Merdeka….merdeka…merdeka

12:02 am Tagging

Askm dan Salam Sejahtera, Salam Muhibbah dan SALAM MERDEKA

Apa khabar anda semua? Harap semuanya sihat dan bergembira selalu.

Hmmm…semenjak dua menjak ni tag mentag ni dah jadi semakin popular ….dengan pelbagai matlamat dan tujuan.

Hohoho……hari ni si adik kecil usahawan internet yang cukup bersemangat dan berwawasan ni mencipta tag kemerdekaan.  Satu idea yang bagus.  Kita dalam mood merdeka sekarang ni kan. Jadi inilah peluang kita untuk mengucapkan rasa syukur dan bangga menjadi rakyat Malaysia dengan menulis post berkenaan dengan kemerdekaan.  Semoga kebanyakan bloggers akan menulis tentang kemerdekaan dan ini adalah sebagai tanda penghargaan kita sebagai rakyat kepada negara tercinta.

Merdeka?

Apakah erti kemerdekaan bagi anda?

Merdeka mempunyai pelbagai definasi mengikut persepsi masing2.  Merdeka bukan saja kita merdeka daripada penjajah malah lebih daripada itu.  Kita kini bukan lagi dijajah. Kita sudah merdeka. Kita sudah bebas untuk lebih memakmurkan negara kita Malaysia. Kita sudah bebas untuk meningkatkan taraf ekonomi hidup kita. Kita bebas untuk berjalan2 atau melancong, kita bebas untuk menuntut ilmu dan kita bebas segala2nya.  Namun awas…..kita harus juga membebaskan minda kita untuk meningkatkan jati diri, nmemantapkan fikiran dengan berfikir secara positif.

Kita bangga menjadi rakyat Malaysia. Kita bangga kerana walaupun terdapat berbagai bangsa, kaum, adat dan budaya kita mampu hidup dengan aman damai. Kita mampu berkongi rasa, kita mampu berkongi makanan, kita boleh bertolak ansur dan macam2 lagi.

Ok nak cerita sikit zaman Ktom kecil dulu………………..

Semenjak dari kecil lagi Ktom sudah biasa berkawan dengan orang2 Cina dan India.  Dulu Ktom tinggal dengan nenek dan atuk ( kini dah arwah ).  Di kampung kami ramai orang Cina.  Biasalah mereka ni berniaga.  Apa2 yang kita nak beli, pi kedai Cina dan Ktom masih ingat ada seorang pakcik Cina tu dia jual mee rebus.  Mee yang dijual tu best sangat2.  Mee tersebut menjadi kegemaran atuk.  Setiap kali Ktom demam mesti dia offer mee rebus tu.  Dan kawan2 di kampung juga orang2 Cina.  Kami bermain bersama2, kelahi bersama2, pi sekolah sama2 dan hampir semua aktiviti kami lakukan bersama2.

Bila masuk darjah satu, lagi ramai kawan2 dari berbagai bangsa. Ada Cina, India, Burma , Sikh dan Siam.  Hehehe ramai betul. Ktom masih ingat nama2 mereka sebab mereka semuanya kawan baik.  Antaranya Leong Whye Chee, Foong Sok Yin, Kang Swee Kang, Prema Letha, Katran, Kavita, Sarjit Singh tapi yang  Burma tu dah lupa.

Dimana lah agaknya mereka sekarang ni? Memang rindu nak jumpa mereka2 tu. Tetapi masing2 dah lost contact.  Jadi apabila dah terbiasa berkawan dengan bangsa2 lain ni Ktom tak pernah rasa janggal dan tak pernah terasa pun mereka itu bukan sebangsa.  Keakraban itu membuatkan kita tak kisah apa bangsa kita,  agama kita, bahasa yang kita gunakan dan sebagainya.

Masa sekolah menengah ( Tingkatan 3) Ktom tinggal bersama ibu di bandar dan di sekeliling rumah ibu ramai orang Cina dan India.  Hari2 dengar lagu Cina, berkawan dengan orang Cina dan India.  Dari sitrulah Ktom kenal dengan masakan Rassam, Kari India dan makan pakai Chopstick.  Tapi pakai chpstick ni sejak dok di kampung lagi tapi secara rasminya masa tingkatan 1 ler…hehehe

Kini bila umur dah senja ni…kerja dikelilingi orang2 Cina pulak…hehehe…jadi bab2 sensitiviti ni tak terasa sangat ler…..beberapa orang kawan baik sekarang pun orang Cina.

Jadi…..Ktom amat bangga jadi anak Malaysia, bersyukur dapat hidup harmoni bersama pelbagai bangsa dan semoga semua rakyat Malaysia akan terus bersatu padu dan hidup dalam aman makmur.  We are Malaysian.

