Usah bersedih jika anda masih solo……..

12:28 am Penulis

Askm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Anda sihat? Masih sibuk dengan aktiviti kenduri kahwin ke? Semoga pasangan pengantin baru tu sentiasa gembira, bahagia dan kekal hingga ke anak cucu.

Baiklah hari ini Ktom ingin kongsikan sesuatu dengan anda semua.  Harap-harap anda dapat menerimanya secara positif.

Jom kita kongsikan bersama…………..

Bila kita perhatikan disekeliling kita hari ini, ada ramai wanita yang masih belum mengakhiri zaman solonya biarpun sudah mencecah angka 35, 40 atau lebih.  Jika dulu mereka ini akan diberi gelaran andartu dan gelaran sebegini amat menakutkan sekali bagi seorang wanita.  Apa tidaknya…ramai orang akan memandang serong terhadapnya dan menuduh samada mereka ini terlalu memilih , tidak cantik, tidak menarik, tak laku dan sebagainya. 

Namun hari ini, gelaran seperti itu sudah tidak dihiraukan lagi.  Ada sesetengah daripada mereka sudah lali dengan pertanyaan ” Bila nak kahwin? “.  Mereka seolah-olah tidak kisah dan semakin tegar berdiri di atas kaki sendiri.

Di bawah ini adalah kemungkinan yang menjadi penyebab kenapa mereka tidak mengakhiri zaman solo mereka.

1.  Tak perlu berdepan dengan mood pasangan

Mereka seronok hidup bersendirian kerana pada mereka, mereka  tidak perlu melayan ” angin ” yang tidkak baik pasangan mereka.  Kadangkala ” angin ” tu datang tanpa diundang atas sebab-sebab yang tidak dimengertikan.  Dan betapa tenangnya hidup mereka , jika hari-hari yang dilalui bebas daripada leteren berterusan yang menyakitkan telinga.

2.  Tak perlu risaukan penampilan

Sebagai wanita solo, mereka tidak perlu terlalu risau apakah bentuk badan yang disukai oleh pasangan.  Tak dapat mereka bayangkan berapa banyak wanita di luar sana yang terpaksa bersusah payah menjaga berat badan atau bentuk badan semata-mata untuk menakluk hati lelaki yang bernama suami.  Tetapi tidak semestinya tidak  menjaga kesihatan ler…..Jadi dengan demikian mereka boleh memilih samada nak menjaga berat badan atau melupakan saja perkara itu kerana itu adalah hanya untuk dirinya sendiri.

Mereka juga tidak perlu risau jika sesekali ingin kelihatan selekeh dengan memakai baju lusuh ketika berehat-rehat menonoton televisyen di rumah.  Hehehehe…jangan pula jadikan ini sebagai satu tabiat, sebab sebagai wanita , kita kena dan perlu juga jaga penampilan diri.

3.  Hargai kemandirian

Mereka boleh guna masa terluang mereka untuk membuat sesuatu yang mereka suka ataupun sesuatu yang bermanafaat dan dapat membaiki karisma hidup atau kerjaya mereka.  Hidup bersendirian walaupun bermakna perlu melakukan segala-galanya sendiri, tetapi mereka amat positif dan tidak bimbang kerana segala kerja buat itu merupakan satu cara untuk menambah kemahiran mereka.  Itu merupakan aset yang cukup baik dan berguna kerana orang pasti akan menyukainya yang tidak terlalu bergantung pada orang lain.

4.  Wang adalah hak milik mutlak

Berkahwin bermakna berkongsi dalam segala hal termasuklah wang ringgit.  Bagi mereka, sebagai wanita solo  mereka mempunyai kuasa mutlak terhadap wang dan apa jua yang mereka miliki.  Mereka tidak perlu risau bahawa ada yang akan marah-marah bila terlebih berbelanja atau membeli belah sakan.  Hmmmm…tapi bukanlah bermakna mereka habiskan duit dan tiada simpanan pula.  Simpanan kena ada untuk masa-masa kecemasan.  Tetapi yang pentingnya….mereka adalah tuan kepada duit mereka.

