Tagged

11:50 am Penulis

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda hari ini? Semoga anda sihat, ceria dan bahagia selalu.  Bagaimana cuaca di tempat anda? Di Kota Bharu ni …hampir setiap petang hujan. Alhamdulillah…sekurang2nya udara tak panas sangat.

” People who are tagged should write a blog post of 6 weird things about them as well as state these rules clearly.  In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names at the bottom of your post.  Dont forget to leave a comment that says ” You are tagged ” in their comments and tell them to read your blog “

Itulah antara syarat2 yang dikenakan terhadap orang yang di tag.

Sebenarnya kerja tag mengetag ni ada kebaikan dan keburukannya. Kebaikannya adalah seperti berikut :-

1.  Kita akan lebih mengenali seseorang itu biarpun tak pernah bersua muka.

2.  Mengeratkan perhubungan antara kita meskipun pertemuan kita hanya diruang maya. 

3.  Boleh hilangkan tension atau stress bekerja sepanjang hari.

4.  Seronok mengacau orang…hehehehe

5.  Dapat motivasi untuk meneruskan penulisan blog….hahahahaaha

Keburukannya pula :-

Pastinya menyusahkan atau membebankan orang yg kena tag untuk menceritakan kepelikkan dia…wakakakaaka

Hohohohoho…….

Ktom telah ditag oleh hayat dan zool beberapa hari yang lepas.  Namun masa tidak memberi ruang dan peluang untuk menunaikan hasrat mereka…jadi hari ini Ktom mengambil peluang untuk berkongsi dengan anda 6 perkara pelik berkenaan dengan diri Ktom. Heheheehe….pelik ke?

1.  Gemar bersendirian

Suka duduk ditempat yang tiada gangguan yang ada komputer dan talian internet serta buku2.

2.  Takutkan labah2….eeeeiii….yang ni memang tak boleh nak elak dah…..

3.  Gemar menggunakan chopsticks bila makan.

Hahahaha……biarpun ini budaya orang Cina tapi Ktom lebih prefer kepada penggunannya terutama sekali bila makan mee, mee hoon, kuey tiaw, laksa, salad…..biar orang cakap tak kena pada tempat tapi Ktom rasa selesa sebab bila makan benda2 tu pakai chopsticks…makanan tak terpercik ke tudung dan tak sememeh…hehehehe…cubalah kalau tak percaya.

4.  Mandi sebelum tidur

Orang tua cakap tak boleh mandi bila dah jauh malam tapi Ktom takkan dapat tidur jika tak mandi dulu lebih2 lagi jika keluar rumah biarpun sebelum tu dah mandi atau dah pukul 2 pagi.  Tabiat ni memang tak bagus tapi nak buat macam mana…memang tak selesa punya.

5.  Dalam handbag mesti ada buku nota, buku bacaan, chopsticks…hahahaha.

6.  Di tangan mesti ada nota atau buku setiap kali menonton TV, dalam kereta, dalam kapalterbang atau di mana saja.

Ada banyak lagi tapi jika syaratnya hanya 6 maka Ktom kena hentikan setakat no 6 aje la.  Jadi itulah di antaranya dan mungkin pada orang lain, perkara2 ni tak pelik kot….hahahaha

Jadi , syarat yang terakhir yang Ktom kena buat ialah mengtag orang lain pula. Hohohoho…..jom….kita tengok siapa yang kena……..

1.  Azwanhadzree 

2.  Raymond

3.  Bent

4.  Cikgu Azleen

5.  DikMal

6.  Abang Em R

Ahaa….siapa yang kena tag ni…sorrylah ya…bukannya apa…saja nak mengacau sebab dikacau..wakakakakakaka.  Apa2 pun harap jangan rasa terbeban dengan tag ini ok.

Sekian, jumpa lagi.

