Pit…pit…pit oh Mat Rempit
June 26, 2007 12:02 am PenulisAskm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.
Apa khabar anda semua? Semoga sentiasa dalam keceriaan dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Maaf sudah beberapa hari tidak dapat menulis dan postkan sesuatu yang baru. Ktom terpaksa menghadiri seminar kat Shah Alam. Baru malam tadi balik. Penatnyaaaaaaaaaa.
Baiklah, hari ini mari kita kongsikan sesuatu yang bukan baru bagi kita semua tetapi masih tidak dapat dibendung.
Sejak akhir2 ini isu mat rempit bukan lagi isu yg bukan boleh dipandang sebelah mata. Ianya sudah menjadi semakin kritikal dan perlu kepada campurtangan pelbagai pihak termasuklah ibubapa dan kerajaan.
Merempit sudah menjadi budaya segolongan remaja Melayu yang ghairah untuk menunjukkan kehebatan masing2 di jalanraya tanpa mengira jalan yg sempit atau di jalan yg luas yang mengundang bahaya kepada diri sendiri dan masyarakat. Kenapa saya kata masyarakat..dan bukannya pengguna jalan raya ? Sebabnya orang yang berada ditepi jalan pun boleh menerima padah akibat keasyikan rempitan mat rempit.
Siapakah majoriti golongan mereka? Apa masalah mereka ? Kenapa mereka merempit? Siapa yg perlu dipertanggungjawabkan dalam soal ini? Berbagai persoalan yang masih buntu utk dicari jalan penyelesaiannya.
Siapakah majoriti yg terlibat dalam sikap dan tingkah laku yg amat bertentangan dengan rukun negara yg kelima iaitu KESOPANAN DAN KESUSILAAN ini?
Malu rasanya untuk mengaku bahawa majoriti yg terlibat adalah bangsa Melayu yg cukup sinonim dengan agama Islam. Bangsa Melayu yg cukup dikenali dengan bangsa yang beradap dan bersusila. Kenapa jadi begini? Apakah faktor globalisasi atau dunia tanpa sempadan dan teknologi yg begitu berkembang pesat telah mengakibatkan mereka jadi begitu rakus memperjudikan nyawa mereka di jalan raya? Bukan kah ianya sesuatu yg amat bertentangan dengan adat dan agama yg dianuti iaitu agama Islam?
Kenapa remaja ini sudah seperti tiada pedoman hidup sedangkan sebagai manusia tuhan telah mengurniakan akal untuk membuat pertimbangan berbanding dengan binatang yg tak punya akal dan fikiran sedangkan bila kita perhatikan ” kambing pun takkan melintas jalanraya jika dirasakan jalan itu sibuk atau sebagainya. Itu binatang. Yg tak punya akal dan fikiran. Inikan pula manusia yg diberi akal bagi membezakan antara yg buruk dgn yg baik.
Pernah pada satu hari seorang rakan yg berbangsa India mempersoalkan kenapa remaja Melayu majoritinya yg terlibat..tidak India, tidak Cina, tidak Siam, tidak bangsa2 lain yg terdapat di Malaysia ini. Kenapa remaja yg cukup sinonim dgn ajaran yang baik berpandukan AlQuran boleh terjebak dgn perkara2 yg amat bertentangan sekali dgn ajaran agama mereka. Begitu tersentak dan kelu untuk menjawab dan merasa amat malu dan rasa tercabar bila persoalan itu dipersoalkan. Tapi apa nak buat…itu adalah satu realiti yg harus ditelan….Telan je..boleh habis ke kalau main telan je? hehehe….
Jangan ditanya apa nak buat? Fikir2kan lah….
Siapa yg bertanggung jawab dalam soal ini? Spesies merempit dan ibubapanya lah yang nombor satu harus dipertanggungjawabkan. Nombor duanya baru kerajaan dan masyarakat. Tapi bab masyarakat ni…boleh ke mereka dipertanggungjawabkan….kalau nak suruh mereka menegur…silap2 haribulan mereka dan keluarga mereka yg akan menanggung akibat…bukan sahaja kenderaan mereka yg akan dirosakkan tetapi mereka mungkin dibelasah oleh spesies2 ini tanpa rasa simpati.
Kenapa ibubapa menjadi org nombor satu yg harus dipersalahkan? Sebab mereka adalah org yg dipertanggungjawabkan untuk mendidik, menjaga, mengawal dan memantau anak2 mereka yg termasuk dalam spesies merempit ni.