5.  Lebih masa untuk aktiviti luar

Jika nak ke gym ke, nak melancong ke, nak bercuti bagi merehatkan minda, nak pergi menonton satu filem kegemaran 10 kali , nak belajar kemahiran baru dan nak apa saja, semuanya boleh dilakukan tanpa ada siapa yang boleh menghalang.  Tidak ada sesiapa akan menuduh yang bukan-bukan kerana mereka tidak perlu memikirkan atau menjaga hati sesiapa saja.

6.  Tak perlu berdepan dengan tabiat pasangan.

Mereka tak perlu berkongsi rumah dengan seseorang yang punyai tabiat yang kurang menyenangkan seperti suka menyepah, suka meninggalkan baju busuk di merata tempat, malas nak mengangkat walau secawan kopi atau sebagainya.  Eeeiii…betapa rimas dan bosannya jika perlu hidup dalam keadaan seperti itu bertahun-tahun.

7.  Boleh fokus pada kerjaya

Ramai wanita yang telah kahwin dan mempunyai anak merasa sukar untuk memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya.  Ini disebabkan oleh timbulnya pelbagai masalah keluarga.  Tetapi bagi mereka yang solo , mereka boleh memberi sepenuh perhatian terhadap kerjaya.  Nak balik jam berapa, nak pergi jumpa klien pukul berapa atau nak tidor kat pejabat pun tak ada siapa yang ganggu.  Pun juga mereka tidak perlu memberikan alasan mengapa mereka tidak boleh bekerja pada hari-hari cuti atau hujung minggu.

8. Tidak terikat dengan rutin

Sebagai wanita solo, mereka boleh keuar daripada rutin kehidupan pada bila-bila masa yang mereka inginkan.  Misalnya jika tiba-tiba di tengah malam buta teringin nak makan roti canai atau apa-apa sekalipun bersama kawan-kawan, mereka boleh lakukannya sedangkan bila dah kahwin mereka kena fikir banyak kali sebebelum melakukan perkara sebegitu.

Begitu juga jika mereka nak menyertai pasukan mendaki gunung, berkayak atau apa saja bersama teman, mereka boleh lakukan tanpa perlu meminta kebenaran sesiapa sahaja.

9.  Bos diri sendiri

Perkahwinan bermakna perkongsian dan tolak ansur.  Banyak perkara yang mereka fikir mereka perlu korbankan setelah berkahwin.  Menjadi bos pada diri sendiri bermakna mereka tidak perlu menjawab pada sesiapa sahaja akan semua tindakan mereka.  Mereka nak beli biar sepuluh botol wangian, sepuluh batang lipstick, skin care berjenama mahal, pakaian berjenama mahal….tak siapa akan menghalang.

10.  Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja.

Tiada yang lebih menyakitkan telinga daripada mendengar leteran orang lain tentang dengan siapa kita berkawan atau mengapa kita berkawan dengan mereka.   Itulah yang menyebabkan mereka berasa selesa jika tidak berkahwin kerana sebagai orang bujang mereka berhak menentukan sendiri siapa kawan mereka tanpa perlu rasa bimbang bahawa apakah kawan-kawannya itu disukai atau tidak oleh suami mereka.  Tapi tak de lah sampai berkawan dengan mereka yang membawa pengaruh yang tidak baik.

11.  Tidak perlu rasa kecewa

Wanita mempunyai satu sifat yang halus dan hati yang mudah tersentuh.  Jadi mereka tidak perlu rasa kecil hati, rasa tak puas hati, rasa cemburu atau sebagainya terhadap tindakan suami mereka.  Tanpa perasaan sebegini mereka bebas daripada menghadapi stress.  Biasalah…lelaki ni egonya tinggi. apa yang dia buat semuanya betul, hati sekeras batu dan jika terkena pula suami yang tak reti nak mengucapkan sayang atau dengan lebih tepat tidak romantik…alamatnya….????tahu-tahu sendirilah…..( jangan marah ya kaum lelaki….hehehehehe)

Walaupun begitu, tidak dapat mereka nafikan mempunyai pasangan hidup ada manafaatnya, tetapi bagi mereka yang bergelar waniita ’single’ mereka juga ada keistimewaannya.  Jangan lupa itu…..

