SMS Ramadan

12:02 am Penulis

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Selamat memunaikan ibadah puasa kepada semua yg beragama Islam.

Hari ini sudah masuk hari kelima kita berpuasa.  Macam mana? Boleh tahan dugaan2 yang datang? Jika mudah merajuk ke atau mudah marah atau senang rasa sensitf tu..jawabnya tak tahan dugaan lah tu..hehehe. Tapi Ktom yakin kita dapat menghayati bulan puasa tahun ini dengan penuh keberkatan.  Hari ini tak dapat idea nak tulis apa2 tentang motivasi kehidupan tetapi Ktom nak share beberapa perkara disini.

Hari pertama bulan Ramadan, Ktom ada terima ucapan menerusi sms daripada sahabat2 yang mengucapkan selamat menyambut ramadan.  Dan disini Ktom ingin share apa yg Ktom terima itu. Mungkin anda juga menerima sms yang sama.  Tetapi apa yang Ktom ingin utarakan adalah betapa kreatifnya mereka ini mencipta kata2 yang sedemikian untuk tatapan penerimanya.  Untuk menjadi kreatif dalam penggunaan bahasa ni, biasanya orangnya sentimental dan begitu peka terhadap apa yang berlaku disekeliling.

Ok jom….mari kita lihat….

“  Jika doamu dimakbulkan, tanda Allah menyayangi mu
   Jika doamu lambat dimakbulkan, tanda Allah ingin mengijumu
   Jika doamu tidak dimakbulkan, tanda Allah merancang yang terbaik untukmu
   Salam ingatan dan ikhlas. Selamat menyambut Ramadan al Mubarak “

Yang keduanya berbunyi :
” Sentiasalah setting niat, upgrade iman, download sabar, upload usaha, delete dosa, update doa, dan topup ilmu supaya dapat redeem redha Allah.  Selamat menyambut Ramadan yang mulia “

Amacam, best tak? Ada satu rasa yang menyentuh hati apabila membaca ayat sedemikian.

Cukuplah hanya dua je, ini yang Ktom pilih drp yang sms yang terbaik. Ktom pasti anda juga telah menerima berbagai jenis sms berkaitan dengan Ramadan jadi…jom kongsikan disini sms yang anda terima itu.  Mungkin anda telah terima sms dgn ayat2 yang lebih menusuk dihati dan memberi keinsafan.

Alangkah indahnya hidup ini bila kita saling ingat mengingati.  Kadang2 kita ni pelupa atau leka.  Dengan sms sedemikian sekurang-kurangnya kita terjaga dari lena yang panjang.  Terima kasih kepada sahabat2 yang sudi menghabiskan duit untuk menghantar sms dan harapnya hubungan yang dibina akan terus kekal indah selamanya insyaallah.

Ok, setakat itu dulu kiranya buat kali ini.  Ktom akhiri dengan  sebuah terjemahan daripada surah Al Baqarah, ayat 168

Makanan dan minuman yang kita ambil setiap hari memberikan kesan kepada pertumbuhan jiwa, sekaligus menentukan hitam putihnya kehidupan kita.  Jangan pandang remeh mengenai hal itu kerana Islam menetapkan bahawa umatnya harus mengambil makanan dan minuman daripada sumber yang halal.

Allah berfirman  “  Wahai manusia, makanlah apa2 sahaja yang ada dibumi ini yang halal lagi baik “( Al Baqarah 168 )

Sekian, jumpa lagi.

Wasalam

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
18 Responses
  1. zuhairy :

    Date: September 17, 2007 @ 12:31 am

    ktom pun kreatif gak, sms pun leh jadi topik kat blog,hehe..
    Memang pun kreatif sapa yang start create ayat tu. walaupn kdg2 bunyi mcm lucu dan ada bahasa rojak, tapi mesej nasihat tu sampai ke hati. sesungguhnya “agama itu nasihat menasihati”…

  2. abdfatah :

    Date: September 17, 2007 @ 1:23 am

    yeaa… sms ramadhan tetap mendapat sambutan yang menggalakkan yang sentiasa di cari-cari dalam internet juga. cari sms ramadhan untuk dihantar kpd handai taulan. takleh create ayat sendiri, anda boleh sms ramadhan dalam talian hayat internet yang boleh memberikan idea untuk menyusun ayat2 sms ramadhan anda…

    ramai jugak yang jenguk sms ramadhan nih… bahkan ia adalah percuma dan tidak ada bayaran dikenakan. nama lagi sms ramadhan percuma…

    namun caj sms dari talian hp anda memang terpaksalah kena bayar dengan harga yang mahal jika dah banyak bersms ramadhan yang berfaedah sekalipun…

    itulah kisahnya keyword “sms ramadhan percuma”…

  3. Amir Hakimi :

    Date: September 17, 2007 @ 1:34 am

    Salam ramadhan Ktom, sy rasa masih belum terlambat ucap Ktom slmt menunaikan ibadah posa, memang special sms tu..