Ok lah, setakat ini dulu.  Ini sekadar coretan untuk mengimbau kenangan lama.

Jumpa lagi.

Wasalam

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
18 Responses
  1. zuhairy :

    Date: August 25, 2007 @ 12:33 am

    amboi bersemangat sungguh akak kita ni. Merdeka!merdeka!merdeka!
    Nampaknya ktom ni memang dibesarkan dalam suasana berbilang kaum. mesti byk yang boleh dikongsi bersama. Tak semua orang membesar dalam suasana camtu. saya sendiri dibesarkan dlm persekitaran yang boleh dikatakan 99% Melayu.

    Apapun, seperti kata Ktom, saya berbangga menjadi anak Malaysia!

  2. azwanhadzree :

    Date: August 25, 2007 @ 10:49 am

    Menarik entry Ktom kali ni …. Saya pula membesar di kalangan Melayu tetapi bersekolah di kalangan Cina dan India. Tak pernah terasa kekok bersama mereka. Selalunya rasa kekok terjadi bila kita tak pernah berinteraksi. Dari rasa kekok, rasa benci dan akhirnya … kalau tak dikawal, susah jadinya. Sepertni Namewee, apake jadah namanya saya tak pasti, dia mungkin tidak pernah ber’interaksi’

    Selamat Merdeka!

    btw, makin rancak di blog ni. Tahniah!

  3. catz :

    Date: August 25, 2007 @ 3:30 pm

    hehehehe..merdeka..merdeka ktom..

    rasanya kalau setiap event kita buat tag bagus ni..ni nak bulan pose ni bleh create tag berkaitan pose ni..hehe

  4. ktom :

    Date: August 25, 2007 @ 3:33 pm

    zuhairy,

    Memang bersemangat pun…cuba bayangkan jika negara kita ni masih dijajah…kita tidak mungkin dapat berkongsi disini bukan? dan banyak perkara yang tak dapat kita lakukan. Tengoklah saja negara2 seperti Palestin, Iraq….kecut hati rasanya melihat apa yg berlaku. Nauzubillah….

    Memang pun banyak perkara yang dapat kita kongsi bersama. Yang pastinya setiap tahun baru Cina berkotak2 buah limau dan hamper Ktom dapat…dan mereka akan merasa ketupat, satay dan macam2 bila tiba hariraya.

    Dan alunan lagu2 Cina dan India tu dah sebati dalam diri ini. Tak pernah terasa janggal. Harap2 anak cucu kita pun boleh hidup dengan damai dalam suasana berbilang bangsa ini.

  5. ktom :

    Date: August 25, 2007 @ 3:42 pm

    Wan,

    Itulah Wan, kita tak nak jadi perkara2 cam tu. Kita kena didik anak2 kita supaya jangan ada perbezaan antara kaum…susah jadinya. Kita telah ada hak kita dan mereka juga ada hak mereka. Jadi seharusnya kita boleh bertolak ansur dan kekal hidup harmoni.

    Hidup berbagai bangsa adalah lebih baik jika kita hidup cuma dalam satu bangsa. Kita tidak akan dapat bersaing secara sihat. Lain bangsa lain pula budayanya. Jadi dengan itu kita boleh mengamalkan apa yang baik dalam budaya mereka dan tidaklah kita jadi stagnant sgt kan.

  6. ktom :

    Date: August 25, 2007 @ 3:46 pm

    Catz,

    Terima kasih kerana sudi buat lawatan disini dan Salam Perkenalan dari Ktom. Pernah nampak nick Catz kat blog2 lain. Semoga Catz dapat terus berkongsi disini.

    Betul tu, Ktom setuju..kita buat tag pose, lepas tu raya dan macam2 lagi….baru ler meriah kan disamping kita berkongsi pendapat dan maklumat.

    Lepas ni awak yang initiate tag tu ya…hehehe

  7. zool :

    Date: August 25, 2007 @ 11:07 pm

    Hm.. saya memang kurang dikelilingi ngan bangsa lain
    walaupun masa belajar sek menengah campur..
    kemerdekaan memang sesuatu yang subjektif..
    ada yang menyangkakan bahawa merdeka maksudnya kita bebas berbuat apa sahaja.. sebenarnya tanggapan itu salah.. merdeka maksudnya kita bebas dari penjajahan dalam erti kata kita bebas untuk hidup namun perlu mengikut undang-undang yang ditetapkan…

  8. ktom08 :