Ktom pasti ramai yang tidak setuju dan menghentam sebab-sebab ini.  Anda boleh kongsikan atau anda boleh ” menghentam ” tetapi kutukan anda biarlah bersopan.

Sekian untuk kali ini.

Wasalam

 

  

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
24 Responses
  1. cikgu azleen :

    Date: June 6, 2007 @ 1:43 am

    Sopan? Hmmm.. camne ye tuh??

    Apapun, pada saya jodoh dan rezeki tuh milik masing-masing.. Contohnya lah.. Kakak saya tua 6 tahun daripada saya.. Dan saya kawin dulu pada usia 24 tahun.. Tekanan pada dia, ya tak? Tapi nasib baiklah dia tak berkira - ehem ehem.. langkah bendul, dapat jugak sedulang untuk dia..

    Selepas saya kawin 3 tahun baru dia kawin.. Kiranya jodoh dia lambatlah dari saya.. Tapi rezeki dia lebih murah dari saya.. Kawin, terus jer dapat anak.. Sedangkan saya takde lagi pun.. Tapi yang bagusnya pulak, suami saya penyayang dan penyabar.. Laki kakak pulak bukanlah tak penyayang, tapi diorang ni dekat-dekat bergaduh, jauh-jauh merindu.. Sib baiklah ada anak pengikat kasih..

    Kalau nak kira, banyak lagi perbezaan yang ketara antara saya ngan kakak.. Kakak saya cantik, putih melepak macam cina.. Saya pulak, orang selalu ejek anak keling.. hehehe.. Tapi saya tinggi - cuma dah tak berapa langsing.. Kakak pulak rendang.. hahahaha..

    Hmmm.. Tuhlah nak kata kan, jodoh dan rezeki masing-masing.. Tak payahlah nak berdengki-dengki dan busuk hati sesama sendiri.. Setiap orang pun ada kelebihan dan kekurangannya.. Mana ada yang sempurna..

    Tapi selalunya kita tak nampak.. Mungkin walaupun jodoh lambat, tapi tak ada masalah tak cukup duit, hutang keliling pinggang.. Gaji plak asik naik jer, bonus melambak-lambak.. Haaa.. tuhlah rezeki namanya..

  2. adila :

    Date: June 6, 2007 @ 7:47 am

    mmm…seronok baca entry kali ni…
    macam saya..saya ada 2 orang kakak dan semuanya kawin bila umur dah menjangkau 30 lebih…satu angka yang menakutkan bagi seorang gadis…dan syukur tak terhingga kerana Allah telah mempercepatkan jodoh saya. 24Tahun dah kawin, 25 dah ada anak..

    banyak beza solo dan kawin. Terlalu banyak…
    Bila dah berdua, bertiga….kita sebagai perempuan teraksa berkorban banyak benda. Dari segi perasaan, kasih sayang, masa dan tenaga.

    Itu lumrah sebagai seorang prempuan…tapi segalanya bukanlah satu beban jika kita melakukan dengan penuh kasih sayang dan iklas. Ditambah pula dengan sikap suami yang penyayang dan tau menghargai harga pengorbanan seorang isteri…

    Namun percayalah…segala kepenatan yang kita tanggung selepas seharian berkemas, masak dan menguruskan rumah akan hilang serta-merta dengan melihat keletah dan kecomelan permata hati…

    Untuk Muqrie Rahimi, permata hati ibu…terima kasih kerana menceriakan hari-hari ibu…dan untuk anak yang bakal lahir bulan 10 ini…Ibu nantikan kehadiranmu dengan penuh kasih sayang

  3. ktom :

    Date: June 6, 2007 @ 11:07 am

    Cikgu, kat avatar tu cikgu nampak putih melepak, apasal cakap hitam pulak. Hmm….jika macam tu hitam, apa lagi ler Ktom ni…..apa2pun bersyukurlah dengan apa yg dikurniakan utk kita kan?…….

