Tanpa mu siapalah aku………..

12:01 am Penulis

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Fuhhh……hebat dan mengancam bunyi tajuk tu …

Apahal beremosi ni Ktom?

Hohohohoho…..tak de lah……….saje je buat tajuk yang gempak sikit…… 

Rupanya kita sudah pun memasuki bulan September 2007.  Begitu cepat masa berlalu dan tak lama lagi bulan Ramadan akan tiba.  Syukurlah hingga ke hari ini kita masih lagi mampu menghirup udara nyaman dan masih dalam keadaan sihat sejahtera. 

Anda sihat? Anda gembira? Anda bahagia?

Syukurlah. 

Jika tak sihat, makan ubat dan berehatlah.

Jika tak gembira, atau tidak bahagia …jangan difikirkan sangat tentang masalah tu…fikirkan sesuatu yang positif.  Jika anda perlukan motivasi untuk menghilangkan atau menyelesaikan sesuatu yang mengganggu fikiran…jom pi blog Shueqry atau blog DikMal atau blog Raymond untuk mendapatkan sedikit kekuatan menghadapi segala cabaran ini.  Dari blog2 tersebut Ktom percaya anda akan kalau tidak banyak, sedikit pun tak apalah bagaimana untuk mencapai kejayaan dan bagaimana untuk mendapat kekuatan diri.

Dan jika anda betul2 nak buang keresahan, kedukaan, kekalutan fikiran…..jom kita ke blog ini.  Segala yang berserabut di fikiran anda akan terus hilang…hahahaha…..kalau tak percaya jom lah……another blog of Azwanhadzree..   Pasti anda tak kering gusi punya…wakakkaaka…..dan mata akan terbeliak-beliak…..hahahahaha.

Agak lama sudah Ktom ingin postkan entry sebegini namun tak pernah berkesempatan dan hari ini ianya dapat dikongsikan bersama anda semua.

Ktom mula menulis blog ini secara rasminya pada bulan Mac yang lepas, bermakna sudah 6 bulan blog ini dapat dilawati oleh pengunjung dan bermakna 6 bulan sudah Ktom mula mengenali sahabat2 di alam siber ini.

Hari ini Ktom sangat bangga dan berbesar hati untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung blog ini dan bekongsi disini.  Tak kiralah dimana anda berada dan siapa anda, Ktom harap hubungan persahabatan ini akan terus kekal selamanya. 

Setiap hari blog ini tak pernah sunyi ….ada2 je yang dapat dikongsikan, ada juga yang suka mengusik, ada yg suka diusik membuatkan tempat persinggahan ini menjadi riuh dengan sapaan anda sekalian.  Terima kasih yang tidak terhingga.  Tiada harta dan emas permata dapat Ktom hulurkan buat anda yang masih setia dan akan terus setia untuk berkunjung ke sini melainkan dengan doa agar anda sentiasa dirahmati Allah dengan kurniaan rezeki yang halal dan miliki kebahagiaan yang hakiki. 

Ahaaa…..dalam bab pengomen pula Ktom ini mengucapkan terima kasih kepada zool, dikmal, shueqry, azwanhadzree, zuhairy, abdfatah, Bent, Abang Em R, Amir, Ludbafital, firadila, seni cinnta negara, ramzwatcher, adila, baba, catz,hayat, lia, san, arejae, Raymond, kumb@ng, kasyah, PrinceQ, Cikgu Azleen,Linn Comel, Labanon, Jimieray dan ramai lagi.  Ktom minta maaf banyak2 kepada nama2 mereka yang tidak tercatit disini.  Biarpun siapa anda dan dimana anda berada, Ktom tetap menyanjung tinggi kunjungan dan perkongsian anda disini.  Semoga anda akan terus kesini dan menjadikan blog ini sebagai wadah perkongsian yang boleh dimanafaatkan oleh semua pengunjung.

Berdasarkan kepada MyBlogLog, Ktom tahu anda berkunjung ke blog ini secara senyap2…hehehe tanpa menyapa atau memberi komen lah tu…Terima kasih banyak2 kerana meluangkan masa berkunjung kesini. Tanpa anda semua siapalah blog saraebooks.com. Tanpa anda semua tiada serinya blog ini.  Andalah yang telah memberikan semangat dan kekuatan untuk Ktom terus menulis disini biarpun sebelum ini Ktom tidak pernah kenal apa itu blog dan tidak pandai menulis.  Namun kerana sokongan anda semua saraebooks.com tetap wujud dan akan terus bersemangat untuk berkongsi rasa dan pendapat bersama anda disini. 

Dan Ktom harap anda tidak akan pernah jemu untuk datang kesini dan berkongsi.  Tiada apa yang dapat Ktom hadiahkan kepada anda sebagai balasan atas kunjungan anda itu, namun Ktom harap anda akan sentiasa dimurahkan rezeki dan menghadapi hidup ini dengan penuh ketenangan.

Sekian, jumpa lagi.

Wasalam.

http://signatures.mylivesignature.com/54485/124/1427757FCAD09AB57B086163ACE513B4.png” style=”border: none; background: transparent;”/>

 

 

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
18 Responses
  1. seni cinta negara :

    Date: September 1, 2007 @ 9:21 am

    oh emosinya hari ini… takder pengunjung memang tak best. lagi tak best kalo takder domain name. macam mana nak tahu kewujudan ktom di internet kalo takder domain namenya ituuuu….

  2. Ludbafital :

    Date: September 1, 2007 @ 4:03 pm

    Alaa SCN ni…mmg lah Ktom emosi la ni, kan tengah nak ‘Selamatkan Cinta Dia’…ooopps, sori dah terbongkar plak!…(Ktom demo ngoh wat gapo tuh..arrg?..nanok nasi? nok wat buko poso..ooo baguh,baguh..heheh.)

