Sehari Bersama Dr HM Tuah Iskandar

3:55 pm Penulis

Askm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Harapnya anda semua sihat dan sentiasa dalam keadaan tenang selalu.

Hari ni Ktom tak dapat tulis panjang2 sebab sekejap lagi kena pergi ke tempat kursus yang akan bermula esok hingga hari Rabu.  Dan dalam waktu itu Ktom minta maaf banyak2 sebab tidak dapat berinteraksi dengan anda semua.  Hehehe pastinya rindu sangat2.  Walaubagaimana pun, Ktom harap perbincangan dan perkongsian dapa diteruskan ok.

Semalam 1 Sept., Ktom telah berkesempatan menghadiri seminar bersama Dr HM Tuah Iskandar.  Seronok sangat sebab dapat bertemu secara live dengan beliau dan dapat mendengar ceramah beliau secara live.  Ktom bernasib baik sebab dapat duduk ke depan sekali jadi tidka menjadi masalahlah untuk memberikan tumpuan dan dapat ler lihat dia dengan lebih jelas. Sampai gigi dia pun boleh nampak..wakakakaa

Orangnya berbadan kecil tetapi bersuara besar.  Kami tak kering gusi dibuatnya dan sungguh banyak perkara yang dikongsikan bersama2. DikMal, Ktom dah sampaikan salam DikMal tu. Dr Tuah tersenyum….

Ok, hari ini Ktom cuma nak kongsikan apa yang Ktom tahu semalam berkenaan dengan 10 perkara yang menjadi “booster” wanita anggun. ( Semalam program itu dikhususkan untuk wanita sahaja. Untuk lelaki tu Ktom bincang lain kali ya…tapi perkongsian ini boleh ler di beritahu pada tunang atau pun kekasih ok )

1. Cantik

Kecantikan itu lain orang lain pula persepsinya.  Mungkin cantik di mata kita tak cantik di mata orang lain namun jangan merasa diri kita tidak cantik.

2. Bersih

Kebersihan seluruh badan.  Jika cantik tapai badan berbau hapak tak ada gunanya juga. Jadi untuk menjadi anggun kena bersih seluruh badan.

3. Sihat luar dan dalam
Maksudnya bukan sahaja sihat secara fizikal tetapi hati juga mahu baik be….

4. Perilaku macam wanita
Jangan jadi macam lelaki maksudnya berjalan tu biarlah macam wanita, begitu juga dengan percakapan.  Jangan kasar cam lelaki, barulah anggun.

5. Mental yang ok, yang sihat, yang waras

6. Kesanggupan berdikari
Boleh berdikari. Tidak meletakkan segala tanggungjawab spt membayar bil2, hantar anak pergi sekolah atau sebagainya.

7. Pandai Urus Wang
Tidak boros dan pandai berjimat.

8. Ibarat Penyangga Pada tiang
Ibarat tiang pada keluarga

9. Keagamaannya yang cemerlang

10.Menyenangkan
Maksudnya bersopan santun dan berbudi bahasa.

Jadi, untuk menjadi wanita anggun, anda harus miliki dan applikasikan kesepuluh perkara tersebut.  Ok setakat itu dulu yang mampu Ktom kongsikan.  Ktom menulis ni pun dalam keadaan tergesa2.  Minta maaf banyak2. 

Sekian, jumpa lagi.

Wasalam

http://signatures.mylivesignature.com/54485/124/1427757FCAD09AB57B086163ACE513B4.png” style=”border: none; background: transparent;”/>
 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
18 Responses
  1. cikgu azleen :

    Date: September 2, 2007 @ 5:22 pm

    Wah wah.. Rasa macam cukup 10 ciri wanita anggun kat saya ni.. Hehehehe.. Masuk bakul angkat sendiri ler..

    Sebenarnya saya rasa ada satu yang macam susah nak capai iaitu yang last sekali tuh - bersopan santun dan berbudi bahasa.. Walaupun saya ni taklah masuk kategori kurang ajar, tak semenggah ketawa berdekah-dekah.. Tapi cara percakapan saya agak kasar, keras dan autokratik.. Hehehehe.. Sebab tuh kebanyakan orang - terutamanya yang suka langgar buku - tak kan bertahan berada dibawah pimpinan saya, terutamanya lelaki.. Tapi sekarang ni nak belajar berdiplomasi..

  2. zuhairy :

    Date: September 2, 2007 @ 5:30 pm

    ai ktom,
    ni dah macam tips2 memilih jodoh jer ni. kalau zool baca, mesti dia suka punya,hehe..
    sukarla nak cari wanita yang ada semua ciri-ciri tu. kalau ada 7 daripada 10 tu kira okla..tapi kalau ada kesemua ciri-ciri tu, memang wanita yang datang dalam satu pakej dalam hidup saya,hehe

  3. zool :

    Date: September 2, 2007 @ 8:25 pm

    zuhairy—> wah pandai kenakan orang nampak… huhuhuhu..

    saya bersetuju dengan apa yang dr tuah kongsikan tu..
    hm… ktom pegi kursus sampai rabu .. so tak yahlah komen panjang-panjang..
    kena tunggu dia balik… he he he..

  4. firadila :

    Date: September 4, 2007 @ 12:28 pm

    Ktom,

    lagi satu tips tertinggal untuk menjadi wanita anggun…tipnya ialah

    SENYUM SELALU….LAH…

    kalau semua tu ada tapi tak senyum susah jugak nak jadi anggun kan…betul tak ktom…he..he…

    SENYUM SELALU…

  5. ktom08 :

    Date: September 4, 2007 @ 10:32 pm

    Cikgu,
    ye ke macam tu? Takper..jika dah tahu kelemahan diri sudah pasti ianya boleh diperbaiki …….kadang2 kita ni dengan lelaki lain bukan main tak berdiplomasi tp dgn suami sudah pasti tak macam tu kan?

    zuhairy,
    ye ke ? hhehehe zool suka baca? ktom pun harap ianya boleh dijadikan panduan semua….