    Iya cikgu, jodoh pertemuan, rezeki, ajal dan maut semuanya tuhan dah tentukan untuk kita. Pun begitu kita kenalah berusaha utk mendapat dan menjadi yang terbaik. (hehehhe…cam kanak-kanak riang dalam AF pulak ).

    Memang setiap dari kita ada kelebihan dan kekurangannya jadi usahlah gusar jika jodoh masih tak sampai kerana hikmah disebaliknya kita tak nampak.

    Dan Cikgu…jika ada suami sekalipun kalau asyik bermasam muka apa faedahnya kan? hehehe…..

  4. ktom :

    Date: June 6, 2007 @ 11:18 am

    Adila, tahniah…bulan 10 ni Muqrie Rahimi akan dapat adik ya? Harap2 perempuan pulak ler…hehehehe…

    Betul Adila. Lumrahnya apa yang kita lakukan untuk keluarga bukanlah satu beban jika kita ikhlas melakukannya lebih2 lagi jika mendapat suami yang penyayang, yang tahu menghormati, yang tahu menghargai, yang boleh bertolak ansur dna yang penting menyayangi kita. Tapi jika tidak ada semua tu…lebih baik jadi wanita solo kan?

    Dan sememangnya segala kepenatan yang kita tanggung selepas seharian berkemas, masak dan menguruskan rumah akan hilang serta-merta dengan hadirnya cahaya mata pengikat kasih.
    ( Cikgu Azleen, awak jangan rasa gundah ya…mungkin belum sampai masanya lagi untuk awak…seperti yang awak kata ….ada hikmah disebaliknya ).

    Semoga Adila terus bahagia bersama suami dan anak2 tersayang.

  5. ProFidz :

    Date: June 6, 2007 @ 12:28 pm

    err pada sy la banyak pro dan kontra apabila berbicara ttg topic ini…

    walaubagaimana pun kita sudah diamanahkan untuk hidup berpasang-pasangan… ingat sabda nabi saw… baginda tidak mengiktiraf sesiapa yang tidak mahu berkahwin apabila sudah mampu utk berbuat demikian (maaf kalu tersalah)

    Malah Allah swt mencipta sesuatu secara berpasangan sbg contoh - kiri kanan, depan belakang, tua muda, kaya miskin dsb. So adalah satu kerugian bagi sesiapa yang tidak mahu untuk hidup berpasangan dan hanya mementingkan diri (selfish) utk kepuasan sendiri.

  6. ktom :

    Date: June 6, 2007 @ 4:17 pm

    ProFidz, kita merancang tuhan yang menentukan. Memang semua org ingin berpasangan. Tipulah jika ada orang yang mengatakan bahawa dia tidak perlukan teman untuk berkongsi suka duka sebab Ktom percaya jauh disudut hati mereka, mereka memang perlukan seseorang.

    Membuat keputusan untuk terus solo tu bersebab. Mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang kadangnya orang tidak tahu, cuma diri sendiri je yang tahu.

    Ingin terus hidup solo bukan bermakna selfish tetapi jika dah ditakdirkan tak ada jodoh nak buat macam mana. Jadi untuk memujuk atau meredakan kegusaran dalam dalam jiwa , lebih baik fikir positif dan sebab2 diatas tu adalah untuk memujuk dan memberi kekuatan pada mereka yang masih solo….. secara tak langsung ler……….