Wasalam

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
47 Responses
  1. dik mal :

    Date: August 2, 2007 @ 12:54 pm

    diriku di tag kali kedua :)

  2. zool :

    Date: August 2, 2007 @ 2:29 pm

    dikacau ke ktom????
    huhuhu… rasa cam nak merajuk je…
    er ktom bahaya mandi sebelum tidur..
    kalau nak mandi gak kenalah lepak dlm sejam dua dulu..
    takut paru-paru berair…makan pakai chopstick ye??
    menarik tu….
    bolehlah ajor saya yang tak reti nak pegang chopstick nie…

  3. ktom :

    Date: August 2, 2007 @ 2:31 pm

    DikMal….relaxssssss

  4. ktom :

    Date: August 2, 2007 @ 2:33 pm

    Mandi tu memang dah tabiat zool…nak buat cam mana…

    Chopstick….iya…orang melayu tapi pakai chopstick..hahaha..

    Nak belajar? Boleh. Yurannya boleh dirundingkan..wakakaakkakaka

  5. dik mal :

    Date: August 2, 2007 @ 2:58 pm

    ngaa belajar ada yuran…hikhikhik :D

  6. azwanhadzree :

    Date: August 2, 2007 @ 3:11 pm

    banyak nya kena tag, minggu ni sahaja dah 3 orang tag saya .. takpe, kita adakan ‘the week of tags’ minggu depan untuk menjawab semua tag2 yang terkumpul

  7. ktom08 :

    Date: August 2, 2007 @ 3:36 pm

    Dikmal….utk Mal free je…hehehe

    Wan, It’s ok…take yr time…saja nak kacau Wan je…hahaha

  8. zirmy :

    Date: August 2, 2007 @ 4:35 pm

    Salam perkenalan…..!! lama tak ke kota bharu. Masih macam dulu lagi tak?

  9. ktom :

    Date: August 2, 2007 @ 5:04 pm

    Zirmy,

    Salam perkenalan juga dari Ktom. Berapa lama dah tak dtg KB? Sekarang dah byk berubah dah.bangunan baru pun banyak….dtg ler….sekarang ni musim buah. Nak makan buah apa? Semuanya ada……

  10. hayat :

    Date: August 2, 2007 @ 7:43 pm

    salam Ktom!
    terima kasih…yer.

  11. Bent :

    Date: August 2, 2007 @ 8:02 pm

    Hahaha..saya kena dgn Ktom pula…nanti saya ceritakan..saya pun memang expert pakai chopstick ni..hehehe..biasanya kalau kat tempat saya tak pandai guna chopstick ni kena gelak..kenyataan

  12. Raymond :

    Date: August 2, 2007 @ 10:01 pm

    Aku dah kena tag 4 kali minggu ni. Esok aku akan mula tag semua. Sebarang tag selepas ini tidak akan dilayan, Hehe.

    Aku dah jumpa satu niche market kat sini iaitu “Mengajar orang pakai chopstick”

    Ktom, bila nak meeting untuk bincangkan “coaching pakai chopstick”. Mungkin kita boleh jual chopstick yang cantik-cantik dan ebook sebagai backend product selepas seminar kita. :P

  13. shueqry :

    Date: August 2, 2007 @ 10:08 pm

    Asmkm Ktom, apa khabar? Shueqry here.

    Saya dah di tag oleh Zool dan saya dah senaraikan 7 perkara pelik yang sering saya buat dan yang jadi tabiat saya.

    Hmm .. nak tag siapa ya?

    - shueqry -

  14. kumb@ng :

    Date: August 2, 2007 @ 10:50 pm

    pusing2 orang tu gak kena tag… :D

  15. Abang Em R :

    Date: August 2, 2007 @ 11:22 pm

    Hai Ktom,.. e2 ari dah kena tag ngan zool.. ari ni Ktom plak.
    Tp sy kesuntukkan masa sgt semenjak dua menjak nii. Klu tk sempat nk penuhi syarat tu mintak maaf bebanyak ea.. he.. he..

    Perpn tkash!

  16. ktom08 :

    Date: August 2, 2007 @ 11:52 pm

    Wkslm hayat, sama2.

    Begitulah adat bersahabat…kita buat sesuatu utk saling mengenali dan harap dapat berkongsi segalanya disini biarpun hayat jauh diperantauan. Namun dikejauhan ini dengan adanya teknologi ini maka kita menjadi semakin dekat biarpun tidak pernah bersua muka. Jaga diri baik2 ok.