    Amboi zool, tak yah komen panjang2 ya….sampai hati….tak de gurau je…nasib baik kursus tu memberi peluang utk beristirehat mlm ni…jd boleh ler berada disini. Rindu kat semua……

    firadila, betul tu…ktom tertinggal utk bgtau ttg senyum tu……terima kasih firadila…senyum tu satu sedekah dan menambahkan lagi keanggunan seorang wanita itu…

  6. azwanhadzree :

    Date: September 4, 2007 @ 11:28 pm

    ingatkan sudah update post baru … cuma reply comment sahaja rupanya. ciri-ciri wanita anggun saya ialah seperti isteri saya lah :)

  7. zool :

    Date: September 5, 2007 @ 8:54 am

    ktom —> jangan marah.. saja je memain. ele si zuhairy tu pun sama ktom.. memang 10 ciri tu idaman lelaki…

  8. zuhairy :

    Date: September 5, 2007 @ 7:12 pm

    a’ah, saje jer..memain skit2,hehehee
    tapi…ada satu perkara, pernah tak terfikir..kita selalu mencari insan sebaik Fatimah atau Rabiatul Adawiyah tapi kita kita sendiri tak semulia Ali k.w…fikir2kanlah… :-)

  9. ktom :

    Date: September 5, 2007 @ 9:33 pm

    Wan,
    sebenarnya curi2 keluar mlm tadi…wakakaka…sebab tu tak sempat nak update post…..tp komen kena jawab ler…sebab yg paling Ktom suka sekali ialah bab2 jawab komen ni…..hehehee

    zool, relaks ok.

    zuhairy,
    betul tu kita kadang2 terlupa untuk menilai diri sendiri …nilai org pandai ler tp diri sendiri yg serba kurang x pun diendahkan. Bagus tu zuhairy jika bersikap seumpama itu…..

    hehehe….awak dan zool masih available kan….mek kelate nak tak?

  10. ktom :

    Date: September 5, 2007 @ 9:35 pm

    Wan……hohoho bangganya isteri bila suami dgn ikhlas memuji…bagus Wan…semoga Wan bahagia selalu…bulan berapa nak timang anak ketiga Wan?

  11. zool :

    Date: September 6, 2007 @ 8:19 am

    wah jadi agensi pencari jodoh plak ktom ni…
    huhuhuhuhu…
    jauhlah ktom..
    kalau zuhairy tu oklah dia boleh transfer kat sana..
    saya dah memang kena ikat kat Melaka..

  12. Dik Mal :

    Date: September 6, 2007 @ 4:57 pm

    agensi pencari jodoh kak tom sdn bhd :D hehe

    p.s : thanks sebab sampaikan salam pada Dr Tuah :)

  13. seni cinta negara :

    Date: September 6, 2007 @ 6:13 pm

    wuahahahaa…. meh sini nak cari jodoh jugak…. cari la kpd mereka yang masih belum berpunya… cari jangan tak cari zool. ekekekeeee…

  14. shueqry :

    Date: September 6, 2007 @ 6:49 pm

    Assalamualaikum, Ktom apa khabar?

    saya teringin bentul nak jumpa Dr Tuah depan mata satu hari nanti, saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana dia telah mengubah hidup saya ..

    hari tu dia ada datang ka UMS di Likas, tapi sekali masuk dewan, Ya Allah, penuh abis!

    Saya suka tengok satil Dr Tuah beri ceramah, santai dan menghiburkan, berlainan sungguh dengan Dr Fazdilah Kamsah mahupun Dr Shukri Abdullah, walaupun Dr Tuah sedikit tegas.

    Paling ketara, dalam ramai-ramai pakar motivasi di Malaysia, Dr Tuah yang paling banyak menulis buku motivasi ! Moga satu hari saya dapat ketemu dengannya.

    - Shueqry -

  15. zool :

    Date: September 7, 2007 @ 10:13 am

    Lepas ni ktom buat post lelaku anggun plak…
    Huhuhuhu..

  16. seni cinta negara :

    Date: September 7, 2007 @ 9:49 pm

    gua mau post pasal bayi anggun laa. bleh???

  17. ktom08 :

    Date: September 7, 2007 @ 10:29 pm

    zool, DikMal
    Agen pencari jodoh ni banyak pahalanya tau….jgn tak tau….senang2 je dpt pahala. tak kena modal duit pun…hehehe

    zool,
    lelaki bukan anggun tapi mancho atau tampan…fulamakkkkk

    seni cinta negara,
    bayi anggun ke? hehehe bayi comel, bayi cute, bayi tembam ada ler…..

  18. ktom08 :

    Date: September 7, 2007 @ 10:35 pm

    Askm Shuq,

    hehehe…memang nasib baik batul hari tu….dah la dpt peluang dok kat depan dia…dan memang terhibur….

    Cara dia cakap sebiji macam cara dia menulis dan ceritanya pun cerita benar berdasarkan pengalaman dia sendiri. Kebetulah pula yg hadir hari tu sekampung dgn Dr Tuah dan sama sekolah jadi apa yg Dr Tuah cerita dalam buku dia tu…memang wujudnya org2 tu dan dia memang anak ibu tinggal…byk yg di kongsikan bersama…..

    Insyaallah satu hari nanti Shuq akan jumpa dia…..berimaginasilah selalu dan terus khabarkan dan bagi arahan pada minda separa sedar tu supaya apa yg dimpikan itu menjadi nyata insyaallah.

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.