  7. Bent :

    Date: June 6, 2007 @ 6:17 pm

    Hello Ktom..macam mana nak mula ya..saya kahwin agak awal juga dalam 23 tahun..bayangkan awal ke tak saya ni..habis belajar je terus kahwin..sepanjang perkahwinan memang bahagia lebih-lebih lagi bila anak sulung saya lahir (sekarang dah nak masuk 5 bulan) isteri pula jenis yang bertolak ansur dan dengar cakap..rasannya ada juga kelebihan berkahwin awal ni..mula-mula kahwin dulu ramai juga kawan-kawan tak kira muda atau tua bertanya dekat saya soalannya begini “Bent kenapa awa kahwin muda sangat nanti awak tak puas bujang, biasanya orang yang kahwin muda ni sekejap je kekal” nasib baiklah saya ada jawapan yang power untuk diaorang..jawab saya balik “Hei kawan! awak kahwin muda ker..awak kahwin tua ker..itu tak penting.yang penting macam mana awak nak jaga keluarga awak..awak tua pun jika perangai awak macam budak-budak lagi perkahwinan awak tak akan kekal juga” terus mereka terdiam.

  8. ktom :

    Date: June 6, 2007 @ 9:45 pm

    Bent, welcome….where hv u been all this while? Menyepi je…bz le?

    Hm awalnya awak kahwin ya…anyway u hv yr good reasons and yr killer answer to it. Congratulations.

  9. dik mal :

    Date: June 6, 2007 @ 11:12 pm

    Salam Kak Tom,

    Kahwin bila sampai masa, cukup syarat, cukup matang, kahwin la :p

    dituntut pun kita untuk berkahwin..

    bak kata Shuth, nak kaya, kena kahwin :D

  10. ktom08 :

    Date: June 6, 2007 @ 11:37 pm

    Oh ya ke macam tu Dik Mal? Sampai masa tu bila? cukup matang tu cam mana? cukup syarat apa? hehehe

    Oh Shuth cakap nak kaya kena kahwin ya? Betul jugak ya…suami byk duit, isteri byk duit, so bila combine income tu..sure kaya punya..hahahahaha

    Anyway, betul juga cakap Shuth tu, sebab kalau kita kahwin rezeki bertambah…maklumlah bila dah ada tanggungjawab tu secara tak langsung kena kerja kuat, bila kerja kuat, dptlah duit banyak kan?

  11. azwanhadzree :

    Date: June 6, 2007 @ 11:44 pm

    ha..ha.. Ktom … 1 perkataan sahaja
    kesepian
    keseorangan
    make it 2 lah

    tak nak elaborate..

  12. ktom08 :

    Date: June 7, 2007 @ 12:03 am

    Wan, itu dah tak dapat dielakkan lagi….tp Wan, org yg dah biasa bersendiri ni takde masalah sangat…tp org yg macam awak tu…seorang kat Penang, seorang kat Sg Petani..tu yg jadi ???????? hehehe

    Tak yah elaborate lah…..nanti weird words muncul kat sini pulak..wakakakakka

  13. JimieRay :

    Date: June 7, 2007 @ 2:29 am

    Wahh…KTom, post Ktom kali ni memang relate la dengan musim orang kawin2… :) Minggu lepas 2 orang adik ipar Jimie kawin serentak, kiranya Jimie dapat 2 orang biras baru la tahun ni. Sebab tu sebok sikit skrg ni.

    Berbalik pada post KTom pada kali ini sekiranya dah cukup matang, cukup syarat lebih baik kawin semasa umor muda. Jgn jadi mcm Jimie ni, Jimie kawin pada umor 29. Tu pun dah kena paksa dengan keluarga. Ya lah, dah nak jadi anak teruna tua.. Hee..hee.. Skrg ni baru terasa betapa lewatnyer kawin. Anak sulung baru lg umo 9 tahun dan yg kedua baru 7 thn. Yg ketiga ??? Lum ada rezeki lagi. Sedangkan kawan2 yg sebaya ngan Jimie anak dah sederet 4-5 orang. Tapi itu semua rezeki juga kan.