Anak nak motor beli motor, anak nak duit ..beri duit…anak nak apa pun di beri… SAYANGGGGGG……kononnnnn…
Anak ubahsuai motor …mereka bangga….anak keluar dgn kawan2….mereka galakkan…..belajar bersosial lah kononnya……tapi mereka tahu ke anak mereka kemana? Siapa kawan mereka? Apa yg anak mereka buat? Tahu ke mereka? Kenapa dibiarkan darah daging sendiri hidup tanpa disiplin….nak keluar jam berapa, nak balik jam berapa, sembahyang ke tidak….semuanya tidak mereka kisahkan…itu tak penting…anak2 dah remaja…pandai2lah dia menjaga diri…
Oooo….macam tu rupanya pandangan mereka…..Beri kebebasan biar kena pada tempatnya…beri didikan biarlah berlandaskan agama…..dekati mereka…tahu masalah mereka…pantau mereka dan beri mereka nasihat. Bukan ke sebagai ibubapa kita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak2 kita?
Bila dah bagi duit keperluan atau dah beli motor pada anak2..kiranya dah cukup bertanggungjawab lah tu…Haiyaaaaaaa……..banyak lagi oooooooo……tanggungjawab kita……jgn permudahkan segalanya sehingga bangsa terus pincang dan terus ME…..LAYU….
Maaflah, tulisan kali ini agak keras sedikit. Bukannya apa dah lah kita penat baru balik malam tadi, nak tidur nyenyak tak boleh sebab bunyi deruman motor mereka tu…eeiii..betul2 geram dibuatnya ( hehehe rumah ktom tepi jalan besar dan jalan ni merupakan laluan kegemaran mat rempit ni untuk jadikan medan rempitan mereka).
Hehehe…pi lah buatlah rumah dalam hutan baru ler tenang, tak bising …( Weyyy…jika tak terkena pada diri sendiri tak rasa, dah kena tahu ler rasanya…wakakakaka )
Ok. sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman, jom kita kongsikan sama2 disini.
Sekian, jumpa lagi.
Wasalam.






















kaSyah :
Date: June 26, 2007 @ 7:58 pm
Rempit….mat rempit. isu yg sentiasa berulang sampai sy bosan .
Kisah saya dulu..opppsss.
Dulu masa cuti panjang, saya lepak kat umah sedara dan memang join mat2 rempit ni…huhu.
Dorang ni memang ada beberapa org yg terrer modified motor..haha…motor saya masa tu pun jadi bahan…memang laju…memang seronok…darah muda.
kami akan keluar malam2. biasanya dalam pukul 10-11 ke ats…. malam aktiviti untuk lumba drag atau pun tunjuk skill. selalu kitorang berkumpul di pam minyak kumpul ramai2 sebelum berkonvoi malam2. selalu naik kl atau pergi kolam air panas. hujung minggu kekadang buat trip ke pantai cam pd.
so far sepanjang saya tgk dorang ni, mereka ni kurang perhatian mak bapak dan kawasan rumah yg sempit buatkan mereka senang keluar dan berjumpa kawan.
mak bapak percaya sangat dan dorang ni memang pandai buat muka baik depan mak bapak ..hehe.
saya rasa kurangnya aktivit lain yg dorang boleh buat atau dorang minat menyebabkan gejala mat rempit still satu isu.
-merempit kerana bosan-
ktom :
Date: June 26, 2007 @ 10:35 pm
Askm Kasyah, dah sihat ke? Makan sup belut byk2, nanti luka kat perut tu cepat sembuh ok.
Hehehe Kasyah, rupanya ada spesies cam tu kat sini ya? Tak de jgn marah Ktom gurau je….
Anyway, at least apa yg kasyah ceritakan ni boleh menyedarkan ibubapa sebab musabab anaknya merempit dan akan lebihpeka dgn kegiatan anaknya. Lebih2 lagi jika kedengaran bunyi motor tu ada kelainan, maknanya motor tu di “modifiedkan”.
Darah muda tu memang biasa kasyah tp jgn menyusahkan org lain.