  17. ktom08 :

    Date: August 3, 2007 @ 12:00 am

    Bent,

    Dah byk kali terkena ke? Hehehe…jgn rasa terdera ya. Oh ye ke, di tempat awak jika tak pandai pakai chopstick kena gelak. Hehehe….nasib baik Ktom pandai guna.

    Raymond,

    Hohoho…dah empat kali tu. Baik awak respon cepat2. Bukannya apa, kami ingin mengenali awak dgn lebih dekat lagi ler….jika tak kena tag ni, mesti kami tak tahu apa2 yg istemewa tentang awak….ayuh….ceritakan kepelikan awak pula. Tapi yang nyatanya Ktom dpt agak awak ni kelakar orangnya…hehehe

  18. ktom08 :

    Date: August 3, 2007 @ 12:06 am

    Wksml Shuq,

    Ktom baik je. Mulanya nak tag Shuq tp bila pi blog Shuq tu, Ktom nampak dan baca post Shuq ttg tema tagging nih…hehehe rupanya2 jantung berdegup bila melihat perempuan berlesung pipit ya…

    Eh..eh..dikmal ada lesung pipt tak? hahahahaha

    Nak tag sapa? hehehe…teruskan mencari mangsa anda…….

    Kumb@ng,

    Mlanya Ktom nak tag awak tp bila pi kat blog tu, nampaknya Kumb@ang dah buat post, so kena erase ler link Kumb@ng tu..hehehehe

  19. ktom08 :

    Date: August 3, 2007 @ 12:09 am

    Abang Em R,
    takpe…jgn risau dan rasa terdera..hehehe…kami cuma ingin mengenali Abang Em R dgn lebih dekat lagi…itu je..take yr time ok.

  20. zool :

    Date: August 3, 2007 @ 10:54 am

    rilek abang em r…
    biasalah kalau dalam komuniti cyber nie..
    macam2 cara untuk lebih mengenali antara satu sama lain..

  21. suhail :

    Date: August 3, 2007 @ 2:31 pm

    ermm hai k tom.pertama kali rasanya i bg coment kat sini.. ermm roomate saya pun suke sangat mandi malam, mandi pulak tu lama…mmg tabiat dia suke mandi lama2. dah puas nasihatkan bahaya mandi malam ni tapi tak makan jugak..

  22. ktom :

    Date: August 3, 2007 @ 11:16 pm

    Apa khabar suhail, hope this will not be the first and last.

    Memang susah nak makan nasihat tu…hehehehe sbb dah jadi tabiat…jika tak mandi alamatnya….tak dpt tidur lena la…tapi Ktom takde la mandi lama2 cam kawan Suhail tu….cakap dgn dia, mlm2 nak mandi boleh tp tak boleh mandi lama2 nanti hantu air kacau…..hahaha

  23. hayat :

    Date: August 4, 2007 @ 5:12 am

    Ktom!
    seronok kat sini ni…meriah yer…

    huhuhu…saya jauh tapi hati saya dekat Ktom…

  24. Amir :

    Date: August 4, 2007 @ 12:21 pm

    Hai Ktom apa kabar, memang meriah blog Ktom nie, bila masuk sini seronok jer..hehe..

  25. Amir :

    Date: August 4, 2007 @ 12:29 pm

    Hai semua sibut tag mengtag nie..hehehe.. sy setju dgn Zool tu Ktom, jgn selalu mandi mlm bahaya, nanti kena paru2 berair..

  26. abdfatah :

    Date: August 4, 2007 @ 12:55 pm

    hahaa… tag oh tag, begitulah gayanya di alam cyber…

    lepas mandi malam, tido berkipas pulak yer? hohooo memang bahawa woooo….

  27. shueqry :

    Date: August 4, 2007 @ 1:04 pm

    saya dah kene tag kali kedua ..

    dan untuk kali kedua, saya dah tuliskan 8 lagi perangai ganjil yang ada pada diri saya.