    Jimie setuju gak dengan pendapat Shuth tu. Nak kaya kena kawin. Bila suami byk duit, isteri byk duit, so bila combine income tu..sure kaya punya…. Tapikan Jimie nak tambah sikit. Macamana pula bila suami kawin lebih dari sorang, contohnya 2 ka…3 ka…@ 4….Lagi bertambah kayo no… Haa..haa… Gurau jer KTom. Nanti mesti ada orang marahkan Jimie ni. Apa2 pun Jimie cukup pada yang satu jerr. (Cover line nampak :) )

  14. ktom08 :

    Date: June 7, 2007 @ 11:20 am

    Apa khabar Jimie, lama menyepi? ooo…sibuk dgn kenduri kahwin ya…

    Jimie, betul lebih baik kita kahwin awal, nak anak ramai pun boleh..lagipun biarlah masa muda ni beranak ramai2 , bila tua nanti senang…lagipun takkan larat nak jaga anak kecil bila dah umur dah 40 lebih dan risiko tinggi mengandung pada umur sebegitu.

    hehehe yg 2,3 dan 4 tu bukannya tambah kaya Jimie..tp tambah ????? ada ler…..wakakakakaka

    Tapi Jimie, jika jodoh masih belum sampai nak buat cam mana kan….

  15. Kasyah :

    Date: June 7, 2007 @ 1:08 pm

    Kak, banyak juga alasan kenapa wanita lamabt kahwin ye… tapi laki pun ada alasan kenapa lambat kahwin…. tapi 11 point tu memang betul… masa sahaja yang bakal tentukan.. :twisted:

  16. azwanhadzree :

    Date: June 7, 2007 @ 1:47 pm

    Sorang kat Perai and sorang Sungai Buloh la

  17. ktom08 :

    Date: June 7, 2007 @ 4:08 pm

    Wakakakaka….Ktom saja nak sakat awak je la Wan….

  18. ktom08 :

    Date: June 7, 2007 @ 4:16 pm

    kasyah….masih ingat kisah yg lama tu ke? Ingat, ada hikmah sebaliknya yang masih belum Kasyah nampak….so kuburkan lah segala ingatan silam atau buang jauh2 jika kenangan itu cuma mengundang kekecewaan dalam hidup kita…

  19. Kasyah :

    Date: June 8, 2007 @ 4:31 pm

    azwanhadzree : Sungai Buloh…haha merujuk kepada siapa pula. :P

    ktom : Oh kisah yg lama sudah dikuburkan tetapi kadang2 ianya datang kembali. Semangat tak cukup kuat lagi ni. :D

  20. ktom08 :

    Date: June 8, 2007 @ 8:03 pm

    kasyah, brg yg lepas jgn dikenang ( salah satu lagu kegemaran Ktom nyanyian Tan Sri P.Ramlee ) Semangat itu akan dtg bersama berlalunya masa. Namun Ktom akui ianya sesuatu yg bukan mudah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul namun dik…kenagan itulah yg bakal mendewasakan kita dan memberi arah tuju pd kehidupan seterusnya.

    Jika masih kurang semangat…jika sudi ktom boleh jd a good listener n a good motivator…hahaha

  21. ktom08 :

    Date: June 8, 2007 @ 8:06 pm

    opppsss..silap. Allahyarham Tan Sri P Ramlee

  22. cikgu azleen :

    Date: June 8, 2007 @ 9:52 pm

    Ooohh.. yang hitam ni masa sekolah dulu.. Saya berjaya jadik cerah selepas tamat sekolah.. Tapi compare ngan kakak, kakak lagi cerah.. Dah tuh kulit dia kuning langsat.. Tapi kitorang dua-dua pun selalu ada aje yang bertutur bahasa cina ngan kitorang.. hehehe.. Kalaulah saya boleh cakap mandarin, tentu saya boleh perdayakan mereka.. Nak kena belajar lah..

  23. ktom08 :

    Date: June 8, 2007 @ 11:04 pm

    Hehehehe Cikgu…..belajarlah bahasa Cina pulak baru kantoii…hehehe

  24. Kenapa lelaki membujang at Kasyah Lagenda Bermula :

    Date: June 18, 2007 @ 12:40 pm

    […] Lelaki membujang, satu istilah yang kurang diambil berat berbanding dengan andartu perempuan yang masih solo. Tetapi mengapa mereka masih bujang? Sebagai membalas entri dari Kak Ktom, aku cuba mencari puncanya. […]

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.