  4. Dik Mal :

    Date: September 17, 2007 @ 4:38 am

    blog kak tom akan flood dgn trafik ’sms ramadhan’.. percayalah (bunyi lagu siti).. hehehee

  5. zool :

    Date: September 17, 2007 @ 2:14 pm

    Memang banyak sms yang dihantar dalam bulan Ramadhan ni..
    Bukan setakat sms e-kad pun mendapat sambutan…
    ye lah ianya lebih mudah dan cepat untuk kita melontarkan idea-idea yang berkaitan,,

  6. firadila :

    Date: September 17, 2007 @ 2:31 pm

    Ktom,

    Message pertama yang firadila dapat daripada tuan rumah firadila - En.Isa.terima kasih atas peringatan yang diberi..
    “Moga-moga Allah jadikan pagimu cahaya,zohormu gembira,asarmu bahagia,maghribmu keampunan, isyakmu keberkatan dan doamu tidak ditolak dan diluaskan rezekimu seisi keluarga”

    Yang kedua dari kawan satu IPT - Shida.Terima kasih diucapkan…
    “Carilah olehmu LAILATULQADAR di sepuluh malam terakhir di bulan ramadhan dan janganlah kamu mencari LAILA NASI KANDAR di siang hari sepanjang bulan ramadhan.selamat berpuasa”

    SENYUM SELALU…

    P/S : Ktom pun kenalah senyum selalu sebab senyum tu satu sedekah….he..he…

  7. zuhairy :

    Date: September 17, 2007 @ 7:40 pm

    haha, faradila…lawak la msg yang ke 2 tu,hehe..

  8. ktom :

    Date: September 17, 2007 @ 9:41 pm

    zuhairy,
    itulah yang Ktom kagumnya….mesej tu terus sampai ke hati…sebak.

    Firadila,
    Haah memang sms firadila yang kledua tu bunyi kelakar tp peringatan itu sudah cukup untuk kita tersedar….hehehe Senyum sokmo……boleh ke senyum sokmo ni?

  9. ktom :

    Date: September 17, 2007 @ 9:45 pm

    abdfatah,
    Ye ke boleh cari kat internet sms tu….hehehe…naifnya diriku….patutler ayatnya sedap semacam…jom kita jenguk…jgn tak jenguk pulak adeshhhh

    Amir,
    Selamat berpuasa. Amir dan keluarga sihat ke? Anak2 ada yg dah belajar berpuasa? Salam untuk ustazah ok.

  10. ktom :

    Date: September 17, 2007 @ 9:48 pm

    DikMal,
    Betul ke? hehehe…Mal dah nyanyi lagu Siti tu ke? wakakakaka

    Zool,
    Betul tu. Inilah kecanggihan teknologi yg dimanafaatkan dgn betul….hal2 berkaitan dengan rumah baru tu dah settle ke? Hmm beruntung sapa dapat zool ni….

  11. zool :

    Date: September 17, 2007 @ 11:24 pm

    ktom —> belum setel lagi.. ada berapa perkara perlu disetelkan.. kiranya paling awal pun hujung bulan 10.. .. beruntung ke??? ntah le…
    firadilla —> memang lawak le sms kedua tu.. tapi banyak maknanya… tersirat tu..

  12. Amir Hakimi :

    Date: September 18, 2007 @ 2:57 am

    Sihat walafiat belake Ktom, dah.. mereka dah mula belajar2 posa, Along nye ok nampak, tahan jugak, adiknye sekerat jln jer, ank Ktom plak mcamana yg kecik tu?..

  13. ktom :

    Date: September 18, 2007 @ 4:00 pm

    zool,
    Tak per…take yr time…janji settle. Ya la apa tak beruntungnya…bila kahwin terus boleh duduk rumah sendiri…aha…sapa2 yang masih belum kahwin tu, cuba2lah contact zool ni…wakakaka….jgn marah dik, puasa tak baik marah2 tapi mengacau tu kira ok lah jugak…wakakaka

    Amir,
    Hehehe dia 5 tahun , puasa sampai jam 11 pg je..lepas tu minta susu…hehehe…seronok kan jadi budak2?

  14. adila :

    Date: September 19, 2007 @ 9:58 am

    hai semua..
    lama tak datang sini..
    saya dah bersalin. terawal hampir 3 minggu lebih.
    datang la ke blog nak tengok baby baru saya.

  15. ktom :

    Date: September 19, 2007 @ 10:55 pm

    adila,
    Baby sihat ke? Syukurlah Adila dah selamat bersalin. Apa nama baby tu? Sekarang ni kat Kelantan atau kat mana?

  16. nurabadi :

    Date: September 20, 2007 @ 12:09 pm

    sms percuma boleh diperolehi melalui aspirasidiri.blogspot.com link : mobik.com

  17. ktom :

    Date: September 20, 2007 @ 3:48 pm

    Terima kasih nurabadi…

  18. zool :

    Date: March 19, 2008 @ 4:26 pm

    Great site. Get your self some banners from cj to make extra $:)

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.