    Ye kak, berdegup jantung bila nampak gadis yang berlesung pipit :) terutama kalau yang pakai tudung .. tapi saya tak pandai ngurat .. hmm .. pengakuan jujur ni.

    Bagi saya Internet ni cuma medium komunikasi, maklumat dan hiburan. Ia mendekatkan yang jauh dan merapatkan yang dekat, mensilaturahimkan yang rapat jadi semakin dekat, hehe.

    Bila pula game tag vCard aa? Kita bloggers sepatutnya ada vCard tiap seorang.

    - shueqry -

  28. zool :

    Date: August 4, 2007 @ 3:10 pm

    wah ramai sekali peminat ktom.. ye…
    baru satu hari tak ngk… dah banyak orang komen..
    bagus2…

  29. ktom08 :

    Date: August 4, 2007 @ 3:41 pm

    Askm hayat,
    Begitulah yg kita nak, jauh diperantauan tp dekat dihati…tp terkilan juga, rasa nak kenal hayat lebih dekat lagi…hehehe

    Hayat di sana sebab tugas atau sambung belajar? Bidang nursing atau perubatan?

    Amir, Ktom baik. Harap Amir sekeluarga sihat walafiat. Lama betul tak nampak .Cam mana projek baru? Ya lah, mandi mlm paru2 berair..nanti susah jugak jadinya….tp setakat ni alhamdulillah….tak de. Minta dijauhkan Allah. Tks for sharing.

  30. ktom08 :

    Date: August 4, 2007 @ 4:14 pm

    abdfatah,
    lepas mandi mlm, tidur kipas atau air cond, hujan pulak tu…hehehe..esok jawabnya demam selsema ler awak…..

    Awak ada di KB atau di mana sekrang ni? Ktom mulanya nak tag awak tp bila tengok abdfatah dah buat post tak jadi ler…

    Shuq,
    Gadis bertudung dan berlesung pipit. Hmm..mana nak cari ni? Hohoho cara nak mengurat? Ktom pun tak pandai sbb Ktom ni perempuan tp tak per…tunggu post Ktom ttg cara mengurat…tengah cari bahan ni…hahahahaha.

    Vcard? Dah ada dah…..tp susah jugak bg org yg tak pandai buat Vcard tu….nanti membebankan dia pulak…tp tak pe kita cuba on kan balik Vcard Tagged tu dan cuba cari satu pendekatan yg paling berkesan utk digunakan dlm ebiz ni ok..

  31. ktom08 :

    Date: August 4, 2007 @ 4:15 pm

    zool,
    nantikan post ttg cara mengurat tu ya…hahaha

  32. abdfatah :

    Date: August 4, 2007 @ 6:46 pm

    saya nih area kota bharu aje laaa… wahahaa… tak ke mana mana sangat nya..

  33. dik mal :

    Date: August 4, 2007 @ 10:11 pm

    hhohohoho..tips ngorat? tips yang pertama. tak perlu kelihatan hensem, tapi perlu kelihatan kemas… :D tips yang kedua, tak perlu bagi bunga!..tips yang ketiga, just be yourself.. heheheheh :) tips seterusnya!tanya la kak tom..orang berpengalaman.. :)

  34. ktom :

    Date: August 5, 2007 @ 12:37 am

    Bila la boleh jumpa adik abdfatah kita ni?:)

    Kepada sesiapa yang berkenaan,

    DikMal telah pun memberitahu tentang tips mengurat tu…maknanya jika nak ehem..ehem DikMal itu je la syaratnya….hehehe

    Cam mana abdfatah, zool, suhail dan Raymond? Apa lagi….:)

  35. ktom :

    Date: August 5, 2007 @ 12:38 am

    Hehehehe…terlupa pulak….Shuq, cam mana?

  36. 8 Facts About Me That You May Do Not Know :

    Date: August 5, 2007 @ 12:58 pm

    […] Anyway, I was tagged by Raymond, Ktom & Blogjer to list 8 random facts about me. […]

  37. rida :

    Date: August 5, 2007 @ 4:32 pm

    Hmmmm, bila dah terlalu riuh, tak retila pulak saya nak menyampuk. Tersengeh jerla ye..hehe..