Ooo…rupanya diorang tension kat rumah ya?
adila :
Date: June 27, 2007 @ 10:17 am
banyak gak tengok pasal aksi mat rempit yang hebat2 dan mautkan diri tu kay youtube. tapi yangseronoknya bila dengar ceramah ustaz akil hayyy pasal mat rempit ni…lagu dia relaku rempit tu yangbestnya…kelakarpun ada..
kekadang dan selalunya aksi2 mereka menyusahkan dan memautkan orang lain…tu yang buat kurang setuju sangat tu…
darah muda..memang best bawak motor laju2 nih
pengalaman masa belajar dulu…bawak motor gi kampus…seronok…tapi bila dikenang kembali…Syukur aku masih dipanjangkan umur untuk menghirup udara segar dan menghayati indhnya kehidupan ini..
p/s-dah tau pasal kempen doa 2julai ni?
jom sama-sama menyebar dan ertainya.
http://www.shahdila.com/
azwanhadzree :
Date: June 27, 2007 @ 5:28 pm
Saya ta pernah merempit. Tak thrill lah merempit ni. Banyak benda lain yang boleh dibuat. Ia sebenarnya terletak pada diri sendiri. Pilihan di tangan kita. I was discussing with my friends the other day. Dia kata “memang betul apa yang Ust2 pernah kata yg miskin/susah lebih hampir kepada kekufuran”
Mungkin sebab itu, kalau dilihat pada kekayaan yg dipegang oleh orang melayu pun, byk mana sangat. Kalau kaya terlalu kaya pun anak2 diabaikan, maid yang jaga.
RM2 mana?
Nampak ok semula blog ni.
pak uda :
Date: June 27, 2007 @ 5:57 pm
waah isu mat rempit dah jadi isu yang menakutkan sebenarnya apabila diaorang dikaitkan dengan kes ragut,rogol,pecah rumah dan benda2 yang @$%^$ … doa2 lah supaya kita dijauhkan dari masaalh yang tiada kesudahan ini.
kaSyah :
Date: June 28, 2007 @ 10:52 am
wslm….
hehe…takde apa. tu semua masa zaman muda dan terikut-ikut sikit dgn member. sekarang tidak lagi.
saya masa tu mahu menyelami dunia mat rempit sebab itu saya habiskan cuti panjang lepak di sana.
skrang jarang sangat jumpa dorang. kalau jumpa pun member2 yg kepala dia ‘betul’ . byk yg tak betul ..hehe..
ktom08 :
Date: June 28, 2007 @ 4:20 pm
Askm Wan, tp bagi diorang ni memang ada thrill ler, jika tidak takkan diorang involve dgn merempit ni. Maybe thrill diorang tu lain drp kita punya thrill ler Wan…..
Memang pun jika remaja2 ni boleh berfikiran stp kita, takkan mereka merempit. Lagi baik tumpukan pada ebiz ke, jual kat pasar malam ke, buat direst selling ke atau apa2 je kerja yg boleh memenuhi masa lapang. Servis cuci kereta dari rumah ke rumah pun kira ok jugak kan?
Betul Wan, pilihan di tangan kita. Kita yang menentukan apa yg kita nak buat, siapa yg kita nak berkawan. Jika berkawan dgn mat rempit, maka merempit lah kita kan?
Tapi ada juga yg kaya tetapi anak2 tidak diabaikan.
Hehehe awak ni ceti ke along? wakakaka…Ada ler…toreh getah pun takder hasil lagi cam mana nak settlekan RM2 tu?
Ya…ler…blog ni pulih kembali kerana pertolongan siapa…jika tidak awak…amboi2…dah ler caj mahal nak promote pulak.
jejaka :
Date: June 28, 2007 @ 4:27 pm
Terigt lagi sy kepada gelaran baru kpd mat rempit iaitu ingin ditukarkan kpd dajal merempit ekekeke…. spt bunyinye kejam pule… xpatut la mcm tu hehe…. tp bagi sy perkataan rempit tu ttp ada…
Mereka yg merempit ini sbnrnya banyak faktor yang berlaku… perkara yg berkaitan adalah mencari satu kepuasan.. ini dimana dgn cara ini ia akan memberikan kita merasa satu keseronokan, kebanggaan dan juga sbg ganjaran… perkara lain juga spt ingin menarik perhatian org ramai dgn mata2 sekeliling yg memandang.. tentu bangga woo ekekeke…. mereka ini klu kita memarahi awas… mereka juga bukan kita boleh memandang rendah.. ini kerana mereka mempunyai skill yg pelbagai yg silap2 blh membawa maut kpd kita atau pn rempiter (bhs baru sy)…
Kadang2 mereka ini kita dikatakan sakit mental… tp klu mereka sakit mental tentulah mereka tidak pandai menunggang n xpun xtahu main cilok2 btul x… tp mslhnya mereka ini tidak menggunakan mentaliti yg sebetulnya…. saluran yg mereka gunakan tidak pada landasan yg betul..
