Tips Untuk Mengelakkan Dari Mengumpat

5:52 pm Penulis

Askm dan Selamat Sejahtera semua.

Ok kita sambung sedikit lagi bab ni …. Harap anda tidak jemu membacanya.  Bukannya apa…perkara-perkara yang baik seharusnya kita kongsi dan menginsafinya bersama-sama.

Bagaimana nak elak diri daripada mengumpat?

1.  Kesedaran

Kita mesti sedar bahawa mengumpat adalah perbuatan yang tidak disukai Allah. Jangan kita dedahkln diri kita kepada kemurkaan Allah. Al Quran dan hadis menegah kita dari mengumpat.  Peliharalah lidah sebaik-baiknya dari perbuatan ini.

2.  Jangan Marah

Jika kita dapati kita kena umpat, janganlah bertindak marah. Bersabarlah. Cari dimana kelemahan atau kesilapan yang telah kita lakukan.  Buat perubahan memperbetulkan kesilapan yang lalu dan bertaubat.  Dengan sikap ini anda beroleh kemenangan.

3.  Pahala

Orang yang mengumpat sebenarnya beri pahala percuma kepada orang yang diumpatnya. Jadi sewajarnya orang yang jadi mangsa umpatan mengucapkan terima kasih kepada si pengumpat itu. Jadi jangan mudah bagi pahala pada orang manakala pahala untuk diri sendiri berkurangan.

4.  Rasai apa yang orang lain rasa

Orang yang mengumpat tu, sendiri mau ingat la..bagaimana kalau dia berada ditempat orang yang kena umpat itu.  Kalau dia rasa menderita…aha…orang lain pun rasa cam tu jugak ler…betul tak?

5.  Tempias

Duduk bersama dengan orang-orang yang mengumpat walaupun ia tidak menambah kepada umpatan itu tetapi dengan kata-kata seperti ” Eh tak sangka ya..dia perangai cam tu “.  Perkataan ini seolah-olah membenarkan kata-kata orang yang mengumpat itu.  Sedangkan orang yang ” berdiam diri ” juga tanpa buat apa-apa bantahan pun turut bersubahat dengan orang yang mengumpat itu.

Jadi berhati-hatilah dalam apa jua tindakan kita. Elakkan dari mengata orang lain kerana ia hanya akan mengundang dosa dan akan dibawa mati sekiranya orang yang kita umpat itu tidak memaafkan kita.

Wasalam

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
2 Responses
  1. mohdismail :

    Date: April 14, 2007 @ 7:04 pm

    orang yang suka mengumpat,kata ” mengumpat membawa berkat… ”

    mungkin’lah…

  2. ktom08 :

    Date: April 15, 2007 @ 12:49 am

    mohdismail…betul ke membawa berkat?

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.