  3. azwanhadzree :

    Date: September 1, 2007 @ 8:27 pm

    Terima kasih kepada Ktom juga yang tidak putus-putus melawat blog saya :)

    Salam Merdeka Ktom

  4. zool :

    Date: September 1, 2007 @ 8:33 pm

    Samalah tu ktom..
    ktom pun banyak membantu dalam arena blog nie,,
    semoga ktom maju jaya..
    keep up good work…

  5. zuhairy :

    Date: September 1, 2007 @ 8:36 pm

    semoga ktom terus diberikan kekuatan dan semangat oleh-Nya untuk menulis dan berkongsi sesuatu yang berfaedah untuk kita semua…insyallah.

    “Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.”

  6. ktom08 :

    Date: September 1, 2007 @ 9:39 pm

    seni cinta negara,

    Awak join contest kat blog Hafreze tu ke? Bagus ler….betul tu tanpa domain ni, tak wujud ler Ktom di alam siber ni..

    Wan, terima kasih banyak2. Jika Wan tak bantu imej top commentators tu dapat Ktom pamerkan disini.

    Zool, terima kasih. Tanpa bantuan zool, imej tu takkan wujud dalam post ini.

    Zuhairy, sokongan yang ikhlas menguatkan lagi semangat ini untuk terus mewujudkan blog ini.

  7. ktom08 :

    Date: September 1, 2007 @ 9:45 pm

    Ludbafital,

    Nok selamat cinta gapo pulok ni warigh wei….demo ni mace2. Ambo dok masok ike singe nih….huih..sedak weh….make dengan budu durie, buboh ike tawa, cicah dgn kace boto…hehehe tok tuo lalu kot belake sure tok napok…wakakaa

  8. ktom08 :

    Date: September 1, 2007 @ 9:52 pm

    seni cinta negara,
    mana banner tu?

  9. zuhairy :

    Date: September 1, 2007 @ 11:16 pm

    ktom dok cherito bab gapo plok ni?pasal budu ko? ambo lamo benar dok gi koto bahru..rindu nok gi sano,hehe

  10. ktom08 :

    Date: September 1, 2007 @ 11:24 pm

    zuhairy, to seko demo pehe…..hehehehe

    Ye ler ckp hal budu ler tu…..jom la dtg sini….dtg rumah ktom pun boleh..ikhlas ni. Asalkan sudi tumpang rumah buruk ni apa salahnya….

  11. Raymond :

    Date: September 2, 2007 @ 12:14 am

    Headline yang amat menarik perhatian. Penuh dengan seni kesusasteraan juga :)

    Terima kasih juga kepada Ktom yang mengjadikan blog ini salah satu tempat persinggahan kegemaranku. :)

  12. zool :

    Date: September 2, 2007 @ 10:07 am

    huhuhu..
    sekali semua kecek kelate..
    habuk tak faham…

  13. cikgu azleen :

    Date: September 2, 2007 @ 12:45 pm

    Wah wah ktom.. Cepatnya masa berlalu ya.. Diam tak diam dah enam bulan.. Tak lama lagi nak puasa.. lepas tuh raya.. lepas tuh cuti sekolah.. Alih-alih dah setahun berlalu..

    Orang kata bila dah enam bulan ni, masa yang sesuai untuk kita review semula matlamat kita semasa kita mula-mula membina blog ini.. Adakah perlu kita ubahsuaikan matlamat itu, atau teruskan aja..

    Good luck!

  14. ktom08 :

    Date: September 2, 2007 @ 2:20 pm

    Raymond,
    Headline tu saja je…buat gempak sikit…..hehehehe
    Lama tak singgah , mana pi?

    zool,
    kesiannya tak faham…hehehe…keno blaja kecek kelate la..baru paham…..hahaha

    Haah Cikgu, tak beberapa hari lai puasalah kita. Begitu cepat masa berlalu. Tengok pada perancangan yg telah disusun utk capai matlamat tu, jika berjalan dgn baik, teruskan aja. Jika tidak, cari silapnya dimana dan ubah atau baiki mana yang patut.

    Tutorial cam mana cikgu?

  15. zuhairy :

    Date: September 2, 2007 @ 5:42 pm

    kalu saya kecek klate, kawan2 ckp saya cakap siam,hehehe

  16. Bent :

    Date: September 4, 2007 @ 11:40 pm

    Ktom terlebih dahulu saya nak ucapkan selamat berpuasa. terima kasih juga sebab melawat blog saya yg englishnya tunggang tebalik.

  17. ktom08 :

    Date: September 5, 2007 @ 9:48 pm

    zuhairy,
    Ktom suka dengar bila org negeri lain cakap kelantan nih …hehehe…memang betul pun cam cakap Siam…

    Bent, terima kasih..awak pun puasa jugak tp malam bukan? hehehe……
    Bent, itulah adat bersahabat, kita saling kunjung mengunjungi…tak apa tak pernah bersua wajah pun….tp ikatan persahabatan tu tetap wujud…..dan bagi Ktom persahabatan diruang maya ini sangat2 bernilai. Semoga ianya boleh memberi kebaikan kepada kita semua.

  18. shueqry :

    Date: September 14, 2007 @ 10:54 am

    waa .. tak sangka blog Ktom dah masuk 6 bulan .. apa-apaun semacam ada magnet yang membuat saya sering melekat di sini, tak jumpa kat tempat lain tau!

    apa-apaun, melalui blog Ktom, saya mengenali member lain di alam siber, tanpa mereka juga takkan ada nama saya.

    satu lagi, saya nak belaja cakap Kelantan :), kot-kot melekat di Kelantan, hehe

    - Shueqry -

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.