Sbnrnya kpd ibu bapa dan kerajaan ataupun kps sesiapa yg berkaitan tidak blh dipersalahkan semata-mata… ini kerana kita tidak selalu duk berkepit dgn mereka sepanjang masa… semua ini adlh kerana pengaruh yg kuat juga di sekeliling kita… jd ini salah satu perkara utama… klu kita berikan ceramah atau nasihat berbuih2 pn klu tidak kn pada caranya ia akan kembali semula pada tabiat krn faktor sekeliling….
klu ingin diatasi kita perlu memahami apakah mat2 rempit atau minah2 rempit (blh tahan juge ekeke) ini sbnrnya mahukan.. apakah punca mereka menjadi sedemikian rupawan hehe!!
Kita xperlu terlalu menyalahkan mereka secara membuta tuli tp atasi dgn cara pendekatan yg btul… klu kita saling salah menyalah percayalah smpi bila2 pn xkan ada penghujung… ia infiniti (mcm matematik plak) sbb perkara ini berkait dgn pelbagai saluran dan sumber… jd ia bukan lah kita hanya terus shj menyalahkan kpd satu pihak…
Sy bukan menyebelahi mana2 cuma sy ingin bahawa situasi menang2 wujud kpd semua pihak dan bukan secara terus-terusan sebegini!!
Best regards,
Jejaka malaya
ktom08 :
Date: June 28, 2007 @ 4:28 pm
Kasyah, nasib baik kasyah dah tak join diorang lagi. Jika tak masuk universiti agaknya dah jadi apa awak sekarang ya? wakakakaka
Anyway, itu satu pengalaman buat kasyah kan? at least kasyah tahu sebab dan musabab mereka jadi begitu dan akibatnya.
Pak Uda, terima kasih kerana sudi meninggalkan komen disini. Oh ya ke mereka ini dikaitkan dengan masalah2 sedemikian? Moga2 sahabat handai,keluarga dan anak beranak dilindungi Allah selalu.
ktom08 :
Date: June 28, 2007 @ 5:18 pm
Jejaka, eei..teruknya gelaran cam tu…
Memang mat rempit ni sombong, dan diorang ada geng. Selalunya jika kita ter” accident” dgn salah seorang puak mereka, dan kita memarahi puak tersebut, alamatnya nahas kita..
Dan juga bagi pemenang sesuatu perlumbaan memang ada ganjaran utk mereka..apa tau? Sapa tau? Nauzubillah….kenapa lah moral anak2 Melayu skrg ini begitu rapuh?
Memang diorang ni tak takut mati punya. langsung tak syg nyawa..yg kesiannya sapa? ibubapa mereka juga.
Apakah perlu mereka ini diberi motivasi? Perlu ke mereka ini dilayan dengan baik?
Apakah sebenarnya yg boleh dilakukan utk membendung tingkah laku sebegini sedangkan dari hari ke hari masalah sebegini semakin meruncing.
Seorang kawan memberitahu, filem Mat Rempit bukannya beri kesedaran dan mengubah sikap remaja tetapi lebih teruk lagi jadinya. Jadi apakah tanggungjawab kita untuk mendidik anak bangsa?
Semoga anda dapat berkongsi disini dan dengan perkongsian ini diharapnya walaupun tak byk tapi yg sedikit tu pun jadilah utk merubah pendirian mat dan minah rempit ini kerana bagi ktom mereka ini gersang kasih sayang dan perhatian.
Ktom amat menyokong pendapat jejaka itu yg mahukan kita supaya jgn menyalahkan sesiap sebaliknya cari pendekatan bagaimana untuk mengatasinya.
ktom :
Date: June 28, 2007 @ 10:46 pm
Adila, lama tak nampak. Sihat ke?
Amboi, adila pun merempit jugak ke….wakakakakaka
Mana nak cari lagu rempt oleh Akil Hayy tu?