    Seronoknyer bila gi kat blog ktom ni, hati sakit pun jadi baik dan ketawa terbahak-bahak…

  38. ktom :

    Date: August 5, 2007 @ 5:33 pm

    Rida tersengih dah memadai…hehehe…tp kadang2 tu tersengih lebih baik dr menyampuk jika sampukan kita tu bolehj menyakiti org lain kan?

    Ketawalah puas2…..semoga reda sedikit keresahan di jiwa . Hehehe tak sanka pulak blog Ktom ni boleh buat org ketawa terbahak2….ingatkan blog Merapuman je…wakakaka

  39. dik mal :

    Date: August 5, 2007 @ 6:17 pm

    kak tom kena tag lagi..hahahaha..kak tom pasni kite jadi tag starter la kak tom..kita kan banyak idea.. heheheh..apa lagi kak tom..around the world tag mengetag.. :D

  40. shueqry :

    Date: August 6, 2007 @ 1:06 am

    saya kena tag kali ketiga oleh kak Azleen.

    DikMal, thanks for the tips :-) Owh, camtu rupanya.

    Ada orang tanya saya pedia tips nak ngurat idaman hati ni, tapi saya tak tau nak jawap apa dan tak taw nak mula kat mana, approach cemana yang boleh di guna laagi saya tak taw .. sbb tu bertanya kat sini .. hehe

    Kak Rida, apa khabar? Sya dah jarang ke blog kak Rida.

    - shueqry -

  41. ktom :

    Date: August 6, 2007 @ 2:45 pm

    Hohoho boleh DikMal, no problem. Bab mengacau ni kita nombor satu kan..hahahaha

    Shuq, amacam? Dah dpt idea? Approach tu byk dik. Bergantung pd diri masing2. Namun…apa2pun jadilah diri sendiri.

  42. zool :

    Date: August 7, 2007 @ 10:41 am

    dikmal - jalan ke tips tu dik mal??? He he he kalau secara realiti apa yang saya nampak.. jangan2 yang dik mal beritau yang selalu berjaya…kadang-kadang teori tak sama ngan praktikal.. tul tak ktom????

  43. dik mal :

    Date: August 7, 2007 @ 10:32 pm

    bergantung kepada jenis perempuan la zool :) ada perempuan yang suka bunga, ada yang tak..jadi apa nak pening :D jadi je diri sendiri mcm biasa.. :)ada perempuan suka orang mengurat, ada pulak yang tak suka……ha kn tau tu :D wakakaka-trade mark kak tom :)

  44. Leeza :

    Date: August 8, 2007 @ 12:22 pm

    heh heh … saya nak join gak … ktom jgn mare saya dah tag blog ni …

    Amboi dikmal glamour betul … sana sini nama asyik naik jer … tapi langkah yg bagus utk pakar motivasi .. keep it up yang …

  45. [one] blog, world, life. Live It! » Tagged :

    Date: August 15, 2007 @ 12:32 am

    […] Ktom […]

  46. ktom08 :

    Date: August 17, 2007 @ 8:33 pm

    zool,
    betul cakap DikMal tu, jadilah diri sendiri. Jika kurang peramah, belajar cara cam mana utk jadi peramah tp jika terlalu peramah tu over pula, nanti org lg meluat. Apa2pun kita hendaklah memahami cara org tu terlebih dulu bila nak memulakan percakapan atau mengurat tu…jika tak kena gaya…selamanya kita tak berjaya.

    Tapi bagi Ktom ler, bila ada org dah beri perhatian lebih daripada org lain, tu kira mengurat lah tu….apa2pun jika kita tidak suka atau berkenan dgn org yg mengurat kita, jgn beri harapan pada dia…harap2 semua boleh faham ya…

  47. ktom08 :

    Date: August 17, 2007 @ 8:34 pm

    Leeza,
    tag je ler…tak de marah punya…hehehe

    Hehehe..baru tahu ke DikMal tu glamour..wakakakaka

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.