    Date: August 25, 2007 @ 11:42 pm

    Betul zool, kita ada undang2 yg harus kita patuhi. Cuba bayangkan jika hidup ini tidak ada undang2 dan peraturan..apa jadi? Jadi kita wajib menghargai kemerdekaan namun kita juga harus memerdekakan minda kita drp dijajahi oleh fikiran atau fakta2 negatif…

  9. Zainani :

    Date: August 27, 2007 @ 12:52 am

    Bersemagat betuk cik Ktom,nilah semagat yg patut ditunjukkan setelah bertungkus lumus untuk mendapatkan keMERDEKAAN oleh orang dizaman penjajah. Sekarang kita hidup aman damai walaupun berbilang bangsa, kita patut saling hormat menghormati,tolong menolong walaupun berlainan agama. Kita wajib patuhi undang2 sebagaiman kita patuh kapada ibubapa.
    Merdeka…..Merdeka…..Merdeka…..
    “Selamat Ulang Tahun KeMerdekaan Malaysia Ke 50″

  10. abdfatah :

    Date: August 27, 2007 @ 7:08 am

    hahaa… tak reti sepatah hapa pun bahsa depa… ikut lenggok aje laa…

  11. zool :

    Date: August 27, 2007 @ 2:22 pm

    Betul tu ktom..
    fikiran negatif hanya akan merencatkan kemajuan diri dan seterusnya memudahkan orang lain menjahanamkan kita…
    MERDEKA!! Semoga ianya tidak hanya menjadi bahan laungan sahaja…

  12. ktom :

    Date: August 27, 2007 @ 5:21 pm

    Zainani,
    terima kasih kerana sudi singgah dan berkongsi disini. Itulah amalan yang patut kita amalkan dan terapkan di minda anak2 kita supaya negara kita akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

    Abdfatah,
    tak faham jika boleh ikut lenggok kira ok ler….yg susahnya…semuanya tak boleh…dah ler tak faham…ikut lenggok pun tak nak. Tu kira cam mana ya?

    zool, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA….jom kita ramai2 laungkan merdeka melalui blog2 kita pada malam merdeka nanti ok….hehehe

    Cam mana nak buat ni? Itu kena tanya abdfatah..wakakakaaka

  13. arejae :

    Date: August 27, 2007 @ 7:17 pm

    Salam Merdeka,

    Kalau berbicara pasal merdeka, teringat cerita Bukit Kepong. Walaupun itu hanyalah secebis dari kisah-kisah dalam meniti kemerdekaan, cukup utk buat kita menghayati perit getir pahlawan-pahlawan negara berjuang.

    p/s : kalau kat asrama,sibuk dengan hantu jepun. ehehe…. jgn tak caya..saya sendiri pun penah alaminya.hantu jepun dok berkawad. ehee..dah jadik misteri nusantara plak. :)

  14. ktom :

    Date: August 27, 2007 @ 10:13 pm

    hehehe Arejae, pernah jumpa hantu ke? Cam mana rupa dia? Ada gigi tak? Rambut dia pjg ke pendek?

  15. seni cinta negara :

    Date: August 28, 2007 @ 11:41 am

    amboih mak aih… bukan best pun jumpa hantu… hantu skang mencari tempat untuk bersembunyi… silap hari bulan karang… menjadi bahan pameran laa … jadi vcd. adesh…

  16. ktom :

    Date: August 28, 2007 @ 5:10 pm

    Haah…betul jugak tu seni cinta negara. Hantu sekarang dah jadi bahan pameran pulak…..hehehe…tp entahlah…antara percaya atau tidak itu soalan kedua tetapi persoalan pokoknya adalah…betul ke boleh tangkap hantu? Hantu ni adalah spesies syaitan..jadi jika nak hapuskan syaitan…tangkap semua ler?

    Maaf ya, ini pertanyaan yang perlukan perkongsian pendapat. Ktom tidak berniat menyinggung mana2 pihak tetapi inilah apa yang terdetik dihati. Jadi mohon pendapat pada siapa yang tahu. TQ

  17. zool :

    Date: August 28, 2007 @ 9:11 pm

    ktom—> hm ktom elok buat satu post kalau nak cerita pasal hantu.. mesti ramai yang akan bagi komen..
    he he he.. penjenayah kat malaysia pun tak habis lagi ktom camne nak tangkap semua hantu…
    cuma pada pendapat saya biarkanlah makhluk halus tu hidup di dunia mereka sendiri..
    buat apa sibuk2 nak cari dan ganggu ..
    itu je..

  18. ktom :

    Date: August 28, 2007 @ 9:46 pm

    itu ler pasal zool……makhluk yg besar lebih merbahaya drp makhluk halus kan? Hehehe seram pulak rasanya….

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.