Selamat datang ke Blog Saraebooks.com

12:22 am Penulis

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Selamat datang ke blog saya.  Syukur alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya membina blog sendiri walaupun sebelum ini saya memang betul-betul tidak tahu berblog malahan dari segi teknikal langsung saya tidak tahu.  Namun berkat kesabaran dan keinginan untuk mempelajari sesuatu yang baru dan mempunyai semangat yang sentiasa didorong oleh sahabat-sahabat di forum Smartusaha.com  terutamanya sifu saya Zul Smartusaha, Jebat, Jimie dan sahabat yang hampir setiap hari, tak pernah jemu memberi tunjuk ajar kepada saya iaitu Pak Aen.  Terima kasih banyak-banyak kerana tanpa pertolongan anda semua dan juga tanpa merujuk kepada ebook Pakej Kit Blogger sudah pasti blog ini tidak wujud sebagaimana yang anda tatapi ini.  Diatas segala pertolongan itu hanya Allah yang dapat membalasnya.

Blog ini saya kongsikan bersama anda dengan pelbagai informasi tentang ebooks, tips ebook dan yang berkaitan dengannya, tips perniagaan internet, tips motivasi, artikel-artikel dan hal-hal yang ada kaitan dengan dunia keusahawanan dan perniagaan.

Melalui blog ini saya harap ianya boleh menjadi  panduan dan jua sebagai wadah untuk berkongsi pandangan tentang keusahawanan dan perniagaan khususnya perniagaan internet dan motivasi.

Paling utama blog ini akan menyediakan ebook terkini terdiri dari pelbagai topik terutamanya tentang apa itu ebook, kepentngan ebook, tips menulis ebook dan berbagai tips dan maklumat tentang ebook disamping mempromosikan ebook serta menyebarkan/memberi percuma ebook kepada anda yang berminat untuk memilikinya.

Sekali lagi saya berharap blog ini akan menjadi sumber rujukan dan informasi kepada anda yang singgah ke sini. 

 

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
5 Responses
  1. smartzul :

    Date: February 20, 2007 @ 7:01 am

    Tahniah KakTom. Kiranya blog ini sudah memadai dengan tahap ktom, malah lebih dari yg sepatutnya. Teruskan usaha sehingga berjaya. :)

    “Take time, optimize this blog, manage and maintain consistently..”. InsyaAllah berjaya. Itulah formula blogging.

    - zul

  2. pak_aen :

    Date: February 23, 2007 @ 12:47 am

    Dari saya juga Ktom, Tahniah… :) ..

    “Terus Usaha”, saya tabik semangat yang Ktom ada :)

    ikhlas :- pak_aen

  3. ktom08 :

    Date: March 10, 2007 @ 12:13 am

    Terima kasih daun keladi…perjalanan masih terlalu jauh…insyaallah atas dorongan dan sokongan Zul dan Pak Aen tu…ktom akan dpt maintain blog ni.

  4. hapisol :

    Date: March 20, 2007 @ 12:06 pm

    tahniah,

    nice blog & good info.
    berkat kesabaran ktom berusaha dgn cekal,
    akhirnya dpt hasilkan blog ini.
    semoga blog ini dipenuhi dgn informasi yg terkini.

  5. ktom08 :

    Date: March 20, 2007 @ 11:05 pm

    Tks Hapisol….beberapa hari blog tak di updates kan..masa tak mengizinkan ..kena pi kursus jabatan…terima kasih atas dorongan anda.

    Apabila ada org bagi komen kat blog kita dan di linkkan secara tak langsung ianya memotivasikan kita utk sentiasa menulis dan mencari bahan2 yang berkualiti utk disampaikan.:):)

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.