Syafrizal :
Date: June 30, 2007 @ 5:46 pm
Masa saya belajar dulu kawan2 saya ada yg merempit tapi takder la macam budak2 zaman skrg ni. Lagi kurang ajar dan lagi makin berani. Macam Edisi Siasat cakap, “Apa kejadahnya budak2 zaman skrg ni!”. Heheh mmg betul ada banyak benda kita bole buat selain buang masa merempit. Masa itu emas, jgn bazirkan masa.
azwanhadzree :
Date: July 1, 2007 @ 9:59 am
Ha..ha.. RM2 mana mahal Ktom. Maksud saya merempit tu tak thrill sebab ia melibatkan keselematan orang lain. Kalau mak rempit ni nak mati sorang2 dia tak apa, tapi kalau melibat kan orang lain tu yang #@%^& tu.
Saya pun suka memandu (kereta ye, motor tak main) laju muda2 dulu, tapi biar bertempat
ktom08 :
Date: July 3, 2007 @ 9:49 pm
Askm Syafrizal, sekarang ni diorang tu tak syg nyawa dan budaya mereka sudah begitu ?????
Pada adik2 yg suka merempit yang tersinggah di blog ini…insaflah…sayangi diri dan sayangilah org2 yang menyayangi adik2 sekalian. Ingat bagaimana emak dan ayah membela, membelai sejak dari kecil lagi. Alangkah kecewanya mereka jika mereka tahu sikap adik tu…jangan dipersiakan masa muda, jangan dibazirkan masa….kita tidak akan berupaya untuk mengundurkan masa…..
Wan, racing ya? Ktom dah agak dah………
Ye ler…i owe u…..cetinyaaaaa……..
Ludbafital :
Date: July 28, 2007 @ 10:12 am
Umumnya rakyat Malaysia memang minat ‘racing’, tak percaya? Cubalah memandu diatas jalan raya hari ini, tengok tu! pak cik, mak cik yang dah tua kerepot tu pun nak racing juga, almaklum lah kalau yang masih muda-muda tu, lagi hebat. Orang Malaysia ni tak pandai hendak meletakkan perkara pada tempat yang sepatutnya. Umpamanya, dia pakai kasut atas kepala, pakai songkok pulak di kaki. Sepatutnya kalau hendak pergi kedai 1 km saja memadailah bawa kenderaan dalam linkungan kelajuan 60 km/j saja, ini ada yang dari mula dah ‘ram’ gila-gila, potong beberapa buah kenderaan lain, kemudian berhenti, lahaulawala..ropanyer nak beli rokok jer!. Kalau kita memandu macam tu kebetulan bawa anak-anak sekali, bukan kah kita telah memberi ‘idea’ kepada mereka “Oh!beginilah cara memandu yang betul rupanya”, biasalah anak-anak anggap ayah atau ibu mereka lah manusia yang paling ideal. Tengok tu, betapa tanpa sedar kita mendidik anak kita dari kecil cara memandu ‘kurang ajar’. Tambahan pula zaman ini penggaruh media dengan ‘F1′ nya, ‘Tokyo Drift’ nya, TV lagi, manakan tidaknya, bila anak-anak kita dapat ’setereng’ atau ‘handle’ aja, apalagi racing lah…Wakakalah..(sori Ktom ambo pinje ‘wakaka’ demo)
ktom08 :
Date: July 29, 2007 @ 10:05 pm
Ludbafital, benar tu jika kasut pakai atas kepala dan songkok di kaki maka susah ler jika kita nak ubah budaya yg dah hampir condong tu. Kadang2 ibubapa tidak peka atau sengaja tidak mengambil tahu untuk menunjukkan sikap yang baik pada anak2. Merek memandang enteng terhadap apa yang akan dicedok oleh anak2 mereka ekoran daripada sikap mereka sendiri.
Oh…ada ke makcik dan pakcik yg kerepot bawa kereta gila2 mengalahkan orang muda? Kat Kelantan ni jika yg bawa kereta cam steam roll tu kebanyakkannya orang tua pertengahan umur dan yg kerepot tu lagi lah macam kura2 sehinggakan kadang2 tu mengganggu keselesaan memandu orang lain. Tak de pulak yg merepot tu racing kat sini. Tapi jika ada yg demikian, depa tu bukannya apa….hati muda, darah muda..wakakakaka
Pengaruh media sememangnya ada keburukan dan kebaikan, namun itulah…bagi mereka yg berfikiran sempit selalu mudah sangat terpengaruh dengan perkara2 yg tidak baik. Tapi nak letak kesalahan pada orang yg menerimanya pun tak boleh juga sebabnya kadang2 kita telah disuapkan dengan sesuatu informasi yg tidak telus, yg ada unsur provokasi dengan ukiran ayat yg boleh membuatkan kita percaya 100%.
Ludba, tks for sharing..