraya anda juga meriah biarpun berada di perantauan.

Ahaaa….Ktom harap anda dapat mengembalikan nostlagia anda dengan mendengar lagu ini………………balik kampung

[youtube]K45XOp8G6cY[/youtube]

Di dalam radio, di pasaraya, dalam kereta dan di mana saja akan kedengaran lagu hariraya.  Kadang2 rasa sayu je bila dengar lagu raya ni.  Terimbau kenangan lama…..hehehe masa muda2 dulu dan masa kecil2 dulu.  Bila dengar lagu raya mesti seronok sangat sebab boleh pakai baju baru, dapat duit raya dan boleh pergi berjalan2.

Antara lagu2 yang menjadi kegemaran Ktom..masa muda dulu ler….ialah lagu raya dendangan Rahimah Rahim.  Sehingga kini lagu ini masih segar di mainkan dimana2 sahaja dan amat sedap didengar berbanding dengan lagu raya yang baru.  Lagu lama lebih menyentuh jiwa dan berkesan di kalbu.  Tak tau lah kenapa lagu2 raya era 90an ni tak sikit pun dapat menarik hati.  Itu pendapat dan pandangan Ktom ler…mungkin anda yang muda2 lebih mengemari lagu2 raya yang baru. 

Anda hayati dan layan lah sendiri lagu Rahimah Rahim ini……

[youtube]1blBxrQnMiI[/youtube]

Tetapi ada sebuah lagu dendangan Aishah yang dicipta pada tahun 80an (betulkan jika Ktom salah ok ).  Lagu ni best sangat lebih2 lagi bagi orang yang sedang berduka lara.  ini dia lagu tersebut.  Semoga anda terhibur dengan lagu2 raya yang Ktom sajikan untuk anda ini ok. Hehehe macam DJ radio pulak… ( jangan marah Abang Em R ya )

[youtube]6bd6TKbXvVI[/youtube]

Ktom pasti anda juga ada lagu2 kegemaran sendiri dan ada nostalgia sendiri berkenaan dengan hariraya. Jadi..jom kongsikan disini supaya perkongsian disini dapat menghiburkan hati yang lara.

Sekian, jumpa lagi.

Wasalam

  

  

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
18 Responses
  1. azk :

    Date: October 3, 2007 @ 9:45 am

    ktom dak balik kampung ke atau ktom manmang dah duduk kampung

    saya esok nak balik

    www.enai10.com
    free submit link directory

  2. zuhairy :

    Date: October 4, 2007 @ 2:39 am

    dengar lagu evergreen memang menikam kalbu betul la..dalam banyak2 lagu raya, yang paling saya duka lagu “dendang perantau”…sedap didengar :-)

  3. ktom08 :

    Date: October 4, 2007 @ 11:33 pm

    Azk,
    Selamat balik kampung. Kampung kat mana ek? Jika memandu, pandu dgn berhati2 dan berhemah ok.

    Ktom beraya kat rumah je. Kat kampung dah takde sapa2 lagi ler..

  4. ktom08 :

    Date: October 4, 2007 @ 11:36 pm

    zuhairy,
    Memang lagu Dendang Perantau tu best sangat…tapi kan bagi Ktom semua lagu2 raya yg dulu2 tu best…lagu yg sekarang ni bila gubahan tu terlalu kontemporari jadi tak best pulak. Satu lagi lagu yang best Musafir di Aidilfitri…

  5. abdfatah :

    Date: October 5, 2007 @ 12:55 am

    diari hari raya ktom ke nih? nostalgia memang nostalgia… ohohooo selamat hari raya…

  6. zool :

    Date: October 5, 2007 @ 11:05 am

    Wah tajuk samalah..
    takpe2 masing2 punya cara tersendiri..
    Saya punya lagu feveret dah beritau kat http://ligakampung.com/blog/2007/10/03/lagu-raya/

  7. zool :

    Date: October 5, 2007 @ 10:41 pm

    Lagu Sudirman tu memang paling best..
    Balik Kampung.. Ho ho ho balik kampung.. Hati riang…
    He he he..
    tapi bagi orang yang tinggal jauh dan balik kampung lagi rasa feel dia

  8. azwan :

    Date: October 6, 2007 @ 1:03 pm

    wooo! mood raya nampak :)

  9. ktom :

    Date: October 6, 2007 @ 10:20 pm

    abdfatah,
    Bukan diary tapi antara koleksi lagu kegemaran hamba…….tuan hamba sila lah dtg rumah pada hariraya nanti. abdfatah emailkan no hp pd ktom ok….

    zool,
    Kebetulan tu…masing2 dok fikir hal raya, terkeluarlah post yg lebih kurang sama….hehehe…

    Baju raya berapa pasang zool?

  10. ktom :

    Date: October 6, 2007 @ 10:23 pm

    Memang best lagu Sudirman tu zool. Budak2 pun suka sangat dgn lagu tu sampai anak Ktom pun selalu nyanyi Ba…lik kampungggggg….ohohohoo baaalikkk kampungggg..ohohoho baaalik kampunggggg…hatiiii giranggggg

    Haah Wan, dah mood raya nampaknya nih….:) Bila dapat baby baru?

  11. ali sihatsokmo :

    Date: October 8, 2007 @ 11:58 pm

    Sejak kecik lagi suka lagu Anuar & Ellina; Suasana Hari Raya….”wajik & dodol, jangan lupakan…peninggalan nenek zaman berzaman…asyik bersembang, pakcik & makcik hai duit raya lupa nak diberi…”

    selamat hari raya ktom,berhati2 di jlnraya/lebuhraya di mana jua anda beraya jgn sampai terlanggar balairaya, maaf zahir batin

  12. ktom08 :

    Date: October 9, 2007 @ 12:18 am

    Hhahhaahaha…kelakar jugak awak ya Li? Selamat Hariraya…Maaf zahir dan batin…raya kat mana Li?

  13. azwan :

    Date: October 9, 2007 @ 12:17 pm

    Bulan depan insya Allah

  14. ktom :

    Date: October 10, 2007 @ 8:53 pm

    Semoga dia selamat melahirkan dan baby pun sihat. Mudah2an semakin bertambah rezeki dan kebahgiaan Wan, insyaallah

  15. akhir puasa ramadhan,hari raya aidilfitri, biskut raya 2007 :

    Date: October 12, 2007 @ 9:00 am

    […] jom nostalgia hari raya? […]

  16. arejae :

    Date: October 12, 2007 @ 12:04 pm

    Selamat hari raya kak tom dan rakan2 pembaca sekalian.
    hamba beraya di perantauan ini tahun. ehehe..turn beraya kat rumah wife plak raya nie.
    so..seroh ko kak tom denge abd fatah lar pasal urusan org-org kelantam ini tahun. :)

  17. Malaysian Blogger Rss Feed » Blog Archive » akhir puasa dan raya sakan :

    Date: October 12, 2007 @ 5:13 pm

    […] jom nostalgia hari raya? […]

  18. azwan :

    Date: October 13, 2007 @ 5:56 pm

    Selamat Hari Raya Ktom, saya minta maaf .. zahir dan batin kalau ada tersalah dan tersilap selama ni :)

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.